omniture

Acara Sepanjang Tahun Diadakan bagi Meraikan Incheon sebagai Ibu Kota Buku Sedunia 2015

Incheon Metropolitan City
2015-04-28 13:06 386

INCHEON, Korea Selatan, 28 April 2015 /PRNewswire/ -- Pelbagai acara yang disasarkan untuk mempromosikan bandar Korea Selatan Incheon sebagai Ibu Kota Buku Sedunia yang dipilih UNESCO bagi tahun ini telah bermula dalam keadaan meriah Khamis lalu.

Year-round events open to mark Incheon as 2015 World Book Capital
Year-round events open to mark Incheon as 2015 World Book Capital

UNESCO telah memilih sebuah bandar berbeza sebagai Ibu Kota Buku Sedunia setiap tahun untuk tempoh setahun untuk meraikan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia, yang jatuh pada tarikh 23 April, setiap tahun. Incheon merupakan bandar ke-15 di dunia, ketiga di Asia dan yang pertama di Korea yang telah terpilih.

Upacara pembukaan telah diadakan di pusat konvensyen Songdo Convensia di Incheon, barat Seoul, dengan kira-kira 500 tetamu tempatan dan luar negara hadir.

Pelbagai program seperti pameran, perjumpaan dengan penulis terkenal dan pesta buku akan diteruskan sepanjang tempoh setahun sehingga 22 April akan datang untuk menggalakkan amalan membaca dan penerbitan kreatif di bawah tema "Buku untuk semua," menurut kerajaan bandar itu.

Acara-acara utama akan melibatkan pameran budaya arkib Korea Selatan dan Incheon yang bakal diadakan di Muzium Bandar Metropolitan Incheon mulai 30 Oktober - 29 November. Item warisan dokumentari dunia negara itu yang dipinjam daripada arkib kebangsaan dan organisasi negeri yang lain akan dipamerkan, menurut penganjur.

Ini termasuk Hikayat Dinasti Joseon (1392-1910); "Donguibogam," sebuah ensiklopedia pengetahuan perubatan Timur dan teknik rawatan yang dihimpunkan serta disunting oleh tabib era Joseon Heo Jun, dan "Hunminjeongeum," manuskrip asal Hangeul, abjad Korea.

Turut termasuk dalam acara adalah Pesta Buku Kanak-kanak dan Pendidikan Antarabangsa Incheon Pertama yang bakal diadakan di Songdo Convensia bermula 11-15 November. Bandar itu menyatakan ia merancang untuk membezakannya daripada lain-lain pesta buku antarabangsa dengan menggunakan peranti teknologi maklumat canggih negara tersebut untuk memaparkan pelbagai buku kanak-kanak dan buku tentang pendidikan.

Acara-acara untuk menandakan minggu pembukaan Ibu Kota Buku Sedunia 2015 telah bermula pada hari Rabu dengan program yang menyediakan lawatan bagi tetamu asing kepada tapak bersejarah di Pulau Ganghwa, termasuk tapak perspustakaan yang mana buku dan dokumen diraja yang penting telah disimpan semasa Dinasti Joseon.

Pada 23-24 April, kerajaan bandar itu menawarkan pelbagai program seperti perjumpaan dengan Yi Mun-yol dan penulis-penulis terkenal lain, satu pameran isu pertama yang jarang ditemui bagi akhbar dan majalah awal Korea yang diterbitkan kira-kira seabad lalu.

Pihak berkuasa juga merancang untuk meningkatkan infrastruktur bandar itu untuk membaca dengan pemilihan tersebut sebagai peluang, menyempurnakan projek untuk membina perpustakaan elektronik bersaiz besar menjelang hujung bulan ini.

Para penduduk akan dapat menggunakan e-buku dengan selesa setelah perpustakaan tersebut siap.

Kerajaan tempatan menjangkakan acara-acara ini akan berfungsi sebagai peluang untuk mempromosikan nilai kebudayaan dan kemanusiaan bandar tersebut, mengubah imej lampaunya sebagai kota industri.

"Incheon, yang mana Tripitaka Koreana telah dilahirkan, merupakan peneraju bagi budaya penerbitan buku. Ia juga merupakan bandar dengan sejarah panjang budaya arkib negara tersebut," kata Yoo Jeong-bok, datuk bandar Incheon dalam satu mesej tahniah.

Tripitaka Koreana, atau "Palmandaejanggyeong" dalam bahasa Korea, merupakan koleksi kitab Buddha yang diukir menggunakan tangan di atas lebih 80,000 blok pencetakan kayu, terdiri daripada 52 juta abjad. Koleksi ini dianggap set kitab Buddha paling lengkap yang ditemui setakat ini. Asalnya diukir dan diawetkan di Pulau Ganghwa Incheon untuk membantu menyekat penjajah Mongolia semasa Dinasti Goryeo (918-1392), mereka berpindah ke Kuil Haein di Hapcheon, Wilayah Gyeongsang Selatan, semasa tahun-tahun awal dinasti Joseon.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150427/8521502642

Source: Incheon Metropolitan City
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Publishing/Information Service Travel Trade show news