omniture

MFG.com Membawa Pengilang Luar Negara untuk Tingkatkan Industri Pembuatan Tempatan

MFG.com
2012-10-15 23:24 242

KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 Okt, 2012 /PRNewswire-AsiaNet/ --

MFG.com (http://www.mfg.com/en-apac), tempat pasaran dalam talian yang terbesar
bagi industri pembuatan, baru-baru ini menjalin kerjasama dengan pelbagai
syarikat pembuatan dari luar negara untuk memulakan Jelajah Penemuan Pembekal
Asia di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang bagi menjanakan perniagaan baharu untuk
pembekal pembuatan di seluruh Malaysia. Lebih daripada 100 syarikat pembekal pembuatan
dari seluruh Malaysia menghadirinya. Jelajah ini bertujuan untuk membantu
pembangunan perniagaan syarikat-syarikat pembuatan di Malaysia, terutamanya
Perusahaan Kecil dan Sederhana, PKS, dengan menawarkan mereka peluang
untuk bertemu secara bersemuka dengan pembeli dari Eropah dan Amerika yang
mempunyai sumber projek segera berjumlah beratus-ratus juta dolar.

Industri pembuatan di Malaysia meningkat pada kadar 13 peratus setiap sepuluh
tahun yang lalu, dan ia telah menyumbang 33 peratus kepada KDNK dan 80 peratus
daripada eksport produk dalam perdagangan asing Malaysia. Menurut data yang
dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA), sektor
pembuatan menyumbang lebih separuh daripada semua aliran masuk pelaburan
langsung asing (FDI) pada tahun 2011, hampir dua kali ganda daripada 27 peratus
yang disediakan oleh sektor perkhidmatan. Industri pembuatan Malaysia dijangka
meneruskan momentum pengembangan pada tahun 2012 hasil daripada peningkatan
penggunaan daripada kedua-dua pasaran domestik dan pasaran luar negara serta
dasar-dasar insentif yang diperakui oleh kerajaan tempatan.

"Ketika ekonomi di Amerika Syarikat pulih lebih perlahan daripada yang
dijangkakan, kebergantungan sepenuhnya kepada pasaran Amerika Syarikat adalah
satu strategi yang merugikan bagi mana-mana perniagaan pembuatan dan dalam
jangka masa panjang ia juga tidak baik bagi peluang pekerjaan di Amerika
Syarikat. Kita melihat banyak pengeluar yang berpangkalan di Amerika Syarikat
kini mencari destinasi penyumberan alternatif di Asia bagi mengurangkan kos
mereka selain membangunkan perkongsian utama," kata Mitch Free, Ketua Pegawai
Eksekutif dan pengasas MFG.com. "Oleh itu, pertumbuhan dalam ekonomi destinasi
eksport utama bagi keluaran Malaysia, terutamanya di negara-negara anggota
ASEAN, China, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah, akan meningkatkan
permintaanya. Prospek keseluruhan bagi industri pembuatan pada separuh kedua 2012
dijangkakan positif."

MFG.com mempunyai pangkalan sumber profesional yang besar yang menggunakan
MFG.com bagi mendapatkan sumber bahagian yang dibuat khas mengikut tempahan
bagi syarikat-syarikat yang pakar dalam pemesinan, pembikinan, penempaan,
pembentukan suntikan plastik, tekan tera dan sebagainya. Sejak MFG.com
diasaskan pada tahun 2000, lebih daripada $115 bilion dalam barangan pembuatan
komersil telah disumberkan melalui platform itu. "Ini bukan kali pertama kita
datang ke Malaysia, dan ia pasti bukan juga kali terakhir. MFG.com amat komited
untuk menggerakkan lebih banyak sumber bagi membantu pengeluar membeli untuk
memenuhi keperluan sumber mereka dan bagi membawa lebih projek penyumberan yang
berkelayakan ke pembekal pembuatan global melalui aktiviti seperti ini," kata
Mitch Free.

Baru-baru ini MFG.com juga mengumumkan sebagai pembekal utama bagi membantu
Jabatan Pertahanan (DoD) Amerika Syarikat untuk meningkatkan penyumberan
barang-barang pembuatan yang diperlukan bagi kesediaan ketenteraan. Langkah
pertama untuk mendapatkan pembekal sudah dijalankan dan pembekal MFG.com telah
mula memberi tindak balas.

SUMBER  MFG.com


 

Source: MFG.com
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Electronic Components