omniture

Tahun 2014: Premium Technology bekerjasama dengan Blitz untuk membawakan kemudahan Pembiayaan Rantaian Bekalan ke Vietnam

Premium Technology Inc.
2015-04-24 02:42 106

NEW YORK, 24 April 2015 /PRNewswire/ -- Premium Technology (Premium), peneraju dalam menyediakan kemudahan Pembiayaan Rantaian Bekalan kepada institusi kewangan dan bank global telah menyasarkan Vietnam sebagai pasaran yang memiliki pertumbuhan tinggi. Premium telah bekerjasama dengan Blitz IT Consultants untuk membawakan kemudahan Kewangan Rantaian Bekalannya, FinShare ke Vietnam. "Kami melihat potensi hebat bukan sahaja di Vietnam tetapi juga rantau Asia Tenggara untuk perniagaan Pembiayaan Rantaian Bekalan," kata Chia Han Meng, Ketua Pegawai Eksekutif Blitz IT Consultants. Pelanggan pertama mereka, Vietnam Technological and Commercial Joint Stock Bank, juga lebih dikenali sebagai Techcombank, telah berjaya melaksanakan Pembiayaan Pembekal (Pemfaktoran Undur), Pembiayaan Barang Boleh Terima, Pembiayaan Pengedar dan Pesanan Pembelian. Ini memudahkan Techcombank menjadi bank utama yang menawarkan kemudahan pembiayaan bertaraf dunia kepada para pelanggan peringkat tertinggi dan menjadi perintis dalam Pembiayaan Rantaian Bekalan. "Kerjasama ini akan membawakan peluang baharu untuk Premium Technology dan Blitz IT Consultants untuk mengembangkan penawaran produknya di Asia Tenggara," kata Gerald Huang, Naib Presiden Kanan Premium Technology.

Latar Belakang Premium Technology Inc.

Premium Technology merupakan penyedia penyelesaian perisian Kewangan Rantaian Bekalan berpangkalan di New York untuk komuniti perbankan global. Platform FinShare berasaskan sesawangnya menawarkan modul untuk Pembiayaan Pembekal (Pemfaktoran Undur), Pembiayaan Barang Boleh Terima, Pemfaktoran, Pesanan Belian untuk Bayar (PO2Pay), Peminjaman Berasaskan Aset (ABL), Penyertaan Risiko, Kewajipan Pembayaran Bank (BPO) dan Penyediaan Dokumen (DocPrep). Set penyelesaian yang amat fleksibel, boleh skala, dan boleh dikonfigurasi membolehkan bank menghasilkan produk serta penawaran untuk para pelanggan berasaskan kredit yang berubah dan juga keperluan modal kerja pelanggan. Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.premiumIT.com.

Latar Belakang Blitz IT Consultants

Blitz merupakan penyedia teknologi kewangan yang berkedudukan kukuh di Vietnam. Sebagai rakan kerjasama rangkaian pindahan elektronik SWIFT di negara itu sejak 2005, Blitz mempunyai hubungan dengan lebih 50 buah bank dan firma sekuriti Vietnam.

Hubungi:
Delia Mo
Premium Technology Inc.
P: +1-(212)-855-5511 Samb. 216
F: +1-(212)-658-9101
dmo@premiumit.com

Source: Premium Technology Inc.
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics