omniture

Marco Baggioli Tinggalkan BNP untuk Sertai ADS

ADS Securities
2015-04-29 21:15 74

ABU DHABI, EMIRIAH ARAB BERSATU, 29 April 2015 /PRNewswire/ -- Marco Baggioli, Ketua Global Pembrokeran Prima FX di BNP Paribas, akan menyertai ADS Securities London Limited untuk memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi. Beliau akan mula bertugas selepas 1 Julai 2015 dan akan melaporkan diri kepada Pengarah Urusan ADS London, James Watson.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150429/742662)

Mengulas perpindahan itu, En. Watson berkata: "Marco dikenali di seluruh industri dan kami amat berbesar hati kerana beliau memilih untuk menyertai kami. Ini akan menjadi cabaran baharu buat beliau, tetapi beliau mengenali syarikat ini dengan baik dan memahami dorongan, pelaburan dan cita-cita yang kami miliki. Saya dan pasukan ini teruja untuk bekerja bersama beliau dan membawa perniagaan ini ke tahap seterusnya."

ADS Securities London Limited dilancarkan pada Oktober 2014 dan mempunyai syarikat induk yang sama dengan ADS Securities LLC yang berpangkalan di Abu Dhabi. Ia diluluskan dan dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Amalan Kewangan, serta menyediakan rangkaian penuh dagangan pelanggan keinstitusian dan persendirian. Pasaran-pasaran utama adalah UK, tanah besar Eropah dan Amerika Utara.

"Kami berada dalam pasaran yang amat dinamik serta mencabar dan apabila jawatan ini dibuka saya menyedari ia menawarkan potensi dan peluang yang saya cari," kata En. Baggioli. "Komitmen ADS Securities terhadap pelaburan dalam industri dan pelanggan mereka menjadikan mereka hampir unik dalam dunia FX. Syarikat ini mempunyai visi jangka panjang dan saya tahu saya dapat menambah dan memberikan hala tuju kepadanya. Bekerja di BNP Paribas merupakan pengalaman yang hebat, tetapi masanya telah tiba untuk berpindah dan menjadi sebahagian daripada usaha membina masa depan ADS Securities London."

En. Baggioli mempunyai lebih 23 tahun pengalaman dalam sektor ini. Sebelum menyertai BNP Paribas pada Mac 2010, beliau bertugas di Deutsche Bank, sebagai Ketua Jualan Pembrokeran Prima FX untuk Eropah dan Asia Pasifik. Beliau juga telah memegang beberapa jawatan jualan antarabangsa kanan di Merrill Lynch dan JP Morgan, yang mana beliau bertindak sebagai Ketua Pembrokeran Prima Pendapatan Tetap EMEA. Beliau turut bertindak sebagai Ketua Pegawai Operasi MonteTitoli SpA, Depositari Sekuriti Pusat Itali, yang diketuainya melalui penswastaan daripada Bank of Italy pada 2000.

ADS Securities London Limited diluluskan dan dikawal selia di UK oleh FCA. Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.ads-securities.co.uk.

Latar Belakang ADS Securities London Limited:

ADS Securities London menyediakan dagangan tukaran mata wang asing, logam berharga, CFD dan spread berbilang pasaran untuk pelanggan runcit serta keinstitusian. Teknologi proprietari baharu digunakan untuk mengakses pelbagai kecairan bank, bukan bank dan Timur Tengah, memberikan pelaksanaan serta nisbah isian berkualiti tinggi. Syarikat ini diluluskan dan dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Amalan Kewangan (FRN 577453) dan merupakan anak syarikat milik penuh ADS Holding LLC yang berpangkalan di Abu Dhabi. ADS Securities London Limited turut bekerjasama dengan ADS Securities LLC, sebuah syarikat yang dikawal selia oleh Central Bank of the UAE, yang juga merupakan anak syarikat ADS Holding. Alamat berdaftar ADS Securities London Limited ialah Tingkat 9, 125 Old Broad Street, London, EC2N 1AR dan nombor pendaftarannya ialah 07785265.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Tony Cross, Pengarah, Monk Communications
Tel. Bimbit: +44-(0)7973-284-749
E-mel: tony@monkcommunications.com

Stephen Davie, Pengarah Komunikasi, ADS Securities LLC
Tel: +971-2-654-7663
Tel. Bimbit: +971-56 6852-878
E-mel: sgd.mkt@ads-securities.com

SUMBER  ADS Securities

Source: ADS Securities
Keywords: Banking/Financial Service Personnel announcements