CAMBRIDGE, Massachusetts dan HEIDELBERG, Jerman, 28 April 2015 /PRNewswire/ --
Memenuhi keperluan yang belum dipenuhi untuk merawat jutaan pesakit barah
Molecular Health mengumumkan hari ini, ia telah dianugerahkan paten di Eropah bertajuk "Reseptor Eritropoietin Protektif Tisu". Paten terkini ini menyokong penemuan Molecular Health bahawa EPHB4 merupakan reseptor baharu untuk Eritropoietin (EPO), yang mana EPHB4 mengikat kepada EPO dan menggalakkan pertumbuhan tumor. EPO merangsang penghasilan sel darah merah dan dipreskripsi untuk merawat anemia yang disebabkan kegagalan ginjal atau rawatan barah. Dianggarkan 40% pesakit barah mengalami anemia, meningkat kepada hampir 90% pesakit barah apabila dirawat dengan kemoterapi. Dengan menganalisis hasil pesakit barah dan data molekular tersedia, saintis Molecular Health mengenal pasti reseptor baharu ini menggunakan platform penemuan penanda bio berkomputer daripada Molecular Health. Platform ini membolehkan Molecular Health menyokong penyelidikan dan pembangunan rawatan oleh industri biofarmaseutikal.
EPO didapati mempunyai kesan buruk yang nyata dalam sesetengah kes, termasuk pertumbuhan tumor yang dipercepat dan kematian. Ekoran daripada itu, penyedia khidmat kesihatan mesti menerima latihan khas sebelum memberi preskripsi EPO, yang mungkin mengehadkan akses dan keberkesanan rawatan untuk para pesakit mereka.
"Paten terkini Molecular Health mempunyai peluang untuk menangani dengan lebih lanjut keperluan yang belum dipenuhi dalam merawat berjuta-juta pesakit barah yang menderita daripada anemia," kata Lutz Voelker, Ketua Pegawai Eksekutif Molecular Health.
Pemberian paten terkini di Eropah ini terus membangunkan peluang untuk meredakan ketoksikan rawatan dan meningkatkan manfaat terapi EPO dalam kalangan pesakit barah. Apabila digabungkan, paten berbilang Molecular Health memperincikan kaedah untuk menentukan sama ada seorang pesakit barah sesuai menerima terapi EPO inter alia dengan mengenal pasti tahap ekspresi reseptor eritropoietin baharu, EPHB4. Molecular Health turut memiliki paten berkaitan di Amerika Syarikat dan Kanada.
Molecular Health sedang menerokai beberapa saluran pengkomersilan untuk menawarkan ujian prediktif berdasarkan kaedah berpatennya.
MOLECULAR HEALTH
merupakan syarikat bioperubatan utama yang mengubah data molekular kepada maklumat klinikal yang bermanfaat sebagai pilihan rawatan barah yang cekap dan selamat bagi setiap pesakit barah. TreatmentMAP Molecular Health merupakan peranti perubatan pertama seumpamanya didaftarkan untuk perubatan barah terperibadi di Eropah. Molecular Health GmbH diaudit dan disahkan mengikut DIN EN ISO 13485 untuk rekaan, pembangunan serta penghasilan sistem perisian untuk analisis bersepadu data pesakit klinikal dan juga genomik untuk menyokong keputusan rawatan dan penyediaan khidmat berkaitan. Pelajari lebih lanjut di: http://www.molecularhealth.com/us-en/company
Wakil Media
Amerika Utara: Mark Rodgers: 832-247-3068 mark.rodgers@molecularhealth.com
Eropah/Seluruh Dunia: Rudi Schmidt: +491716050043 media@molecularhealth.com
SUMBER Molecular Health GmbH