omniture

Kanak-kanak daripada 24 Negara Eropah dan Asia Raikan Hari Bola Sepak dan Persahabatan Antarabangsa

The International Children's Social FOOTBALL FOR FRIENDSHIP project press center
2015-04-27 11:08 171

MOSCOW, 27 April 2015 /PRNewswire/ -- Pada hari ini, Hari Bola Sepak dan Persahabatan Antarabangsa diraikan sebagai sebahagian program sosial kanak-kanak BOLA SEPAK UNTUK PERSAHABATAN, yang dilaksanakan oleh Gazprom Company. Semua negara yang mengambil bahagian telah menyertai sambutan itu: Austria, Belarus, Belgium, Bulgaria, China, Croatia, Republik Czech, Perancis, Jepun, Jerman, Hungary, Itali, Kazakhstan, Belanda, Poland, Rusia, Serbia, Republik Slovak, Slovenia, Sepanyol, Switzerland, Turki, Ukraine dan juga United Kingdom.

Dalam sambutan Hari Bola Sepak dan Persahabatan Antarabangsa, banyak perlawanan bola sepak persahabatan dianjurkan untuk mengingatkan kanak-kanak lelaki dan perempuan tentang nilai-nilai penting yang disokong dan digalakkan oleh program BOLA SEPAK UNTUK PERSAHABATAN, antaranya persahabatan, kesamarataan, keadilan, kesihatan, keamanan, kesetiaan, kejayaan serta tradisi.

Semua acara bermula dengan pertukaran gelang Persahabatan, melambangkan toleransi, kesamarataan dan gaya hidup sihat. Gelang tersebut dibuat menggunakan dua benang ringkas berwarna hijau dan biru yang mana hijau melambangkan padang bola sepak, yang disediakan untuk semua, manakala biru melambangkan langit tenang yang berada di atas kita. Sebagai duta pergerakan BOLA SEPAK UNTUK PERSAHABATAN, kanak-kanak menyampaikan gelang bukan sahaja kepada pemain pasukan lain tetapi juga kepada para tetamu jemputan.

Hari Bola Sepak dan Persahabatan Antarabangsa secara tradisinya disokong oleh wakil organisasi bola sepak, ahli-ahli sukan terkenal selain media utama kebangsaan dan global.

Selain perlawanan persahabatan, hari ini turut menampilkan pelbagai acara lain. Oleh itu, di Serbia, pemain bola sepak muda bercakap tentang Hari Bola Sepak dan Persahabatan dalam sebuah rancangan TV yang diacarakan oleh pengacara popular Ivan Ivanovic. Di Jerman, bintang kelab bola sepak Schalke04 mengadakan latihan terbuka untuk kanak-kanak. Bandar Perancis Taverny secara tradisi menganjurkan beberapa permainan dan acara dengan penglibatan media serta wakil pihak berkuasa tempatan. Di Rusia pula, larian berganti-ganti Persahabatan diadakan, antaranya perlawanan bola sepak yang menampilkan para pemain muda kelab bola sepak terkenal serta pembawa obor Larian Obor Olimpik 2014, disertai siaran dalam talian bagi penyerahan baton ke bandar lain.

Projek BOLA SEPAK UNTUK PERSAHABATAN dikendalikan di peringkat global oleh AGT Communications Group (Rusia).

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140708/696621
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150427/740719

Source: The International Children's Social FOOTBALL FOR FRIENDSHIP project press center
Keywords: Sporting Events Sports New products/services