omniture

Infinitus Berazam untuk menjadikan Bumi BLUE

LKK Health Products Group
2015-04-30 21:08 226

GUANGZHOU, China, 30 April 2015 /PRNewswire/ -- Pada awal bulan Mac, jerebu dan perlindungan alam sekitar menjadi topik hangat di tanah besar China. Bagi menyokong Earth Hour dan temanya di China "Matikan Lampu, Hidupkan Blue", Infinitus, ahli LKK Health Products Group (LKKHPG), melancarkan program perlindungan alam sekitar berorientasikan kakitangan iaitu "Jadikan Bumi BLUE".

Bangunan Pejabat Infinitus Sebelum dan Selepas Earth Hour
Bangunan Pejabat Infinitus Sebelum dan Selepas Earth Hour

Bergambar Bersama BLUE

Program itu dimulakan dengan pertandingan fotografi, "Bergambar Bersama BLUE", pada pertengahan bulan Mac. Pada 22 April, gambar bertemakan "perubahan jerebu di Guangzhou" telah diisytiharkan sebagai pemenang. Pemilihan dibuat berdasarkan dua aspek, undian kakitangan serta penilaian oleh panel hakim profesional, dan pemenangnya menerima markah tertinggi dalam kedua-dua aspek.

Luangkan Earth Hour dengan Berjalan

Pada malam 28 Mac, Infinitus menganjurkan aktiviti Earth Hour untuk tahun kelima berturut-turut di beberapa cawangannya di tanah besar China, Hong Kong, Taiwan dan Malaysia. Infinitus menyeru kakitangannya agar menghabiskan masa satu jam berjalan, untuk mengamalkan falsafah kesihatan syarikat itu "Berjalan Setiap Hari dengan 10,000 Langkah".

Berkongsi Tip untuk Menjimatkan Tenaga Elektrik

Pada lewat Mac, Infinitus melancarkan Risalah Penjimatan Elektrik LKK Health Products Group. Langkah ini menyasarkan untuk mempopularkan pengetahuan penjimatan elektrik dalam kalangan kakitangan, menggalakkan mereka untuk berkongsi risalah itu dengan kawan-kawan serta keluarga, dan menjemput orang awam untuk mengamalkan kaedah yang disarankan dalam risalah itu bagi mengurangkan penggunaan tenaga.

Tambahan lagi, mulai lewat April dan seterusnya, Infinitus menggunakan platform digital dalaman mereka bagi mengingatkan kakitangan di semua rantau untuk mematikan semua peranti elektronik dan lampu sebelum pulang bagi membina persekitaran pejabat rendah karbon secara bersama.

Encik Harry Yeung, Naib Presiden Kanan LKKHPG dan Jurucakap Infinitus berkata, "Persekitaran yang sihat merupakan unsur yang penting bagi kehidupan yang bahagia. LKKHPG percaya tanggungjawab sosial korporat wajib dilaksanakan sesebuah syarikat. Oleh itu, kami telah menghebahkan falsafah kami secara aktif tentang perlindungan alam sekitar dan menganjurkan aktiviti bersiri dalam kalangan kakitangan agar dapat menggalakkan mereka membuat langkah kecil serta menggembleng tenaga bersama syarikat bagi melindungi alam sekitar."

LKKHPG merupakan ahli Lee Kum Kee Group, perusahaan Hong Kong yang berusia satu abad. Beribu pejabat di Hong Kong, perniagaan LKKHPG merangkumi ladang herba Cina, Penyelidikan & Pembangunan (R&D), penghasilan, jualan dan perkhidmatan produk kesihatan perubatan Cina tradisional (TCM), platform internet mudah alih serta pelaburan harta tanah.

http://www.infinitus-int.com/news-detaile-143029046731570.html?l=en

Hubungi:

Samson Su
+86-20-38168859
samson.su@infinitus-int.com

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150429/0861503505

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Corporate Social Responsibility Environmental Issues