omniture

Pelancaran Hadiah Rekaan Hublot

Hublot
2015-04-27 22:00 88

PARIS, 27 April 2015 /PRNewswire/ -- Tahun 2015 merupakan tahun istimewa untuk Hublot kerana ia menandakan ulang tahun ke-10 Big Bang yang ikonik. Hanya dalam tempoh 10 tahun, Big Bang telah menjadi rekaan jam ikonik dalam Haute Horlogerie – simbol kreativiti dan inovasi. Hublot telah mengambil keputusan untuk meraikan ulang tahun ke-10 ini dengan melihat kepada masa hadapan dan memberikan pereka berbakat masa akan datang dengan peluang untuk mendapat pengiktirafan. Hadiah Rekaan Hublot telah diwujudkan untuk membolehkan pereka muda mengetengahkan diri mereka melalui rekaan mereka dan mendapat pengiktirafan awam; dengan itu, hadiah tersebut akan dianugerahkan kepada pereka yang membezakan diri mereka melalui keberanian serta kreativiti mereka – sama seperti Big Bang!

Mereka juga mesti menawan panel hakim, terdiri daripada pakar terkenal dunia dalam bidang rekaan kontemporari: Pierre Keller, Lapo Elkann, Ronan Bouroullec, Marva Griffin Wilshire dan Profesor Dr. Peter Zec.

Semua hakim pertandingan rekaan ini berada di Paris pada 27 April untuk pelancaran Hadiah Rekaan Hublot.

Tujuan pertandingan ini adalah untuk menganugerahkan Hadiah Rekaan Hublot kepada pereka bebas muda. Selepas penyertaan rekaan diteliti, didebatkan dan dibincangkan, panel tersebut akan memilih pereka kegemaran mereka pada bulan Jun. Hadiah tersebut akan dianugerahkan kepada pemenang bertuah semasa Minggu Rekaan Tokyo pada bulan Oktober.

Ahli-ahli Panel Hakim Hadiah Rekaan Hublot:

Pierre Keller, Ketua Hakim Mantan Pengarah Lausanne University of Art and Design (ECAL), beliau juga merupakan Pengerusi Lembaga di Pusat Seni Kontemporari di Geneva (CAC).

Marva Griffin Wilshire Pengasas dan Kurator Salone Satellite, beliau juga merupakan Pengarah Berita Antarabangsa Pesta Perabot Milan (Il Salone del Mobile Milano), bahagian pesta yang didedikasikan untuk menampilkan pereka muda di bawah usia 35.

Ronan Bouroullec Dilahirkan di Brittany, beliau merupakan bintang yang meningkat naik dalam rekaan Eropah dan salah seorang daripada pereka industri paling berpotensi di Perancis.

Lapo Elkann Dilahirkan di New York, usahawan dan pakar rekaan Itali ini merupakan mantan pengurus pemasaran untuk Fiat Automobiles dan Fiat Group. Beliau kini merupakan Pengerusi LA Holding, Italia Independent dan Independent Ideas.

Profesor Dr. Peter Zec Pengasas dan Presiden Anugerah Rekaan Red Dot. Selama 25 tahun, Peter Zec telah bekerja sebagai Perunding Rekaan, bekerjasama dengan banyak syarikat di pelbagai negara di seluruh dunia. Beliau telah menulis beberapa buku tentang jenama serta rekaan, dan beliau juga merupakan editor bagi Red Dot Design Yearbook dan juga International Yearbook Communication Design.

www.hublot.com

Source: Hublot
Related Links:
Keywords: Fashion Jewelry Retail Awards New products/services