omniture

Ahli Akademik dan Majikan Namakan Universiti Terbaik Dunia dalam 36 Bidang

QS Quacquarelli Symonds
2015-04-29 05:00 118

LONDON, 29 April 2015 /PRNewswire/ --

#QSWUR

Senarai Kedudukan Universiti Dunia Mengikut Subjek QS 2015 yang diterbitkan hari ini di TopUniversities.com, menampilkan 36 bidang menjadikannya senarai kedudukan terbesar seumpamanya.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150317/735123)

Pendapat pakar  85,062 ahli akademik dan 41,910 majikan menjadi asas hasil senarai itu, bersama analisis 17.3 juta kertas penyelidikan dan lebih 100 juta petikan (pangkalan data bibliometrik Scopus/Elsevier).

Harvard dan MIT terus mendominasi kedudukan teratas, mendahului dalam 21 subjek antara mereka. Walau bagaimanapun, universiti-universiti di UK telah meningkatkan kedudukan keseluruhan mereka, dengan enam institusi berasingan mendahului dalam sekurang-kurangnya satu subjek.

Dalam enam bidang BAHARU yang disenaraikan, London Business School mendahului Harvard dan INSEAD dalam bidang Perniagaan dan Pengurusan, sementara MIT mendahului The Bartlett School (UCL) dan TU Delft dalam bidang Seni Bina.

The Royal College of Art mendahului senarai Seni & Rekaan diikuti Parsons School for Design. Karolinska Institute dari Sweden mengungguli bidang Pergigian sementara Hong Kong University mendapat tempat kedua.

University of Sussex mendominasi Kajian Pembangunan diikuti Harvard dan Manchester University. UC Davis, Cornell dan The Royal Veterinary College menduduki tiga tempat teratas untuk Sains Veterinar.

Ben Sowter, ketua penyelidikan QS berkata: "Senarai kedudukan itu menunjukkan kecemerlangan akademik tersebar luas di seluruh dunia. 894 buah universiti yang tersenarai berada di 60 buah negara berbeza. 200 buah universiti yang disenaraikan untuk bidang perniagaan, contohnya, berada di 32 buah negara, dan 400 yang disenaraikan bagi bidang perubatan berada di 47 buah negara."

Cambridge tersenarai di antara sepuluh terbaik dalam 31 bidang diikuti Oxford dan Stanford dalam 29 disiplin masing-masing. Harvard mendapat tempat sepuluh terbaik dalam 28 subjek, manakala UC Berkeley dalam 26 subjek dan MIT dalam 19 subjek serta London School of Economics (LSE), 11 subjek.

Universiti-universiti ini diikuti oleh Princeton dan UCLA (10), Yale (9), Imperial College (8), UCL (6), Caltech dan Columbia University (5).

Di luar UK dan AS, berikut adalah universiti-universiti yang memperoleh kedudukan terbanyak dalam senarai sepuluh terbaik.

Kedudukan dalam 10 Terbaik


Universiti Kebangsaan Singapura

11

Singapura

ETH Zurich

10

Switzerland

University of Tokyo

6

Jepun

Australian National University

4

Australia

University of Hong Kong

4

Hong Kong

Nanyang Technological University

3

Singapura

Karolinska Institute

3

 Sweden

Melbourne University

2

Australia

Tsinghua University

2

China

TU Delft

2

Belanda

Wageningen University

2

Belanda

Carta di bawah menunjukkan nisbah universiti menampilkan antara 50 Terbaik dalam Senarai Kedudukan Universiti Dunia Mengikut Subjek QS 2015 

AS

36.6%

Asia

17.0%

Eropah kecuali UK

15.5%

UK

14.0%

Australia

8.5%

Kanada

5.3%

Amerika Latin

1.7%

New Zealand

1.1%

Afrika

0.3%

SUMBER  QS Quacquarelli Symonds

Source: QS Quacquarelli Symonds
Keywords: Banking/Financial Service Education Publishing/Information Service Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research