SHANGHAI, 24 April 2015 /PRNewswire/ -- Lanson Place Hospitality Management Limited ("Lanson Place"), jenama pengurusan hospitaliti mewah Asia yang berpangkalan di Hong Kong, memperkenalkan hartanah "oleh Lanson Place" yang pertama, Suite Berservis Aroma Garden di Shanghai hari ini.
Suite Berservis Aroma Garden terletak di Jalan Huaihai di Shanghai, sebuah lokasi prima, hanya beberapa minit dari Taman Yuyuan, Kuil Cheng Huang, Xintiandi dan Pudong Lujiazui.
Warisan Aroma Garden bermula dengan tembok tersebut yang diiktiraf oleh Pentadbiran Negeri sebagai Tapak Warisan Kebudayaan. Tempat ini juga merupakan salah satu daripada tiga Taman Shanghai utama semasa Dinasti Ming, dan merupakan tempat asal Sulaman Gu yang terkenal di seluruh dunia.
Apabila tiba di sini, tetamu akan disambut oleh muka bangunan Art Deco Suite Berservis Aroma Garden. Hartanah ini mempunyai 79 suite luas dengan satu hingga tiga bilik tidur, seluas 97 hingga 470 meter persegi bagi memenuhi keperluan penginapan berbeza. Setiap suite dilengkapi keselesaan seperti sebuah rumah, menampilkan pelbagai kemudahan moden seperti Internet tanpa wayar, stesen docking iPod, pencuci dan pengering, sebuah TV LED & sistem pawagam rumah dan sebuah dapur yang lengkap.
"Kami melihat permintaan meningkat bagi suite berservis kontemporari. Suite Berservis oleh Lanson Place kami menawarkan pilihan lebih fleksibel dan bergaya untuk tetamu. Pakej yang lancar ini menggalakkan gaya hidup ceria, memenuhi keperluan dan keutamaan para tetamu. Suite Berservis Aroma Garden menandakan generasi baharu bagi pengalaman hidup yang kontemporari serta bertenaga," kata En. Marc Hediger, Ketua Pegawai Eksekutif Lanson Place Hospitality Management Limited. "Kami akan terus mengambil peluang untuk membangunkan lebih banyak Suite Berservis oleh Lanson Place bagi memenuhi keperluan pasaran," beliau menyimpulkan.
En. John Wong, Ketua Operasi China dan Pengurus Besar Suite Berservis Aroma Garden berkata, "Suite Berservis Aroma Garden yang unik merupakan pelengkap yang hebat kepada koleksi pangsapuri berservis sedia ada kami di Shanghai," Wong menyambung,"Kami yakin konsep yang baharu dan cekap ini akan menarik kumpulan baharu yang terdiri daripada golongan muda yang kerap melancong serta rakyat asing yang tinggal di sini."
Kemudahan lain di Suite Berservis Aroma Garden termasuk Gimnasium 24 jam, Teres Barbeku Luar, Patio Bar Luar, Tempat Letak Kereta Bawah Tanah dan Ruang Rehat Residen semua dalam satu yang boleh menyediakan keperluan untuk sarapan, mesyuarat, serta acara perniagaan dan koktel. Ini merupakan tempat yang mudah untuk para tetamu sepanjang hari.
Bersedialah untuk mencipta gaya hidup tersendiri di Suite Berservis Aroma Garden oleh Lanson Place. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://aromagarden.lansonplace.com/.
Latar Belakang Lanson Place Hospitality Management Limited
Lanson Place merupakan anak syarikat milik penuh Wing Tai Properties Limited (Wing Tai), sebuah syarikat tersenarai awam di Hong Kong (kod saham HKEx: 369), kini mengurus sembilan hartanah (empat daripadanya termasuk ekuiti milik Wing Tai) di bawah jenama Lanson Place, terdiri daripada pangsapuri berservis mewah dan hotel butik di Hong Kong, Beijing, Shanghai, Kuala Lumpur dan Singapura.
Hartanah Lanson Place kebiasaannya terletak berhampiran daerah perniagaan pusat selain presint beli belah dan hiburan. Lanson Place menyasarkan untuk menawarkan perkhidmatan yang teliti dan terperibadi dengan kemudahan hotel mewah serta keselesaan dan juga privasi seperti di rumah.
Kumpulan tersebut akan terus mengembangkan jenama "Lanson Place" sebagai jenama pan-Asia yang akan terus menerokai peluang pelaburan dan pengurusan terutamanya di bandar pintu masuk utama di rantau Asia Pasifik.
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150417/8521502407a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150417/8521502407b