omniture

Kenyataan: Penjelasan Tentang Isu Bonus dan Tarikh Penutupan Buku

Infosys
2015-04-27 11:20 175

BANGALORE, India, 27 April, 2015 /PRNewswire/ -- Infosys ingin menjelaskan bahawa tarikh rekod bagi isu bonus adalah dicadangkan oleh syarikat dan akan disahkan semula setelah mendapat kelulusan para pemegang saham. Selain itu, kami juga ingin mengesahkan bahawa tarikh penutupan buku bagi tujuan Mesyuarat Agung Tahunan dan Dividen Akhir adalah pada 17 Jun 2015 (bukan 17 Jun 2015 hingga 22 Jun 2015 seperti dinyatakan sebelum ini).

Latar Belakang Infosys 

Infosys merupakan peneraju global dalam khidmat runding, teknologi, khidmat luaran dan perkhidmatan generasi akan datang. Kami membolehkan pelanggan, di lebih 50 buah negara, kekal selangkah di hadapan trend perniagaan yang baru muncul dan mengatasi pesaing. Kami membantu mereka berubah dan berkembang dalam dunia yang berubah dengan menghasilkan bersama penyelesaian canggih yang menggabungkan maklumat strategik serta kecemerlangan pelaksanaan.

Lawati http://www.infosys.com untuk melihat bagaimana Infosys (NYSE: INFY), dengan AS$8.7 bilion dalam hasil tahunan dan lebih 176,000 orang kakitangan, membantu perusahaan memperbaharui syarikat mereka sambil mewujudkan ruang baharu untuk menjana hasil.

Kenyataan Selamat  

Sesetengah kenyataan dalam siaran media tentang prospek pertumbuhan akan datang kami ini merupakan kenyataan jangkaan tentang jangkaan perniagaan akan datang kami yang bertujuan untuk layak menjadi kenyataan selamat di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995, yang melibatkan beberapa risiko dan ketidakpastian mungkin mengakibatkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada yang dinyatakan dalam kenyataan jangkaan sedemikian. Risiko dan ketidakpastian berkaitan kenyataan ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, risiko dan ketidakpastian berkenaan turun naik dalam pendapatan, turun naik dalam kadar tukaran asing, kemampuan kami untuk mengurus pertumbuhan, persaingan ketat dalam perkhidmatan IT termasuk faktor yang mungkin memberi kesan kepada kelebihan kos kami, peningkatan gaji di India, kemampuan kami untuk menarik dan mengekalkan ahli-ahli profesional berkemahiran tinggi, lebihan masa dan kos tentang kontrak berharga tetap, berangka masa tetap, kepadatan pelanggan, sekatan ke atas imigrasi, kepadatan segmen industri, kemampuan kami untuk mengurus operasi antarabangsa kami, permintaan berkurangan untuk teknologi dalam bidang fokus utama kami, gangguan dalam rangkaian telekomunikasi atau kegagalan sistem, kemampuan kami untuk menyempurnakan dan menyepadukan pengambilalihan berpotensi dengan jayanya, liabiliti untuk kerosakan terhadap kontrak perkhidmatan kami, kejayaan syarikat yang mana Infosys telah menjalankan pelaburan strategik, penarikan atau penamatan insentif fiskal kerajaan, ketidakstabilan politik dan konflik serantau, sekatan perundangan terhadap mengumpul modal atau mengambil alih syarikat di luar India, serta penggunaan tanpa kebenaran harta intelek kami dan keadaan ekonomi umum yang memberi kesan kepada industri kami. Risiko tambahan yang mungkin memberi kesan kepada hasil operasi akan datang kami diterangkan dengan lebih lanjut dalam pemfailan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat kami termasuk Laporan Tahunan pada Borang 20-F bagi tahun fiskal berakhir 31 Mac 2014 dan Borang-borang 6-K untuk suku berakhir 30 Jun 2014, 30 September 2014 dan 31 Disember 2014. Pemfailan ini boleh didapati di http://www.sec.gov. Infosys mungkin, dari masa ke masa mengeluarkan kenyataan jangkaan tambahan secara lisan dan bertulis, termasuk kenyataan yang terkandung dalam pemfailan syarikat itu dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa serta laporan kami kepada para pemegang saham. Sebarang kenyataan jangkaan yang terkandung di sini adalah berdasarkan tanggapan yang kami yakin munasabah setakat tarikh ini. Syarikat ini tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang kenyataan jangkaan yang mungkin diwujudkan dari masa ke masa oleh atau bagi pihak syarikat melainkan ia dituntut oleh undang-undang.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Sarah Vanita Gideon
Infosys Ltd, India
Talian: +91-80-4156-3373
Sarah_Gideon@infosys.com

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130122/589162

Source: Infosys
Related Stocks:
NYSE:INFY
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Outsourcing Businesses Accounting news, issues