omniture

Backbone Solutions AG Lancarkan virtual-server.net

SecureRack
2015-04-27 08:05 107

SCHINDELLEGI, Switzerland, April 27, 2015 /PRNewswire/ -- Penyedia khidmat internet Switzerland Backbone Solutions AG telah melancarkan virtual-server.net, satu platform untuk pelayan maya berkuasa namun berkos rendah. Pelayan ini mudah dikendalikan dan menyediakan rangkaian luas aplikasi pada harga rendah; ia khususnya sesuai untuk syarikat bersaiz kecil dan sederhana atau untuk orang persendirian yang menyedari keperluan mereka terhadap kapasiti dan prestasi pelayan.

Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150423/740398

Berbilang fungsi seperti pisau askar Switzerland

Michael Vontobel, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas syarikat, mempersembahkan produk baharu: «Bersesuaian dengan moto kami "kekalkan keringkasan", kami menawarkan pelayan maya berharga rendah yang mudah dikendalikan dan sesuai untuk kegunaan harian».

http://www.virtual-server.net/ menawarkan Infrastsuktur sebagai Perkhidmatan (IaaS). Pelayannya mempunyai aplikasi yang versatil. Antara contoh penggunaannya adalah beli-belah dalam talian, pelayan fail, sesawang atau sokongan, persekitaran ujian dan terowong VPN.

Siap dipasang dalam hanya dua langkah

«Produk kami dibezakan oleh kemudahan kendaliannya», terang Marcel Gmür, Ketua Pegawai Operasi Backbone Solutions AG. Satu virtual-server.net dapat dipasang dalam dua langkah mudah: pertama, pelanggan memilih saiz pelayan yang diingini daripada tiga tawaran yang ditetapkan untuk Windows atau Linux, kemudian memilih templat OS yang diperlukannya. Semua edaran utama seperti CentOS, Debian, Fedora, Red Hat, openSUSE, Ubuntu dan versi Windows 7, 8.1, 2008 atau 2012 tersedia. Bilangannya sentiasa meningkat.

Selamat, pantas dan 100% kualiti Switzerland

Pelayan tersebut dikendalikan 100% di pusat data Switzerland. Selain itu, beberapa tembok api (firewall) dan enkripsi AES pilihan memberikan tahap sekuriti tertinggi. Hasil teknologi SSD terkini dan pautan terus ke semua rangkaian di seluruh dunia, kelajuan dan ketersediaan tinggi dapat dijamin. Satu-satunya harga yang kelihatan tidak seperti kebiasaan keluaran Swiss adalah harganya: pelayan tersebut boleh didapati dengan harga serendah € 11.00 / bulan – prestasi tinggi untuk kos yang sedikit!

Latar Belakang virtual-server.net

virtual-server.net merupakan produk daripada Backbone Solutions AG. Syarikat tersebut diasaskan pada 1998 dan menawarkan khidmat profesional berkualiti tinggi untuk Infrastruktur sebagai Perkhidmatan, telefoni VoIP dan keterhubungan. Lebih 40,000 pelanggan kebangsaan dan antarabangsa telah memilih penyelesaian daripada Backbone Solutions AG. Syarikat tersebut mengendalikan infrastruktur IT komprehensifnya sendiri dalam pusat data sekuriti tinggi di Switzerland, seterusnya menjamin tahap sekuriti tertinggi, perlindungan data maksimum dan kualiti terbaik.

Hubungi
virtual-server.net oleh Backbone Solutions AG, Marcel Gmür
Chaltenbodenstrasse 4b; CH-8834 Schindellegi
Tel. +41-44-276-19-19; info@virtual-server.net; http://www.virtual-server.net/

Sumber: SecureRack

Source: SecureRack
Keywords: Internet Technology Web Site New products/services