omniture

Jenama PEDIGREE® Ingin 'Berikan Kebaikan' Kepada Anjing Di Seluruh Dunia

Mars Petcare
2015-04-30 18:40 334

-- Kempen Global Baharu daripada BBDO Tonjolkan Peranan yang Dimainkan oleh Anjing dalam Menjadikan Dunia ini Lebih Baik

BRUSSELS, 30 April 2015 /PRNewswire/ -- Kita hidup dalam zaman yang begitu kompleks. Dua puluh empat jam sehari, tujuh hari seminggu, manusia bergegas daripada satu aktiviti kepada aktiviti yang lain. Namun tidak kira di penjuru mana dunia anda tinggal, terdapat satu sahabat yang sentiasa membantu kita berhubung kembali dengan perkara yang ringkas dalam hidup – sama ada melalui kucupan comot, goyangan ekor atau salakan penuh teruja – anjing. Dan hari ini, sahabat-sahabat kita yang berbulu ini akan menjadi tumpuan apabila Jenama PEDIGREE® melancarkan kempen pemasaran global baharu dipanggil 'Feed the Good' (Berikan Kebaikan).

Video - http://youtu.be/7KIYoe16q9Q

Dihasilkan oleh BBDO, 'Feed the Good' merupakan kempen global pertama PEDIGREE dalam bertahun-tahun dan berasaskan pengetahuan ringkas yang sejagat bahawa anjing dapat membawakan kebaikan dalam diri manusia kerana kemurnian mereka membantu kita berhubung semula dengan kemurnian diri kita sendiri. "Kajian menunjukkan bagaimana persahabatan dengan haiwan mengubah dan memperbaiki kehidupan manusia," kata Leonid Sudakov, Ketua Pegawai Pemasaran, Global Petcare, Mars, Inc. "Dengan memberi khasiat kepada kemurnian dalam setiap anjing, PEDIGREE membantu memberikan kebaikan yang mereka bawa ke dunia ini."

Memberikan Kebaikan di Seluruh Dunia

PEDIGREE akan melancarkan elemen kreatif 'Feed the Good' dan lain-lain elemen pemasaran bersepadu bermula di Australia, Brazil, New Zealand dan A.S. dengan pasaran tambahan dirancang pada lewat tahun ini dan 2016. Pengetahuan global akan menjana semua pelaksanaan 'Feed the Good', tetapi kandungan kreatifnya adalah relevan dengan konteks pasaran bagi kawasan yang ditampilkan.

Selain iklan televisyen, bercetak dan dalam talian, kempen tersebut akan menampilkan pelbagai usaha pemasaran tambahan bersepadu termasuk paparan dalam kedai, media sosial, promosi pengguna dan perhubungan awam. Dalam sesetengah pasaran, seperti New Zealand, kempen tersebut akan disokong dengan penyelesaian digital bertaraf dunia yang dibangunkan dengan kerjasama syarikat-syarikat seperti Google.

'Good Fight' di Australia

Iklan televisyen pertama bagi kempen 'Feed the Good' akan mula ke udara pada 4 Mei di Australia. Bertajuk 'Good Fight,' iklan tersebut bermula dengan beberapa orang belia di sudut jalan yang bersedia untuk berlawan. Ketika keadaan mula menjadi tegang, salah seorang daripada mereka menyedari terdapat seekor anjing yang terlepas di tengah jalan yang sibuk dengan pemiliknya yang hampir berputus asa di kaki lima seberang jalan. Tiba-tiba, lelaki-lelaki tersebut terlupa tentang persengketaan mereka dan berlari untuk membantu melindungi anjing itu. Tuan punya anjing yang berasa lega menyertai dua lelaki yang menyelamatkan anjingnya untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka – pergaduhan itu telah dilupakan.

'First Days Out' di Brazil

'Feed the Good' dilancarkan di Brazil melalui filem dokumentari dalam talian yang mengikuti perjalanan kehidupan sebenar dua bekas banduan – Joey dan Matt – yang masing-masing memelihara anjing setelah dibebaskan dari penjara. Video tiga minit penuh emosi, dipanggil 'First Days Out' memaparkan semua kebaikan yang hadir daripada pasangan-pasangan ini, termasuk peluang baharu, persahabatan yang berkembang dan hubungan yang dipulihkan. Selain dokumentari itu, PEDIGREE akan menerbitkan iklan televisyen selama 30 saat dipanggil 'Dogs World' di Brazil pada penghujung tahun 2015.

PEDIGREE merupakan jenama makanan anjing terbesar dunia – malah, jenama itu merupakan jenama makanan keenam terbesar di dunia. "Feed the Good" hanyalah bab seterusnya dalam komitmen global kami yang berterusan untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik untuk anjing," tambah Sudakov.

Ikuti iklan 'Feed the Good' di Twitter, Instagram dan Youtube melalui #FeedtheGood.

Latar Belakang Mars Petcare

Mars Petcare merupakan perniagaan makanan haiwan peliharaan dan rawatan haiwan utama dunia yang berusaha mewujudkan A Better World for Pets® setiap hari. Mars Petcare percaya haiwan peliharaan menjadikan kehidupan kita lebih baik dan memiliki haiwan peliharaan membawa kegembiraan serta manfaat yang sepatutnya dapat dicapai oleh sesiapa sahaja. Mars Petcare mempunyai 38 jenama keseluruhan dalam portfolio kami, termasuk jenama berbilion dolar PEDIGREE®, WHISKAS®, ROYAL CANIN®, BANFIELD®, dan IAMS®. Jenama utama lain termasuk: CESAR®, NUTRO®, SHEBA®, DREAMIES®, KITEKAT®, CHAPPI®, CATSAN®, FROLIC®, PERFECT FIT®, GREENIES®, EUKANUBA dan NATURA . Jenama khas utama termasuk: Mars Fishcare: API®, Aquarian®, Rena®, Pondcare®; Mars Horsecare: Winergy®, Spillers®, Buckeye® Equivite®; WALTHAM Centre for Pet Nutrition®, pihak berkuasa saintifik penting bagi nutrisi dan kesejahteraan haiwan peliharaan. Mars Petcare mempunyai lebih 37,000 Rakan Sekutu di seluruh dunia.

Latar Belakang Mars, Incorporated:      

Pada 1911, Frank C. Mars membuat kandi Mars pertama di dapurnya di Tacoma, Washington dan menetapkan asas pertama Mars sebagai sebuah syarikat konfeksi. Pada 1920an, Forrest E. Mars, Sr. menyertai bapanya dalam perniagaan dan mereka bersama-sama melancarkan bar MILKY WAY®. Pada 1932, Forrest, Sr. berpindah ke United Kingdom dengan impian membina perniagaan berdasarkan objektif untuk mewujudkan "kesaksamaan manfaat untuk semua pemegang kepentingan" – objektif ini menjadi asas kepada Mars, Incorporated hari ini. Berpangkalan di McLean, Virgina, Mars mempunyai enam segmen perniagaan termasuk Petcare, Chocolate, Wrigley, Food, Drinks, Symbioscience, dan lebih 72,000 Sekutu di seluruh dunia yang membawa Prinsipnya menjadi tindakan untuk membawa perbezaan kepada manusia dan bumi melalui prestasinya. Jenama Mars termasuk: Petcare – PEDIGREE®, ROYAL CANIN®, WHISKAS®, BANFIELD Pet Hospital®, NUTRO®, SHEBA®, DREAMIES® dan CESAR®; Chocolate – M&M'S®, SNICKERS®, DOVE®, GALAXY®, MARS®, MILKY WAY® dan TWIX®; Wrigley – gula-gula getah DOUBLEMINT®, EXTRA®, ORBIT® dan 5™, gula-gula SKITTLES® dan STARBURST®, serta gula-gula pudina ALTOIDS® dan juga LIFESAVERS®. Food – UNCLE BEN'S®, DOLMIO®, EBLY®, MASTERFOODS®, SEEDS OF CHANGE® dan ROYCO®; Drinks – ALTERRA ® Coffee Roasterscoffee, teh THE BRIGHT TEA CO.® , Minuman Coklat Panas DOVE®/GALAXY®, dan pembuat bir FLAVIA®; Symbioscience – COCOAVIA®, WISDOM PANEL® serta SERAMIS®.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.mars.com. Ikuti kami: facebook.com/mars, twitter.com/marsglobal, youtube.com/mars.

® /™ Tanda dagangan ©Mars, Incorporated 2015. Tanda dagangan lain adalah hak milik pemilik masing-masing.

Source: Mars Petcare
Keywords: Food/Beverages Retail Animals/Pets Broadcast feed announcements Corporate Social Responsibility