omniture

Fidenza Village Persembahkan 'Kedutaan Dibuat di Itali' untuk Ekspo Milano 2015

Fidenza Village
2015-05-01 22:20 245

MILAN, 1 Mei 2015 /PRNewswire/ --

Fidenza Village akan menganjurkan acara eksklusif untuk fesyen, seni, rekaan, makanan, dan muzik bagi memberi tetamu pengalaman Itali yang sebenar; duta berprofil tinggi dan rakan kongsi turut mengambil bahagian

Semasa acara Terrazza Triennale baharu Muzium Kontemporari di Milan, Fidenza Village memperkenalkan program acara eksklusif yang akan diadakan sepanjang enam bulan akan datang sebagai acara sampingan Ekspo 2015. Fidenza Village, salah satu Koleksi Village oleh Value Retail, terletak hanya 60 minit dari Milan serta Bologna, dan menawarkan pengalaman membeli-belah outlet mewah terkemuka Itali.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150430/742915)

Semasa Ekspo itu, Village akan mempersembahkan Buatan Itali yang terbaik bagi seni, makanan, fesyen, rekaan, dan muzik. Acara itu, yang dicipta khas untuk Fidenza Village dan bermula pada 1 Mei, dibentangkan oleh Desiree BollierKetua Eksekutif, Value Retail Management – kepada duta dan rakan kongsi.

Dalam masa enam bulan akan datang, Fidenza Village akan menjadi panggung utama bagi acara yang diilhamkan daripada tiga tema berpusatkan asas budaya Itali: Opera Romantik, La Dolce Vita dan Keghairahan Itali.

  • Mulai 1 Mei hingga 30 Jun Fidenza Village meraikan Opera Romantik. Dengan sutradara, rekaan set serta kostum hebat, Fidenza Village bakal menampilkan contoh unggul gaya romantisisme Itali.
  • Pada bulai Julai dan Ogos tumpuan akan diberikan kepada La Dolce Vita serta gaya hidup Itali yang dicemburui seluruh dunia.
  • Akhirnya, bulan-bulan terakhir akan dikhususkan untuk Keghairahan Itali. Tetamu akan menikmati pengalaman merangsang deria yang sukar dilupakan yang merangkumi semuanya yang Dibuat di Itali.

"Saya berbesar hati dapat mempersembahkan projek yang akan ditampilkan Fidenza Village sewaktu Ekspo itu dalam keadaan yang begitu indah. Seluruh inti pati inisiatif "Kedutaan Dibuat di Itali' adalah untuk meraikan unsur warisan yang mencirikan wilayah sekeliling Fidenza Village, dasar untuk semua yang terbaik yang 'Dibuat di Itali'," kata Desiree Bollier, Ketua Pegawai Eksekutif Value Retail. "Value Retail berbangga kerana dapat menggalakkan masyarakat sekelilingnya, mengalu-alukan warisan wilayah itu, dan memartabatkannya kepada pengguna antarabangsa melalui kolaborasi kreatif. Ekspo ini merupakan platform yang sempurna untuk peluang sebegitu."

Duta-duta Kedutaan Dibuat di Itali: 

Fesyen 

Duta dunia fesyen ialah Mario Boselli, Presiden Kehormat Dewan Fesyen Itali, dan tokoh terkenal industri fesyen Itali.

"Saya gembira dan berbesar hati dapat mengambil bahagian dalam projek besar Value Retail bagi menukarkan Fidenza Village menjadi 'Kedutaan Dibuat di Itali' bagi Ekspo 2015, yang bakal menganjurkan pelbagai acara inovatif yang berkaitan dengan bidang kecemerlangan Itali yang berbeza," kata Boselli. "Daripada segi fesyen pula, saya dengan penuh bangganya mengatakan industri ini sedang maju dengan pesat, dengan antara pengeluaran yang terbaik di dunia, dan ia telah mencatatkan lebihan dagangan bersih sebanyak lebih €18 bilion, dengan 570,000 orang kakitangan dalam kira-kira 60,000 buah syarikat."

Mendapat ilham daripada warisan mereka sendiri, beberapa jenama terpenting fesyen Itali akan berada di Fidenza Village semasa enam bulan Ekspo itu, menghidupkan tiga tema Opera Romantik, La Dolce Vita, dan Keghairahan Itali.

Makanan

Daripada fesyen, beralih kepada satu lagi kecemerlangan Itali: makanan. Chef dengan pengiktirafan bintang Michelin serta Duta Ekspo 2015, Davide Oldani, bakal mempersembahkan sajian Itali yang terbaik. Sewaktu Ekspo itu, Oldani akan berada dalam Village itu bagi mengacarakan majlis dan mempersembahkan acara menghiburkan bersama seorang lagi chef dengan pengiktirafan bintang Michelin, Massimo Spigaroli. Massimo mewakili yang terbaik dalam produk tempatan melalui restorannya Antica Corte Pallavicina.

"Pembangunan di rantau ini sentiasa menjadi panduan untuk usaha saya. Sebab itu saya dengan penuh suka citanya menerima jemputan Fidenza Village untuk bekerjasama bagi menghasilkan pengalaman asli yang merupakan gabungan hebat unsur tempatan dan global yang terbaik," kata Davide Oldani.

Rakan-rakan kongsi tambahan termasuklah Academia Barilla, yang akan memberikan persembahan masakan bagi tiga tema Opera Romantik, La Dolce Vita, dan Keghairahan Itali untuk orang dewasa serta kanak-kanak. Vinitaly, pameran terbaik dunia dalam sektor wain akan menyediakan sesi merasa bagi wain yang dipilih dengan teliti.

Seni 

Patrick Tuttofuoco, salah satu nama paling menarik dalam arena budaya Itali telah berkolaborasi dengan kurator Davide Quadrio bagi menghasilkan pameran seni untuk Village itu, meraikan peranannya sebagai Kedutaan Dibuat di Itali dan bagi menerokai tiga tema itu. Dengan menggunakan medium arca, pameran seninya melengkapi Fidenza Village bagi menghasilkan 'komentar' yang menyerlahkan lagi kualiti panggung Village itu serta sebagai simbol pengalaman 'deria' yang bakal mengalu-alukan penyertaan para tetamu.

"Saya sangat gembira dapat menjadi sebahagian daripada projek ini. Saya berkongsi semua nilai Fidenza Village serta semangatnya untuk Buatan Itali yang terbaik," ujar pengkarya itu. "Saya telah cuba menterjemahkan semua konsep ini secara tampak menjadi hasil karya buatan khas bagi meraikan serta mentafsirkan idea keunikan Itali."

Muzik 

Muzik merupakan asas Buatan Itali dan menyampaikan, pada tahap emosi, budaya serta nilai warisannya. Fidenza Village terletak di tempat asal komposer romantik Verdi. Duta dan rakan kongsi, Fondazione Arena di Verona, bakal membuat kejutan kepada para pengunjung di Fidenza Village dengan persembahan yang akan ditafsirkan dalam gaya kontemporari, mendekatkan para pengunjung dengan opera.

Latar Belakang Fidenza Village 

Fidenza Village merupakan salah satu daripada Koleksi Village di Eropah dan China yang dicipta serta dikendalikan Value Retail, termasuklah Bicester Village yang sangat terkenal di UK. Fidenza Village terletak hanya 60 minit dari Milan dan Bologna, serta menawarkan pengalaman membeli-belah outlet mewah terkemuka di Itali. Di Fidenza Village, anda boleh menemui butik fesyen dan hiasan rumah mewah yang terbaik di dunia semuanya dalam satu tempat dengan pilihan unik jenama Itali dan antarabangsa, menawarkan penjimatan sehingga 70% daripada harga runcit saranan, tujuh hari seminggu dan sepanjang tahun. Missoni, Class Roberto Cavalli dan Vivienne Westwood hanyalah antara beberapa jenama antarabangsa yang ada, selain butik pereka Itali termasuklah Furla, Simonetta dan Diesel. Perkhidmatan yang ditawarkan Village itu termasuklah perkhidmatan ulang-alik Shopping Express® dari Milan, Pusat Maklumat Pelancong, membeli-belah dengan tangan bebas, simpanan bagasi, pemindahan mewah, dan pembeli peribadi mengikut tempahan. Dengan pilihan restoran, delikatesen, dan kafe, Village itu telah menjadi destinasi untuk pengunjung yang mencari pengalaman membeli-belah unggul serta riadah yang menyeronokkan. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati FidenzaVillage.com

SUMBER  Fidenza Village

Source: Fidenza Village
Keywords: Art Entertainment Fashion Food/Beverages Music Retail New products/services Trade show news