omniture

Kildare Village Anjur 'In the Fold' Pamer Hasil Kerja Bakat Baharu Rekaan Ireland

Kildare Village
2015-04-27 11:03 95

DUBLIN, 27 April 2015 /PRNewswire/ -- Mulai Rabu 22 April, Kildare Village, dengan kerjasama Irish Design 2015 (ID2015), akan mempersembahkan 'In the Fold' - satu pameran eksklusif yang mempamerkan hasil kerja bakat rekaan fesyen Ireland baharu yang muda dan mengujakan.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/uk/7509951-kildare-village-to-host-in-the-fold/

Kildare Village telah bekerjasama dengan ID2015 untuk mempersembahkan pameran itu, yang meneroka bagaimana graduan muda Ireland menggunakan fesyen sebagai tindak balas kreatif kepada persekitaran mereka serta mendedahkan bagaimana identiti kebudayaan dibentuk dan diperhalusi oleh apa yang terdapat di sekeliling kita. Begitu sesuai bergandingan antara satu sama lain, para pereka tersebut mempamerkan estetika dan pendekatan tekal yang memberikan hasil yang diatur indah.

Diuruskan oleh Gemma A Williams - seorang kurator Ireland yang berpangkalan di London - dan di bawah arahan Penasihat Fesyen & Tekstil, Aisling Farinella, 'In The Fold' dipertontonkan buat kali pertama di Pertunjukan Fesyen Antarabangsa 2015 dan dilancarkan di Minggu Fesyen London awal tahun ini. Ini merupakan kali pertama pameran itu - yang akan mempertunjukkan hasil kerja pereka Rory Parnell Mooney, Michael Stewart, Caoimhe Mac Naoise , Richard Malone, Jocelyn Murray Boyne, Oliver Duncan dan Laura Kinsella diadakan di Ireland.

Para tetamu ke Kildare Village akan mendapat peluang unik untuk melihat hasil kerja pereka muda inovatif itu dan menghadiri siri acara berfokus fesyen dan rekaan di Kildare Village sepanjang bulan Mei. Siri acara tersebut – diacarakan oleh Kate Coleman daripada Le Cool Dublin - membolehkan tetamu dan peminat rekaan bertemu beberapa pereka serta berhubung dengan mereka sekitar setiap bidang kepakaran mereka yang unik. Temui pembuat topi Laura Kinsella untuk Bengkel Membuat Topi pada Sabtu 9 Mei, sertai pereka berpangkalan di London yang berasal dari Wexford, Richard Malone pada Khamis 14 Mei untuk membincangkan 'Kelestarian Fesyen', atau pelajari selok-belok tenunan daripada penenun berpangkalan  di Donegal, Oliver Duncan Doherty di 'Seni Tenunan' pada Sabtu 23 Mei. Dee Breen, Timbalan Pengarah Perhubungan Awam dan Komunikasi-  Kildare Village, menyatakan "Membawakan 'In the Fold' di Kildare Village menghidupkan kerjasama dengan ID2015 dan menunjukkan keghairahan yang dimiliki Kildare Village untuk rekaan Ireland. Pengunjung dari Ireland dan luar negara akan berpeluang mengunjungi acara yang dapat dialami itu dan menyaksikan hasil kerja pereka muda Ireland yang paling berbakat."

Dengan lebih 60 butik mewah dengan jenama fesyen dan gaya hidup Ireland serta antarabangsa – semuanya menawarkan penjimatan sehingga 60% bagi harga runcit disyorkan – kunjungan ke Kildare Village patut menjadi destinasi yang mesti dilawati semua pada 2015. Kildare Village dibuka tujuh hari seminggu bermula jam 10 pagi hingga 7 malam pada Isnin hingga Rabu, dan bermula jam 10 pagi hingga 8 malam pada Khamis dan Jumaat, serta mulai jam 10 pagi hingga 7 malam pada Sabtu dan Ahad.

http://www.facebook.com/kildarevillage

@KildareVillage

Latar Belakang Kildare Village

Kildare Village, salah satu Perkampungan Chic Outlet Shopping® oleh Value Retail, terletak kurang sejam dari Dublin dan menawarkan pengalaman beli-belah outlet mewah terhebat di Ireland. Dengan butik yang menyediakan fesyen dan barangan mewah untuk kediaman. Kildare Village menawarkan pilihan unik jenama Ireland dan antarabangsa  dengan penjimatan sehingga 60% daripada harga runcit disyorkan, tujuh hari seminggu dan sepanjang tahun. Anya Hindmarch, Lulu Guinness, Hackett, L'Occitane, Links of London dan Furla merupakan antara jenama antarabangsa yang boleh didapati, selain butik pereka antarabangsa utama Ireland, Louise Kennedy. Seleksi perkhidmatan di Kildare Village termasuk Shopping Express®, perkhidmatan koc harian ke Perkampungan ini; sebuah Pusat Maklumat Pelancong; Ruang Santai VIP mewah; Pembelian Bebas Tangan dan kawasan permainan kanak-kanak. Dengan pelbagai restoran dan kafe, Perkampungan ini telah menjadi destinasi untuk pelawat yang inginkan pengalaman beli-belah yang hebat dan hari yang menggembirakan. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi KildareVillage.com

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150427/740499

Source: Kildare Village
Keywords: Fashion Retail Textiles New products/services