BERLIN, 30 April 2015 /PRNewswire/ -- Selama seminggu, Berlin akan menjadi titik tumpuan antarabangsa untuk segalanya yang berkaitan dengan Internet, industri digital, syarikat baharu dan media digital. Lebih 25 persidangan antarabangsa, kem bar, pameran dagangan, ucapan, hackathon dan forum akan berlangsung mulai 4 hingga 10 Mei. Acara-acara utama termasuk: re:publica, MEDIA CONVENTION BERLIN and Persidangan Heureka selain VideoDays, pra-acara yang diadakan di Berlin buat kali pertama tahun ini pada 1 dan 2 Mei. Bersama acara-acara utama ini, pelbagai acara lain akan turut menunjukkan kepelbagaian suasana sesawang Berlin - acara-acara seperti Startup Safari, acara merekrut; Webmontag Berlin, platform untuk mendorong dialog antara pembangun; selain Startupbootcamp. Bagi mendapatkan ringkasan semua acara tersebut, sila lawati http://berlinwebweek.de/?lang=en. Lebih 18,000 orang pengunjung dari seluruh dunia mengambil bahagian dalam Web Week 2014. Berlin Web Week merupakan sebuah projek oleh Jabatan Senat bagi Ekonomi, Teknologi dan Penyelidikan serta Berlin Partner untuk Perniagaan dan Teknologi.
Sorotan acara utama
re:publica 2015: Mencari Eropah
re:publica merupakan acara utama Eropah bagi masyarakat digital. Sejak 2007, ia telah berkembang menjadi "persidangan seluruh komuniti" dengan 6,000 orang peserta. Bagi #rp15, 450 orang penyampai dari 45 buah negara dijangka akan turut serta untuk lebih 300 jam acara dalam 16 peringkat. re:publica telah berkembang melalui kerjasama dengan MEDIA CONVENTION Berlin. Subpersidangan seperti Global Innovation Gathering (GIG), City of the Future, #FASHIONTECH BERLIN dan re:cord MusicDay akan menumpukan kepada tema-tema khusus. http://re-publica.de/en/press-0
MEDIA CONVENTION Berlin
Tahun ini, MEDIA CONVENTION Berlin akan tampil dalam keadaan lebih antarabangsa, inovatif dan berbilang sudut. Melalui kerjasama dengan Medienanstalt Berlin-Brandenburg dan re:publica, pelbagai acara berkaitan filem, televisyen, platform, pendigitalan, pengawalseliaan dan format kewartawanan baharu dijangka berlangsung dalam tiga peringkat pada 5 dan 6 Mei. http://mediaconventionberlin.com/en
Persidangan HEUREKA
Setelah kejayaan tiga persidangan HEUREKA sebelum ini, acara satu hari ini, yang akan diadakan pada 5 Mei 2015, akan melibatkan para penceramah terhormat, bengkel interaktif dan ucapan pemula dalam pusingan keempat. Persidangan HEUREKA telah menetapkan sasaran untuk membawa syarikat-syarikat baharu ke tahap seterusnya. Selain itu, acara itu akan menyediakan maklumat tentang faktor utama bagi kejayaan berterusan, menggalakkan perangkaian dengan usahawan dan memudahkan perkongsian dengan para pelabur hebat serta wakil-wakil media. http://heureka-conference.com/home
VideoDays - #VD15Berlin
Buat kali pertama, VideoDays akan turut diadakan di Berlin tahun ini, iaitu pada 1 dan 2 Mei. Ia merupakan perjumpaan YouTube terbesar di Eropah dan pertunjukan YouTube terbesar di dunia. Pada 1 Mei, CommunityDay, peminat akan berpeluang menemui bintang-bintang YouTube terkenal. Pada 2 Mei, ShowDay, akan terdapat pertunjukan secara langsung yang mana banyak aksi YouTube terkenal akan ke pentas. Pada acara ini, PlayAwards yang popular akan turut disampaikan di Berlin kepada saluran YouTube paling berjaya. Sehingga 6,500 orang pengunjung dijangka akan memenuhi Arena Berlin. http://videodays.eu/
Hubungi:
Annabell Dorksen
Jurucakap Berlin Partner
Telefon Bimbit: +49-1577-3998-123
annabell.doerksen@berlin-partner.de
http://www.berlin-partner.de/en
SUMBER Berlin Partner for Business and Technology