MILAN, 22 April 2015/PRNewswire/ --
Semasa EXPO Milano 2015, Fidenza Village akan menjadi destinasi pelancongan beli-belah yang mesti dilawati, menawarkan yang terbaik dalam gaya, gastronomi dan gaya hidup Itali
Fidenza Village, destinasi pelancongan beli-belah mewah berhampiran Milan, akan menawarkan tetamu ke EXPO 2015, suatu pengalaman beli-belah yang unik – kombinasi seni, fesyen, gastronomi dan rekaan Itali, mewakili yang terbaik daripada 'buatan Itali'. Terletak sejauh sejam perjalanan dari Milan dan Bologna, Perkampungan itu berada di Emilia-Romagna, kawasan yang terkenal dengan makanannya, kota-kota seni yang penting, landskap yang menggambarkan Itali, warisan muzik yang terkenal serta lokasi bagi industri kereta Itali yang terkenal di serata dunia.
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150421/739654 )
Buatan Itali terbaik, di tengah-tengah Itali!
Semasa EXPO 2015 di Milan, Fidenza Village akan menjadi 'Duta Buatan Itali'; suatu pameran yang menunjukkan kehebatan Itali dalam fesyen dan hospitaliti. Mulai Jumaat, 1 Mei hingga Ahad, 3 Mei, bagi meraikan 'Duta Buatan Itali', para tetamu yang berkunjung ke Fidenza Village dapat menerokai muzik opera secara langsung, pemasangan seni, demonstrasi memasak, sesi merasa dan banyak lagi. Waktu pembukaan juga akan dilanjutkan, dengan Perkampungan itu dibuka sehingga jam 10 malam. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang acara program tersebut, lawati FidenzaVillage.com
Bermula pada Mei, Perkampungan itu akan menawarkan tetamu dengan pengalaman berbilang deria dalam gastronomi, fesyen, seni dan rekaan yang diilhamkan oleh tiga tema semasa:
Dalam tempoh beberapa minggu akan datang, Fidenza Village akan mengumumkan kerjasama mengujakan dengan duta-duta berprofil tinggi yang terpilih untuk mempromosikan kehebatan Itali agar dapat terus meningkatkan pengalaman Fidenza Village.
Pakej Beli-belah Eksklusif
Pakej Beli Belah juga akan tersedia untuk ditempah dan dibeli melalui FidenzaVillage.com, yang menggabungkan beli-belah di Perkampungan itu dengan pengalaman kebudayaan serta gastronomi yang unik di kawasan sekitar, dan juga termasuk tiket pergi balik untuk perkhidmatan koc mewah Shopping Express® dari tengah Milan ke Perkampungan itu. Value Retail akan turut menjadi penjual semula rasmi bagi tiket EXPO 2015 bagi membolehkan tetamu membeli tiket daripada Perkampungan kami di seluruh Eropah dan Suzhou Village, China.
Pakej Beli-belah, yang akan bertemakan 'Duta Buatan Itali', termasuk:
Latar Belakang Fidenza Village
Fidenza Village, salah satu Perkampungan Chic Outlet Shopping® oleh Value Retail, terletak hanya 60 minit dari Milan dan Bologna, menawarkan pengalaman beli-belah outlet mewah tersohor Itali. Di Fidenza Village, anda dapat menemui butik mewah terbaik dunia bagi fesyen dan barangan rumah semuanya di satu tempat dengan seleksi unik jenama Itali serta antarabangsa, menawarkan penjimatan sehingga 70% daripada harga runcit disyorkan, tujuh hari seminggu dan sepanjang tahun. Missoni, Class Roberto Cavalli dan Vivienne Westwood merupakan beberapa jenama antarabangsa yang terdapat di sini, selain butik pereka Itali seperti Furla, Simonetta serta Diesel. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perkampungan ini termasuk perkhidmatan koc Shopping Express® dari Milan, sebuah Pusat Maklumat Pelancong, Beli-belah Bebas Tangan dan Penggaya Peribadi untuk tempahan. Dengan pilihan restoran, makanan istimewa dan kafe, Perkampungan ini telah menjadi destinasi untuk para pengunjung yang inginkan pengalaman beli-belah yang hebat serta hari yang menyeronokkan. Untuk maklumat lanjut, sila lawati FidenzaVillage.com
Sumber: Fidenza Village