omniture

Movideo Umumkan Dua Jawatan Pengarah Baharu untuk Terus Kembangkan Pasukan Kepimpinan Global

Ashok Seshadri dilantik sebagai Pengarah Produk manakala Yogaesh Ramasundaram sebagai Pengarah Kejuruteraan
Movideo
2015-04-28 12:58 139

MELBOURNE, Australia, 28 April 2015 /PRNewswire/ -- Hari ini, Movideo telah mengumumkan dua jawatan Pengarah baharu kepada Pasukan Kepimpinan Globalnya yang berkembang.

Sebagai Pengarah Produk, Ashok Seshadri akan berpangkalan di ibu pejabat syarikat itu di Melbourne dan akan bertanggungjawab untuk strategi kemajuan Movideo Platform dan Movideo HUB.

Ashok telah berada dalam bidang teknologi selama lebih 14 tahun bekerja untuk Intel, Samsung dan Ooyala. Beliau menyertai pasukan Movideo daripada Ooyala yang mana beliau merupakan ketua produk bagi bahagian platform perniagaan itu mengurus tetingkat API, sistem pengurusan aset (DAM), model data dan enjin aliran kerja. Paling terbaharu, usaha beliau termasuk melancarkan platform video berasaskan SOA generasi akan datang yang terbaik seumpamanya termasuk DAM canggih dan enjin aliran kerja terkhusus media. Sepanjang kerjaya beliau, beliau telah memegang jawatan termasuk sebagai jurutera rekaan, pengurus pemasaran dan telah terlibat dengan banyak dalam pengurusan peta laluan dan strategi, serta pengurusan produk. Beliau menamatkan pengajian ijazah di Georgia Institute of Technology di Atlanta, GA dengan major dalam bidang Kejuruteraan Komputer dan memegang MBA daripada Santa Clara University dalam bidang Kewangan dan Perniagaan Antarabangsa.

Yogaesh Ramasundaram akan menyertai pasukan Movideo sebagai Pengarah Kejuruteraan, yang kedua daripada dua jawatan yang baru diwujudkan yang turut berpengkalan di ibu pejabat Melbourne. Sebagai Pengarah Kejuruteraan, Ramasundaram akan bertangggungjawab untuk seni bina platform termasuk mengoptimumkan produk, penyelesaian, kualiti dan prestasi secara berterusan.

Yogaesh Ramasundaram menawarkan 11 tahun pengalaman penuh kejayaan dalam industri IT, setelah menjadi sebahagian pasukan kepimpinan kejuruteraan di Ooyala dan Samsung Music, Yogaesh membawakan pandangan dan pengetahuan berharga tentang ruang media. Paling terkini, beliau merupakan penyumbang strategik dan taktikal untuk pasukan platform video di Ooyala, mengurus pasukan platform teras yang bertanggungjawab menyediakan Yaveo, program OTT Hispanik daripada DirecTV dan platform video SaaS, berasaskan SOA generasi akan datang. Memulakan kerjaya dalam industri Pengurusan Maklumat sebagai pemprogram Java, Yogaesh dengan pantas maju sebagai Pemimpin Projek dan kemudiannya pengurus, memperoleh pengalaman tentang pelbagai teknologi, domain, proses penyampaian CMMi Tahap 5 dan metodologi Agile. Memfokuskan beberapa tahun berikutnya terhadap Seni Bina dan kepimpinan Kejuruteraan, Yogaesh merupakan sebahagian pasukan kepimpinan Kejuruteraan dan ketua Open Source Practice, sebuah syarikat baharu yang berpangkalan di Seattle. Yogaesh mempunyai ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Perisian daripada Birla Institute of Technology and Science, Pilani dan Ijazah Sarjana Muda dalam Sains dan Kejuruteraan Komputer daripada Thiagarajar College of Engineering.

Mengulas tentang peranan-peranan kepimpinan baharu itu, Tony McGinn, Ketua Pegawai Eksekutif berkata, "Kami teruja untuk mengembangkan pasukan kami dengan bakat yang memiliki pengalaman yang begitu mendalam dan relevan. Sebagai perniagaan SaaS berpusat media global dengan sumber pembangunan teras kami di Australia, Ashok dan Yogaesh merupakan penambahan yang hebat kepada pasukan pembangunan multinasional kami yang terunggul di Melbourne, terus daripada pusat Lembah Silikon. Kemahiran kepimpinan, pengetahuan teknikal yang mendalam dan wawasan mereka akan dialami tidak lama lagi oleh para pelanggan media kami dengan pembangunan pesat serta peningkatan produk dan perkhidmatan kami."

Tahun ini telah dipenuhi pengumuman besar dan pembangunan struktur bagi Movideo setakat ini, pengumuman ini adalah berikutan pelantikan Steven Kopec daripada Turner Broadcasting Inc. sebagai Pengarah Kejayaan Pelanggan pada bulan Mac. Selain itu, TV 5 MONDE dari Perancis turut mengumumkan ia merupakan kumpulan media terkini yang menyertai Disney, Turner, Astro, Samsung, Nextmedia, BHD dan SPH dalam kemudahan platform Movideo global untuk OTT.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Movideo:

Claire Moylan
Eksekutif Pemasaran
Telefon: +61-3-96356696
cmoylan@movideo.com
@MovideoMVP

Latar Belakang Movideo:

Movideo dengan pantas telah menjadi rakan tangkas pilihan bagi jenama media utama dan pemilik kandungan di seluruh dunia. Dengan pengalaman meluas dalam salah satu rantau paling kompleks di dunia, Asia Pasifik, Movideo mempunyai rekod pencapaian dalam meringkaskan penyelesaian berbilang tempat yang kompleks, berbeza daripada pendekatan 'satu penyelesaian untuk semua keadaan'.

Movideo merupakan platform video awan SaaS global yang bersumberkan rangkaian pusat data antarabangsa Microsoft Azure. Syarikat itu pada asalnya dibangunkan dalam perusahaan media Australia, MCM Entertainment Group Ltd. Perlindungan, pengurusan, pengedaran, penyampaian dan penjanaan keuntungan kandungan media merupakan teras bagi DNA Movideo.

Dengan dunia media dan kandungan dalam perubahan struktur besar-besaran, Movideo berbangga kerana dapat bekerjasama dengan pelanggan media kami untuk mengemudi dan menyediakan laluan mereka kepada penglibatan penonton yang berjaya dalam dunia media baharu.

Source: Movideo
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Personnel announcements