omniture

Krisis institusi serta politik penyepaduan Brazil dan Amerika Latin hangatkan perdebatan di FORUM COMANDATUBA

FÓRUM DE COMANDATUBA
2015-04-24 02:33 154

SAO PAULO, 24 April 2015 /PRNewswire/ -- Ahad lalu, 19 April, FORUM DE COMANDATUBA [Forum Comandatuba] ke-14 telah berlangsung, dianjurkan oleh LIDE – Grupo de Lideres Empresariais [Kumpulan Pemimpin Perniagaan]. Pada perjumpaan 2015 itu, 700 peserta telah mendebatkan Peranan pemimpin dalam pembangunan ekonomi serta sosial di Amerika Latin, dan Langkah-langkah untuk menangani krisis institusi dan politik di Brazil.

Mantan Presiden Fernando Henrique Cardoso (FHC) menyatakan dalam ucapan beliau, "kami mahukan lebih demokrasi, bukannya kurang; lebih penyepaduan dan lebih kebebasan untuk hidup dengan lebih baik." Mantan Presiden Colombia, Alvaro Uribe, yang tidak dapat menghadiri Forum tersebut, berkata dalam pesanannya bahawa Amerika Latin mempunyai beberapa peluang serta menghadapi cabaran hebat, manakala Brazil mempunyai potensi besar untuk mengatasinya.

Jorge Quiroga, mantan Presiden Bolivia, menyatakan kita mesti berdepan dengan cabaran dalam penyepaduan serantau, manakala Brazil mempunyai peranan utama untuk dimainkan. Bagi Vicente Fox, mantan Presiden Mexico, terdapat dua teras yang amat penting bagi mengamalkan demokrasi: tujuan dan prestasi. Menerusi penilaian Luis Alberto Lacalle, mantan Presiden Uruguay, mentadbir bukanlah untuk mencari penyelesaian mudah.

"Debat, kepelbagaian pendapat, pencarian penyelesaian dan agenda positif dapat membantu kita mencari cara untuk mengatasi kesukaran yang dihadapi Brazil," kata Joao Doria Jr., Presiden LIDE.

Eduardo Cunha, Presiden Dewan Perwakilan Brazil, menyatakan 1% Keluaran Dalam Negara Kasar telah hilang akibat daripada skandal Petrobras. "Rasuah memang menakutkan; ia mengakis dan melumpuhkan ekonomi. Tetapi kita dapat memastikan satu perkara: rasuah tidak akan terlepas daripada hukuman, tidak ada walau sedikit kemungkinan untuk itu berlaku."

Forum tersebut menampilkan penglibatan jenama-jenama penting: penajaan oleh AMIL dan sokongan oleh GOCIL. Penyertaan khas oleh ACCENTURE, ATHIE WOHNRATH, BANCO ALFA, BASF, CINE, NATURA, REDE RECORD, SOUZA CRUZ dan SAMSUNG, dengan penyertaan oleh 3M, AVIS, BMW, JBS dan PPG. Acara ini mempunyai kolaborasi AMERICAN EXPRESS, AIR LIQUIDE, AVENTURA ENTRETENIMENTO, BANCO ITAU, BODYTECH, CBF, EMS, GRUPO MARTINS, ODONTOPREV, PENALTY, PEPSICO, MARINGA, TAKEDA, TETRA PAK, VALE PRESENTE, WHIRLPOOL dan ZURICH. Pembekal rasmi terdiri daripada AGAXTUR REGENT, CDN, CHANDON, COOXUPE, ECCAPLAN, FORMAG'S, GRUPO COMPANHIA, GRUPO PETROPOLIS, KELLOG´S, MISTRAL, PEPSICO dan VINCI, RODOBENS COMUNICATION EMPRESARIAL dan UPS. EDITORA TRES, ESTADAO, stesen radio BAND AM, BAND NEWS FM dan JOVEM PAN, akhbar PROPAGANDA & MARKETING, majalah FORUM & NEGOCIOS, PR NEWSWIRE, TV CULTURA, TV LIDE dan VB COMUNICACAO merupakan rakan media. 3M, CASA LEAO, DOLCE & GABBANA, NIELSEN, PPG, SILVIA FURMANOVICH, TAKEDA dan SAMSUNG mendapat ruang eksklusif di VILLA FORUM.

Hubungi:
Fernanda Spagnuolo
Telefon: (55-11) 3039-6067/e-mel: fernandaspagnuolo@grupodoria.com.br

Source: FÓRUM DE COMANDATUBA
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Economic news, trends, analysis Trade show news