omniture

Artis Dari Seluruh Dunia Gegarkan Pentas Paris Untuk Hari Jazz Antarabangsa Tahunan Ke-4

Thelonious Monk Institute of Jazz
2015-05-02 09:34 197

-- Acara-acara Di Lebih 190 Negara 

PARIS, 2 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Dalam satu siri acara seluruh dunia yang tidak pernah diadakan sebelum ini, pada 30 April, Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan Institut Jazz Thelonious Monk bergabung tenaga bagi meraikan serta mengiktiraf jazz sebagai wadah untuk menyalurkan kebebasan ekspresi dan juga dialog antara budaya.

Gambar: - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150501/213207

Dengan acara-acara yang berlangsung di lebih 190 buah negara di seluruh dunia, Hari Jazz Antarabangsa 2015 mencapai kemuncaknya dengan Konsert Global Bintang-bintang (All-Star Global Concert) di Ibu Pejabat UNESCO, Paris yang menampilkan persembahan bertenaga daripada Annie Lennox, Herbie Hancock, Marcus Miller, Dee Dee Bridgewater, Wayne Shorter, Dianne Reeves, Al Jarreau, Femi Kuti, Hugh Masekela, Gregoire Maret, Claudio Roditi, Terri Lyne Carrington, Lee Ritenour, Ben Williams, John Beasley (Pengarah Muzik), dan ramai lagi. Konsert itu, yang diiringi ucapan daripada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-moon, merupakan sorotan utama bagi sambutan ulang tahun ke-70 UNESCO.

Apabila konsert itu hampir melabuhkan tirai, Herbie Hancock dan Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Heather Higginbottom telah berkongsi dengan dunia, "Sila sertai kami pada 30 April hadapan untuk meraikan Hari Jazz Antarabangsa tahunan ke-5 kami. Kami dengan besar hatinya ingin mengumumkan Presiden Barack Obama dan Wanita Pertama Michelle Obama akan menganjurkan Konsert Global Bintang-bintang Hari Jazz Antarabangsa tahun hadapan dari Rumah Putih di Washington DC."

Berlangsung setiap tahun pada 30 April, Hari Jazz Antarabangsa disambut oleh Negara-negara Anggota UNESCO atas inisiatif Duta Muhibah UNESCO Herbie Hancock, bagi menyerlahkan jazz dan peranan diplomatiknya dalam menyatukan orang ramai dari seluruh pelosok dunia. Hari Jazz Antarabangsa diiktiraf pada kalendar rasmi UNESCO serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Bagi mengiktiraf Hari Jazz Antarabangsa tahunan ke-4, Ketua Pengarah UNESCO Irina Bokova berkata, "Dalam zaman perubahan dan tidak tentu ini, kita kini lebih memerlukan semangat jazz berbanding sebelum ini untuk menyatukan orang ramai, menggalakkan kebebasan serta dialog, dan untuk mencipta penghubung baharu rasa hormat dan juga kefahaman bagi sifat tolak ansur dan kerjasama yang lebih mendalam."

Hari Jazz Antarabangsa 2015 dimulakan di Paris, Bandar Penganjur Global tahun ini, dengan 55 program pendidikan jazz dan khidmat masyarakat sepanjang hari yang diikuti dengan 30 konsert pada sebelah malam. Selain acara yang berlangsung di Paris, ribuan acara turut diadakan di seluruh dunia di ketujuh-tujuh benua. Dari Antartika, Côte d'Ivoire dan Romania ke Afghanistan, Colombia dan New Zealand, pelbagai pilihan program berfokuskan jazz diadakan di kelab, restoran, hotel, pusat komuniti, sekolah, perpustakaan, tapak seni persembahan, dan banyak lagi. Senarai lengkap acara yang berdaftar di seluruh dunia boleh didapati di www.jazzday.com.

Selepas konsert global tersebut, satu acara sambutan selepas konsert untuk para artis dianjurkan oleh Fondation Louis Vuitton bagi meraikan para tetamu melalui persembahan solo istimewa daripada Herbie Hancock.

Pengangkutan udara disediakan oleh United, Syarikat Penerbangan Rasmi untuk Hari Jazz Antarabangsa 2015.

Bagi mendapatkan maklumat tentang Hari Jazz Antarabangsa, lawati: www.unesco.org/days/jazzday dan www.jazzday.com.

Untuk gambar-gambar: https://www.dropbox.com/sh/bwemwp7pv61er8q/AABhaXW2iPDHJJL2ElWSvOTya?dl Or http://mm.gettyimages.com/mm/nicePath/gyipa_public?nav=pr275425733

Source: Thelonious Monk Institute of Jazz
Keywords: Education Entertainment Higher Education Music Not for profit U.S. State Policy News