JEDDAH, Arab Saudi, 1 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Pasaran saham Arab Saudi "Tadawul" akan dibuka untuk pelabur luar mulai 15 Jun 2015. Dengan had pasaran sebanyak $535 bilion, saiz pasaran Arab Saudi secara individu lebih besar daripada Afrika Selatan, Rusia, Mexico dan Turki. Ia membentuk 6.4% daripada kapitalisasi Pasaran Membangun global, yang berada pada $8.3 Trilion. Tambahan pula, pasaran Saudi mendagangkan lebih $2.4 bilion dalam nilai harian berbanding $18.2 bilion yang didagangkan dalam semua pasaran membangun setiap hari, mewakili 13% daripada kecairan pasaran membangun.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150430/742902-a)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150430/742902-b)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150430/742902-c)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150430/742902-d)
Angka yang dipetik oleh Yazan Abdeen, Pengurus Dana Lead MENA dan Ketua Aset Cair MENA di SEDCO Capital, Jeddah, menonjolkan kes positif yang disampaikannya untuk pasaran Saudi. Fakta ini, digabungkan dengan kekurangan risiko mata wang, dijangka akan menarik perhatian yang besar daripada pasaran membangun dan pengurus global.
Menurut Abdeen, "Pembangunan ini akan meletakkan 'S' sebenar dalam BRICS (Brazil, India, China dan Afrika Selatan)." Beliau terus menerangkan: "Di sebalik tarikan asas dalam pasaran, kami yakin nilai sebenar dalam pasaran memerlukan penyelidikan mendalam dan penempatan di bumi. Pasukan tempatan yang memahami selok-belok pelaburan global, diarahkan oleh proses pelaburan yang didorong secara asas dan berdisiplin yang berorientasikan pemilihan saham dalam gayanya akan mempunyai kedudukan yang lebih baik dalam pasaran Saudi."
Beliau menegaskan mereka yang menjadi pemain awal adalah mereka yang akan menerima paling banyak manfaat kerana pasaran dengan cepat memperoleh "status pasaran membangun," yang dianggarkannya akan berlaku dalam masa dua tahun.
Para pelabur global untuk tempoh kira-kira 15 tahun telah menyokong pasaran membangun sebagai pemberat teras dalam portfolio global mereka, untuk mengukuhkan strategi mereka untuk pertumbuhan. Strategi ini telah dilindung nilai dengan ketidakstabilan mata wang pasaran membangun dan/atau risiko politik dan pentadbiran. Pasaran Arab Saudi menyediakan pertumbuhan tanpa risiko mata wang dan politik yang biasa dikaitkan.
Menyetujui pandangan ini, Bernard Caralp, Ketua Pegawai Pelaburan SEDCO Capital berkata, "Kami telah memahami kedudukan ini dan mengekalkan Arab Saudi dalam agihan aset global kami sebagai pengoptimum alfa."
"Kekuatan makroekonomik pasaran Saudi belum tercapai sepenuhnya dan dicerminkan dalam kapitalisasi tukaran tersebut. Dengan pengumuman CMA bagi pembukaan pasaran, pasukan serantau kami menjadi keperluan pelaburan global dengan serta-merta," tambah beliau.
Selama lebih 30 tahun, SEDCO telah menjadi duta pelaburan Saudi kepada dunia. Sejak lima tahun lalu, SEDCO Capital telah mewujudkan infrastruktur untuk menjadi pengurus aset pilihan bagi pelabur global di Arab Saudi. Seperti mana yang dilihat Ketua Pegawai Eksekutif SEDCO Capital, Hasan AlJabri berkata, "Kami yakin empat tunjang menentukan kedudukan unik kami; falsafah bijak kewangan dan bertanggungjawab sosial yang didorong di peringkat asas, proses yang berdisiplin, berasaskan penyelidikan dan saintifik, serta pendekatan yang berfokuskan pemilihan saham, dikendalikan oleh pasukan mantap yang mempunyai pengalaman pengurusan aset antarabangsa dengan rekod pencapaian kuartil tertinggi yang paling lama di rantau ini."
Untuk maklumat lanjut:
Amro Abbas, SEDCO Capital
+966-56-131-3139
http://www.sedcocapital.com
SUMBER SEDCO Capital