omniture

IBA Tandatangani Kontrak Rasmi Bina Pusat Terapi Proton Pertama di Belanda

IBA
2015-04-24 20:23 89

LOUVAIN-LA-NEUVE, Belgium, 24 April 2015 /PRNewswire/ -- IBA (Ion Beam Applications S.A.), penyedia utama dunia bagi kemudahan terapi proton untuk rawatan barah, mengumumkan ia telah menandatangani kontrak rasmi dengan Pusat Perubatan Universiti Groningen (UMCG) untuk menubuhkan pusat terapi proton pertama di Groningen, Belanda.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150423/740506 )

IBA akan melengkapi pusat baharu itu dengan konfigurasi bilik dua gantri Proteus®PLUS, termasuk kemampuan Imbasan Pancaran Pensel dan CT Pancaran Kon (CBCT) generasi seterusnya. Kontrak tersebut, seperti dinyatakan dalam siaran media IBA bertarikh 20 Jun 2014, akan turut menyertakan perjanjian pengendalian dan penyelenggaraan jangka panjang. Kelengkapan dan perkhidmatan yang akan dibekalkan oleh IBA adalah bernilai kira-kira EUR 50 juta kepada IBA.

Olivier Legrain, Ketua Pegawai Eksekutif IBA, mengulas: "Berikutan proses tender awam yang terperinci, kami berbesar hati kerana IBA telah dipilih sebagai penyedia terapi proton terbaik untuk membina pusat terapi proton pertama di Belanda. Lebih separuh pasaran terapi proton dunia dilengkapi IBA. Lebih 40,000 orang pesakit telah dirawat oleh sistem IBA - lebih daripada kesemua pemasangan pesaing utama digabungkan. Hasil pengalaman unik kami, kami komited untuk menyokong UMCG bagi menyediakan rawatan barah berkualiti tinggi untuk lebih ramai pesakit di seluruh rantau ini."

"Sokongan profesional dan maklum balas yang ditunjukkan oleh IBA sepanjang proses tender kami yang mencabar memberikan kami keyakinan dalam kolaborasi yang berjaya dan berkekalan bersama mereka. Kini, kami teruja untuk melihat pusat Terapi Proton dibuka pada 2017 dan menyediakan teknologi ini bagi manfaat ribuan pesakit barah di Belanda," kata Bert-Jan Souman, Pengarah Urusan Pusat Terapi Proton Groningen di UMCG.

Latar Belakang Terapi Proton

Terapi Proton dianggap sebagai rawatan radioterapi barah paling canggih dan bersasaran kerana edaran dosnya yang hebat dan kurang kesan sampingan. Proton menyimpan kebanyakan tenaga berkesan dalam julat yang dikawal tepat, secara terus di dalam tumor, tanpa memberi kesan kepada tisu sekitar yang sihat. Dos lebih tinggi dapat disasarkan kepada tumor tanpa meningkatkan risiko kesan sampingan dan komplikasi jangka panjang, seterusnya menambah baik hasil serta kualiti hidup pesakit. Kini, lebih separuh daripada semua kemudahan klinikal terapi proton di seluruh dunia dilengkapi dengan sistem IBA. Ini termasuklah 18 buah pusat terapi proton yang sedang beroperasi dan 16 buah pusat lagi yang sedang dibangunkan.

Walaupun terapi proton kini mewakili kurang 1% rawatan radioterapi, kajian menganggarkan lebih 17% pesakit yang dirawat menggunakan radioterapi akan menerima manfaat daripada teknik rawatan ini.

Latar Belakang IBA  

IBA (Ion Beam Applications S.A.) merupakan sebuah syarikat teknologi perubatan global yang berfokus kepada membawakan kemudahan bersepadu dan inovatif untuk diagnosis serta rawatan barah. Syarikat ini merupakan peneraju teknologi sedunia dalam bidang terapi proton, bentuk terapi radiasi paling canggih yang tersedia hari ini. Kemudahan terapi proton IBA adalah fleksibel dan boleh disesuaikan, membolehkan pelanggan memilih daripada pusat terapi proton berskala penuh universal selain sistem bilik tunggal yang kompak. Selain itu, IBA juga mempunyai perniagaan dosimetri radiasi dan membangunkan pemecut partikel untuk dunia serta industri perubatan.

Beribu pejabat di Belgium dan mempunyai kira-kira 1100 kakitangan di seluruh dunia, IBA telah memasang sistem di seluruh dunia, dari Eropah dan AS serta pasaran baru muncul. IBA disenaraikan dalam bursa saham pan-Eropah EURONEXT. (IBA: Reuters IBAB.BR dan Bloomberg IBAB.BB) serta maklumat lanjut boleh didapati di: http://www.iba-worldwide.com

Latar Belakang UMCG

Pusat Perubatan Universiti Groningen (UMCG) merupakan salah sebuah hospital terbesar di Belanda dan merupakan majikan terbesar di utara negara tersebut. Kakitangan seramai hampir 12,000 orang bertugas di bahagian penjagaan pesakit dan dalam penyelidikan perubatan utama, berfokuskan 'penuaan yang sihat'. Bagi fungsi penyelidikan dan pendidikannya, hospital tersebut mempunyai kerjasama rapat dengan Universiti Groningen. Kira-kira 3,400 orang pelajar kini berdaftar dalam kursus ijazah untuk menjadi doktor, doktor gigi mahupun saintis yang membawa perubahan, dan lebih 450 orang sedang menjalani latihan perubatan. Pesakit datang ke UMCG untuk mendapatkan jagaan asas, selain diagnostik, pemeriksaan atau rawatan yang amat khusus. Semua pesakit di utara negara itu dengan keadaan yang rumit atau jarang ditemui akhirnya akan dirujuk ke UMCG. Penjagaan cemerlang sentiasa berasaskan pengetahuan terkini dan diberikan oleh doktor serta kakitangan kejururawatan terbaik. Bersama khidmat sokongan mereka sentiasa fokus terhadap satu tujuan bersama: membina masa depan kesihatan. Untuk maklumat lanjut lawati:  http://www.umcg.nl

IBA
Jean-Marc Bothy
Ketua Pegawai Kewangan
Tel: +32-10-47-58-90

Thomas Ralet
Naib Presiden Komunikasi Korporat
+32-10-47-58-90
communication@iba-group.com

Untuk pertanyaan media dan pelabur:
Consilium Strategic Communications
Amber Bielecka, Matthew Neal, Ivar Milligan, Jessica Hodgson
+44(0)20-3709-5700
IBA@consilium-comms.com


Rx Communications Group (AS)
Melody Carey
+1-917-322-2571
mcarey@RxIR.com

Sumber: IBA

 

 

 

 

 

Source: IBA
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Contracts