omniture

Thuraya Lancarkan Telefon Satelit Termaju Dunia

Thuraya Telecommunications Company
2015-04-29 17:00 239

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 29 April 2015 /PRNewswire/ --

Thuraya XT-PRO menawarkan masa bercakap terpanjang, paparan terbesar, dan ketiga-tiga sistem navigasi utama. Ia membawakan fleksibiliti tanpa bandingan kepada pengguna kerajaan, tenaga, media dan NGO di semua rantau.  

Thuraya Telecommunications Company hari ini melancarkan telefon satelit termaju dalam industri, Thuraya XT-PRO. Disasarkan untuk pengguna profesional merentasi pelbagai sektor pasaran termasuk kerajaan, tenaga, media dan NGO, Thuraya XT-PRO merupakan satu-satunya telefon satelit yang menampilkan GPS, BeiDou dan Glonass terbina dalam untuk mendapat ketepatan tertinggi serta keselamatan tambahan di setiap rantau.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150429/740412-a)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150429/740412-b)

Thuraya XT-PRO mempunyai masa bercakap sehingga 9 jam yang merupakan masa berbual terpanjang bagi sebarang telefon satelit. Ia kalis pancutan air, debu dan hentakan, memastikan ia dapat bertahan dalam persekitaran paling mencabar. Paparan kaca Gorilla® yang diperkukuhkan merupakan yang terbesar bagi telefon satelit; manakala skrinnya direka untuk ketahanan silau yang membolehkan keterlihatan optimum dalam cahaya matahari yang terang. Dalam keadaan kecemasan, Thuraya XT-PRO juga mempunyai butang SOS khas dengan ciri navigasi dan penjejakan canggih untuk keselamatan tambahan.

Samer Halawi, Ketua Pegawai Eksekutif Thuraya berkata: "Pelancaran Thuraya XT-PRO mengukuhkan kedudukan kami sebagai pemimpin dalam sektor telefon satelit mudah alih. Ia mempunyai ketiga-tiga sistem navigasi utama, masa bercakap terpanjang dan paparan terbesar di pasaran. Berikutan kejayaan SatSleeve dan XT-LITE, kami terus menunjukkan kemampuan kami menggegarkan industri satelit mudah alih dengan produk perintis yang berkualiti terbaik. XT-PRO ini amat sesuai untuk kumpulan pelanggan teras kami di kalangan pengguna telefon satelit profesional yang mengharapkan kami untuk menyampaikan keterhubungan yang amat andal di beberapa kawasan yang paling mencabar dan terpencil di dunia."

"Thuraya XT-PRO meneruskan kejayaan Thuraya XT yang amat popular dan memperkenalkan ciri-ciri dan fungsi baharu bagi pengalaman pengguna yang dipertingkat. Ini membolehkan Thuraya memperkukuh portfolio telefon satelitnya dengan produk utama baharu, Thuraya XT-PRO, untuk pengguna profesional, manakala Thuraya XT-LITE untuk pengguna kasual," tambah Halawi. "Naik taraf ciri dan rekaan kemas XT-PRO mencerminkan tujuan kami untuk memahami dan terus menilai apa yang diingini pengguna daripada telefon satelit."

Thuraya XT-PRO membolehkan pengguna menikmati liputan tersedia di kawasan yang tidak mempunyai perkhidmatan atau kurang mempunyai perkhidmatan rangkaian bumi. Peranti itu turut berfungsi sebagai sokongan keselamatan apabila bencana alam atau buatan manusia mengganggu komunikasi bumi. XT-PRO dapat digunakan merentasi rangkaian Thuraya meliputi dua pertiga permukaan bumi, termasuk lebih 160 buah negara. Kebolehan untuk menggunakan telefon itu sama ada dengan kad SIM prabayar atau pascabayar Thuraya, atau kad SIM daripada mana-mana rakan perayauan GSM sedunia Thuraya, memberikan fleksibiliti kepada pengguna untuk memilih pilihan terbaik mengikut keperluan mereka.

Thuraya XT-PRO boleh didapati di semua Rakan Khidmat Thuraya bermula 30 April 2015. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Thuraya XT-PRO, termasuk harga dan pelan masa udara, sila semak dengan Rakan Khidmat Thuraya di tempat anda.

Nota kepada editor: Imej produk beresolusi tinggi, video dan bahan pemasaran lain turut disediakan.

Latar Belakang Thuraya Telecommunications Company 

Thuraya Telecommunications Company merupakan pengendali MSS utama industri dan penyedia telekomunikasi global yang menawarkan kemudahan komunikasi inovatif kepada pelbagai sektor termasuk tenaga, media penyiaran, maritim, ketenteraan dan NGO kemanusiaan. Rangkaian hebat Thuraya menyediakan komunikasi yang jelas dan liputan tanpa gangguan di dua pertiga daripada permukaan bumi melalui satelit serta merentasi seluruh planet melalui kemampuan perayauan GSMnya yang unik. Rangkaian telefon bimbit satelit mudah alih dan peranti jalur lebar keluaran syarikat itu yang pelbagai, dengan teknologi hebat serta sangat andal memberikan kemudahan penggunaan, nilai, kualiti dan juga kecekapan. Lawati  http://www.thuraya.com 

Hubungi: Rim Farouk Sadek, +971-(0)56-404-9604

SUMBER  Thuraya Telecommunications Company

Source: Thuraya Telecommunications Company
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services