omniture

i-Sprint Innovations Raih 13 Anugerah di Anugerah Kecemerlangan Global Industri Sekuriti Tahunan 2015 ke-11 di San Francisco

1 Anugerah Utama, 1 Emas, 2 Perak dan 9 Gangsa
i-Sprint Innovations
2015-04-27 10:52 216

SINGAPURA, 27 April 2015 /PRNewswire/ -- i-Sprint Innovations, peneraju dalam Penyelesaian Pengurusan Identiti, Kelayakan dan Akses telah meraih 1 Anugerah Utama, 1 Emas, 2 Perak dan 9 Gangsa di Anugerah Kecemerlangan Global Industri Sekuriti Tahunan 2015 ke-11 di San Francisco pada 20 April 2015.

 

Dutch Ng, CEO, I-Sprint Innovations
Dutch Ng, CEO, I-Sprint Innovations

Anugerah Kecemerlangan Global Industri Sekuriti merupakan Anugerah oleh Info Security Products Guide, panduan penyelidikan dan khidmat nasihat sekuriti maklumat utama industri, untuk mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada kecemerlangan dalam setiap sudut industri sekuriti maklumat, termasuk produk, individu yang berada di sebalik kejayaan dan syarikat-syarikat terbaik. Lebih 50 orang hakim daripada pelbagai bidang suara industri dari seluruh dunia telah mengambil bahagian dan markah purata mereka menentukan Finalis serta Pemenang Anugerah Kecemerlangan Global 2015. i-Sprint Innovations berbesar hati menerima 13 Anugerah:

  • Anugerah Utama: Atas kejayaan meraih kemenangan dalam kebanyakan kategori dalam Anugerah Kecemerlangan Global
  • Pelaksanaan dan Kajian Kes Terbaik (Asia Pasifik):
    • Pemenang Emas: Meningkatkan Perkhidmatan Perbankan Internet melalui penyelesaian bersepadu daripada i-Sprint dan VASCO Technologies
    • Pemenang Perak: Kajian Kes Cathay United Bank untuk mengukuhkan Akses Perbankan Internet 
    • Pemenang Perak: Pencapaian Terbaik bagi Penyelesaian Penentusahan Kukuh dan Penandaan Data Untuk Perbankan Internet
  • Akses, Pemenang Gangsa: Pengurusan Akses Sejagat (UAM) AccessMatrix™
  • Penyelesaian Penentusahan (Berbilang, Tunggal, atau Dua-Faktor), Pemenang Gangsa: Pelayan Penentusahan Sejagat (UAS) AccessMatrix™
  • Pengurusan Identiti, Pemenang Gangsa: Pelayan Penentusahan Sejagat (UAS) AccessMatrix™
  • Produk dan Penyelesaian Sekuriti untuk Perusahaan (Besar):
    • Pemenang Gangsa: Pengurusan Akses Sejagat (UAM) AccessMatrix™
    • Pemenang Gangsa: Pelayan Penentusahan Sejagat (UAS) AccessMatrix™
    • Pemenang Gangsa: Pengurus Kelayakan Sejagat (UCM) AccessMatrix™
    • Pemenang Gangsa: Platform SSO Bersepadu (USSO) AccessMatrix™
  • Perisian Sekuriti Terbaik (versi Baharu atau Dikemas Kini):
    • Pemenang Gangsa: YESsafe Mobile ID
    • Pemenang Gangsa: YESsafe Mobile Token     

"Kami berbangga kerana dikenali di peringkat dunia bagi Pengurusan Identiti dan Akses (IAM) dalam komponen teknologi teras berbilang, yang mana i-Sprint telah menyediakan banyak kemudahan terbukti untuk memenuhi keperluan pasaran. Pengiktirafan ini terus mengesahkan penyelesaian kami sebagai kecemerlangan yang paling hebat di pasaran global," kata En. Dutch Ng, Ketua Pegawai Eksekutif, i-Sprint Innovations. "Ini merupakan sokongan kukuh bagi suit penyelesaian AccessMatrixTM dan YESsafe kami serta turut mengiktiraf usaha penyelidikan dan juga pembangunan kami bagi menginovasikan penyelesaian baharu untuk industri sekuriti maklumat agar selari dengan trend industri."

Hubungi:
Cheam Gim Chng
+65-6420-6985
gim.cheam@i-sprint.com

www.i-sprint.com
www.infosecurityproductsguide.com  

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150423/8521502580LOGO
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150423/8521502580

Source: i-Sprint Innovations
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Awards