omniture

CEO Miaozhen Systems Wu Minghui Raih Gelaran "The A-List Digital China 2015"

- Dianugerahkan Campaign Asia-Pacific
Miaozhen Systems
2015-04-29 23:52 280

SHANGHAI, 29 April 2015 /PRNewswire/ -- Campaign Asia-Pacific menganjurkan Sidang Kemuncak Digital 360 China di Shanghai pada 23 April 2015 yang menyaksikan beberapa pemain terkemuka dalam sektor pemasaran digital dan pengiklanan digital membincangkan masa hadapan sektor digital China. Semasa majlis penganugerahan A-List Digital China 2015 yang diadakan pada malam yang sama, pengasas, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Miaozhen Systems, Wu Minghui telah diiktiraf khas sebagai "Usahawan Digital" A-List Digital China 2015 bagi sumbangan besar beliau dalam industri pemasaran digital China. Bankuet 'A-list' itu sangat berjaya dalam mengumpulkan lebih seratus pemimpin dan eksekutif tinggi daripada jenama serta agensi terkenal dari seluruh dunia.

Wu Minghui, pengasas, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Miaozhen Systems
Wu Minghui, pengasas, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Miaozhen Systems

Ucapan yang diberi sebelum pengumuman pengiktirafan khas itu mengandungi beberapa butiran: Wu Minghui menubuhkan Miaozhen Systems pada tahun 2006 dan kini merupakan pengerusi dan ketua pegawai eksekutif. Beliau bertanggungjawab terhadap perancangan dan pelaksanaan strategi pembangunan syarikat itu selain pengurusan operasi perniagaan, strategi pemasaran, teknologi teras, penyelidikan serta inovasi syarikat itu. En. Wu juga turut menggalakkan pembangunan teknologi dalam pemasaran data besar secara proaktif.

A-List Digital China 2015
A-List Digital China 2015

En. Wu menerima ijazah sarjana sains komputer daripada Universiti Peking dan menjadi pakar yang dihormati dalam bidang teknologi data besar, kepakaran yang sangat berguna kepada beliau dalam usaha memimpin strategi pembangunan perniagaan global, pengurusan operasi dan inovasi teknologi global Miaozhen Systems. Beliau mempunyai pengalaman selama lebih 15 tahun dalam pembangunan perisian dan pengalaman 11 tahun dalam pengurusan pembangunan perisian. Beliau sendiri telah mengetuai bahagian pengurusan dan pelaksanaan beberapa projek penyelidikan & pembangunan (R&D) besar yang melibatkan analisis data yang diperoleh daripada pemantauan pengiklanan media digital, pertukaran iklan, dan platform pembentangan yang menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan Fortune Global 500 dalam bidang kewangan, kereta, serta barangan pengguna yang laris dijual. Antara projek beliau yang terkenal, beliau mengarahkan projek platform data besar untuk General Motors serta projek platform pengiklanan digital dan platform pengurusan data besar untuk China Unicom. Beliau berjaya memegang lebih 20 paten ciptaan peringkat tempatan dan antarabangsa serta menerima banyak anugerah antarabangsa bagi kehandalan beliau dalam membangunkan algoritma.

Pencapaian Miaozhen Systems sebagai pembangun teknologi pemasaran data besar terkemuka China tidak mungkin dicapai tanpa kemahiran kepimpinan dan pengurusan En. Wu yang hebat. Dalam masa sembilan tahun sejak penubuhannya, firma itu telah memimpin inovasi dalam teknologi pemasaran data besar China: sudah beberapa kali firma itu menjadi syarikat pertama di China yang melancarkan penyelesaian dan perkhidmatan baharu yang kemudiannya menjadi piawaian dalam industri. Pada tahun 2008, Miaozhen melancarkan sistem pemantauan dan pengukuran iklan pihak ketiga yang pertama secara besar-besaran di China, AdMonitor. Pada 2009, firma itu bergabung tenaga dengan Millward Brown bagi membangunkan iGRP (Titik Pemeringkatan Kasar internet), sistem pertama seumpamanya yang mengukur jumlah penonton sasaran yang dicapai kempen digital dalam cara yang mirip dengan GRP TV. Pada 2010, produk pemantauan Miaozhen telah dilancarkan bagi mengukur keputusan kempen pengiklanan digital untuk 28 jenama P&G; pada tahun yang sama, firma itu melancarkan MixReach, pengoptimum peruntukan belanjawan silang-media yang paling canggih di China. Bermula pada September 2012, Miaozhen mengeluarkan secara rasminya kit pembangunan perisian pihak ketiga yang pertama di China secara besar-besaran bagi tujuan pemantauan dan pengukuran iklan Internet mudah alih; pada tahun yang sama, firma itu memasuki pasaran Jepun. Pada 2014, ia mengeluarkan modul pemantauan aliran rangkaian abnormal pertama China, SmartVerify dan sistem pemantauan silang-skrin pertama dunia untuk komputer peribadi (PC) dan peranti mudah alih; pada tahun yang sama, Miaozhen bekerjasama dengan CCTV dalam memantau dan mengukur kadar tontonan televisyen semasa Gala Festival Musim Bunga. Pada Januari 2015, firma itu diiktiraf sebagai salah satu daripada 50 Syarikat Paling Inovatif di China (MIC 50).

2014 merupakan tahun yang banyak membawa hasil kepada En. Wu dan Miaozhen Systems. Dengan pengaruhnya yang semakin meluas merentasi sektor sepanjang tahun itu, Miaozhen menerima beberapa anugerah termasuk The Deloitte Technology Fast 50 (TF50) China 2014, Zero2IPO Venture 50, Influencing China: Syarikat Pemasaran Digital Terbaik 2014 serta MIC 50 yang telah disebut sebelum ini. Nama beliau dipetik sebagai pemimpin muda dalam inovasi atas semangat inovatif beliau yang luar biasa serta impak besar yang beliau berikan kepada ramai bakat muda yang bercita-cita tinggi dalam bidang ini. Pada bulan Oktober 2014, En. Wu dijemput bagi menghadiri Sidang Kemuncak Global IAB bagi pihak sektor data besar China yang mana beliau menyampaikan ucapan yang mendapat tumpuan ramai yang bertajuk "Pembangunan Pesat Video Mudah Alih – Amalan China," yang menerangkan bagaimana pasaran video China dan Miaozhen Systems telah membantu pengiklan mempersembahkan iklan secara tepat. Ucapan itu mendapat pujian bukan sahaja daripada eksekutif industri digital tempatan terkemuka yang menghadiri sidang kemuncak itu, tetapi juga daripada pemimpin industri digital luar negara yang turut hadir semasa sidang kemuncak itu. Pujian itu bukan sahaja menunjukkan rasa hormat tinggi yang dipunyai industri digital global kepada En. Wu, tetapi ia juga menunjukkan industri digital China telah mempunyai pengaruh yang semakin meluas di seluruh dunia. Melalui usaha beliau sendiri, En. Wu telah membuat sumbangan besar terhadap pembangunan industri digital China dengan hanya cara beliau mempersembahkannya kepada dunia. Tambahan lagi, En. Wu turut berjasa dalam menetapkan piawaian industri pemasaran China dan untuk pembangunan pustaka piawaian maklumat geografi IP disatukan China, sejajar dengan matlamat agensi kerajaan yang berkaitan; pada bulan Mac 2015, Miaozhen Systems menerbitkan set piawaian yang diiktiraf dalam industri yang bertajuk Piawaian Pengiklanan Internet Mudah Alih China bersama dengan Persatuan Pengiklanan China.

Satu kenyataan yang dibuat oleh En. Wu mencerminkan wawasan peribadi beliau serta misi perniagaan Miaozhen Systems: 'Kami menyediakan para pemasar dan organisasi media produk serta penyelesaian yang memenuhi permintaan mereka. Berdasarkan data objektif, teknologi inovatif, serta kedudukan yang sesuai, kami membantu pemasar memaksimumkan pulangan pelaburan (ROI) pengiklanan mereka serta organisasi media untuk mempertingkatkan lagi nilai sumber pengiklanan mereka dengan matlamat untuk menambah keuntungan dan juga terus memajukan pembangunan pasaran pengiklanan." Wu Minghui memang komited dalam menggalakkan dan membangunkan industri yang stabil serta sihat, kerana beliau sedar hanya apabila pembangunan seluruh industri itu dijamin stabil dan sihat, barulah Miaozhen Systems dapat menyediakan pelanggan dengan produk dan juga perkhidmatan kelas pertama. Prinsip panduan inilah yang mendasari kemampuan Miaozhen Systems bagi menyediakan pelanggan dengan perkhidmatan berkualiti tinggi sambil menyumbang kepada kemajuan industri digital China.

Latar Belakang Campaign Digital A-List China

Campaign Digital A-List China dianugerahkan kepada firma yang paling berpengaruh dalam sektor digital China bagi pencapaian hebat mereka di belakang tabir yang telah menyumbang kepada kemajuan industri digital China serta semangat yang membawa kepada semua pencapaian itu. Calon-calon bagi Campaign Digital A-List China merupakan para penginovasi dan pemimpin yang memiliki wawasan untuk membawa perubahan kepada sesebuah sektor. Usaha merekalah yang telah menyediakan tempat untuk industri digital China di pentas antarabangsa.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150429/0861503352-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150429/0861503352-b

Source: Miaozhen Systems
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Publishing/Information Service Awards