omniture

Malam Percuma Di Hong Kong

Dorsett Hospitality International
2015-04-28 20:19 141

KUALA LUMPUR, Malaysia, 28 April 2015 /PRNewswire/ -- Tempah penginapan 3 malam di mana-mana Hotel Dorsett di Hong Kong antara 3 Mei hingga 30 Jun 2015 dan berpeluang menerima malam ketiga secara PERCUMA.

Tawaran malam percuma itu sah di: Dorsett Kwun Tong, Dorsett Mongkok, Dorsett Tsuen Wan dan Cosmopolitan Hotel, semuanya terletak di Hong Kong untuk tujuan perniagaan dan santai.

Empat buah hotel di Hong Kong itu dengan sempurna mencerminkan semangat berbilang budaya Hotel & Resort Dorsett, memberikan pengalaman hotel yang berpatutan dan bergaya kepada setiap tetamu. Kemewahan kecil di luar jangkaan akan turut menggembirakan tetamu, seperti penggunaan Telefon Pintar percuma sepanjang tempoh penginapan mereka (terdapat di semua hotel Dorsett Hong Kong), menu bantal, ciri-ciri dipacu teknologi yang mengagumkan, pilihan makan malam mewah dan sewaan iPad secara percuma di Dorsett Mongkok.

Hotel-hotel Dorsett lain untuk dipilih termasuklah Cosmo Hotel Hong Kong dan Lan Kwai Fong @ Kau U Fong, yang merupakan sebahagian daripada jenama d.Collection kumpulan itu yang menampilkan koleksi hotel butik; setiap satunya mempunyai rekaan dan ciri eklektik yang tersendiri.

Untuk pengembara yang mementingkan penjimatan kos dalam urusan perniagaan atau santai; Silka Far East; Silka West Kowloon dan Silka Seaview yang mementingkan nilai akan menjadi pilihan tepat.

Terma dan syarat Tawaran 1FREE:

  • Untuk tujuan tawaran ini, "Inap 3, Bayar 2" ditaktifkan sebagai penginapan minimum 3 malam diperlukan untuk layak menerima malam ketiga secara PERCUMA.
  • Malam percuma itu akan diberikan pada malam ketiga berturut-turut penginapan sahaja dan tidak boleh ditangguhkan untuk digunakan pada kunjungan kemudian atau dikumpulkan.
  • Prapembayaran tidak boleh dipulangkan penuh diperlukan pada masa membuat tempahan.
  • Tawaran adalah berdasarkan Kadar Tersedia Terbaik. Tempahan yang dibuat tidak boleh diubah, dipinda dan/atau dibatalkan. Kadar adalah berbeza mengikut hotel yang dipilih dan tarikh perjalanan khusus.
  • Malam tambahan adalah tertakluk kepada Kadar Tersedia Terbaik harian Hotel terbabit.
  • Tawaran adalah tertakluk kepada kekosongan bilik, tidak boleh digabungkan dengan sebarang promosi/tawaran lain yang sedang berlangsung dan tidak sah untuk tempahan berkumpulan atau tempahan yang dibuat sebelum permulaan tempoh tawaran.
  • Tertakluk kepada lain-lain Terma & Syarat.
  • Tempoh tempahan: 29 April hingga 6 Mei 2015

Ahli-ahli program ENRICH Penerbangan Malaysia akan menerima manfaat tambahan 2x Miles selain 1 malam percuma. Gunakan kod promo EN1FREE semasa membuat tempahan. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Latar Belakang Dorsett Hospitality Int'l Ltd
Beribu pejabat di Hong Kong, Dorsett Hospitality Int'l (Kod Saham HKEx 2266), merupakan cabang kepada Far East Consortium Limited. Dengan 3 jenama di bawah naungannya…penginapan mewah dan pertengahan Hotel & Resort Dorsett dan d.Collection terdiri daripada rangkaian hotel butik berkarisma; serta Hotel Silka yang berteraskan nilai; kumpulan itu kini memiliki dan mengurus 29 buah hotel di China, Hong Kong, Singapura, Malaysia dan United Kingdom; termasuk 7 buah hotel lagi yang akan dibuka 2 tahun akan datang di tanah besar China, Hong Kong, Malaysia dan United Kingdom. Untuk maklumat lanjut tentang Dorsett Hospitality International, lawati: www.dorsett.com

Wakil Media

Kattie Hoo
Pengarah Pemasaran & Komunikasi
Dorsett Hospitality International
E kattie.hoo@dorsett.com
T +6016-2011-340

SUMBER  Dorsett Hospitality International

Source: Dorsett Hospitality International
Related Stocks:
HongKong:2266
Related Links:
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services