omniture

Unfors RaySafe, sebuah syarikat Fluke Biomedical, perkenal sensor Tinjauan baharu untuk RaySafe X2

Fluke Biomedical
2015-04-28 08:00 164

EVERETT, Washington, 28 April 2015 /PRNewswire/ -- Unfors RaySafe, pemimpin global penyelesaian jaminan kualiti sinar-X, melancarkan sensor Tinjauan radiasi baharu yang disasarkan untuk mengembangkan sistem pengukuran sinar-X RaySafe X2.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150423/201219
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150304/179432LOGO

Sensor Tinjauan RaySafe X2 merupakan kemudahan termudah dan terpantas bagi tujuan pengukuran tinjauan tepat dalam julat tenaga sinar-X. Ia merupakan tambahan terkini kepada sistem pengukuran sinar-X RaySafe X2 yang terus berkembang, dan menambahkan kemampuan untuk menjalankan pengukuran kebocoran serta serakan dalam aplikasi sinar-X diagnostik.

"Para pelanggan kami akan gembira mendapati rekaan yang mereka kenali daripada sensor RaySafe X2 lain, bersama ketepatan dan sensitiviti yang belum pernah dicapai sebelum ini," terang Magnus Kristofferson, Ketua Pegawai Eksekutif Unfors RaySafe. "Kami berbangga untuk mengembangkan portfolio sensor jaminan kualiti ini."

Tidak seperti kebuk ion bertekanan, sensor RaySafe X2 adalah berasaskan silikon, menjadikannya boleh dipindahkan tanpa sebarang pertimbangan atau aturan khas. Sensor Tinjauan itu turut mempunyai dua mod picu: manual dan automatik. Mod-mod ini membolehkan sensor tersebut merakam sukatan kadar dos rendah dalam sinar primari sebuah mesin sinar-X. Satu lagi ciri unik adalah kemampuannya menukar tindak balas tenaga antara Air Kerma (Gy atau R) dan Ambient Dose Equivalent (Sv).

Sensor RaySafe X2 direka khusus untuk meminimumkan keperluan interaksi pengguna. Antara sensor lain dalam Sistem Pengukuran RaySafe X2 termasuk: R/F, MAM, CT dan Light.

Lawati www.flukebiomedical.com/X2Surveysensor untuk mendapat maklumat lanjut, memohon demonstrasi atau sebut harga, dan mempelajari lebih lanjut tentang Sistem Pengukuran sinar-X RaySafe X2.

Latar Belakang Fluke Biomedical
Dipercayai untuk pengukuran yang penting.

Fluke Biomedical merupakan penyedia global premier untuk kelengkapan dan perkhidmatan pengukuran serta ujian untuk industri kesihatan. Kami memberi khidmat kepada jurutera bioperubatan, juruteknik jaminan kualiti, doktor perubatan, ahli onkologi serta ahli profesional keselamatan radiasi dan secara berterusan mengembangkan rangkaian penyelesaian kami kepada rangkaian lebih luas ahli profesional kesihatan dan juga keselamatan. Untuk maklumat lanjut, lawati www.flukebiomedical.com/.

Latar Belakang Unfors RaySafe, sebuah syarikat Fluke Biomedical
RaySafe membantu anda mengelakkan daripada radiasi yang tidak perlu.  

Unfors RaySafe merupakan peneraju global bagi penyelesaian jaminan kualiti sinar-X bagi membantu melindungi pesakit dan kakitangan daripada radiasi yang tidak perlu. Penyelesaian kami direka untuk meminimumkan keperluan interaksi pengguna, membawakan keringkasan dan kebolehgunaan yang belum tercapai sebelum ini ke bilik sinar-X. Kami komited untuk menubuhkan budaya keselamatan radiasi di mana-mana sahaja juruteknik, kakitangan perubatan dan pesakit berdepan dengan radiasi. Untuk maklumat lanjut tentang Unfors RaySafe, lawati www.raysafe.com.

Untuk maklumat lanjut:
Carissa Pietzsch
Komunikasi Pemasaran
+1 (425) 446-5517
Carissa.pietzsch@flukebiomedical.com

Source: Fluke Biomedical
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services