- Bilangan negara menggunakan teknologi keluli bersadur berbilang lapisan Kilang Syiling itu kini berjumlah 34
OTTAWA, Ontario, 3 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Royal Canadian Mint berbesar hati mengumumkan ia telah dianugerahkan kontrak pertamanya dengan Bank Indonesia di Jakarta, untuk menghasilkan syiling keluli kosong bersadur nikel untuk syiling sirkulasi 1000 Rupiahnya. Kontrak dengan Indonesia ini menjadikan bilangan negara yang menggunakan teknologi kelului bersadur berbilang lapisan milik Kilang Syiling itu kepada 34 buah negara.
"Teknologi saduran berbilang lapisan Kilang Syiling ini merupakan proses saduran yang paling canggih di dunia dan terkenal kerana menghasilkan produk syiling yang berkualiti tinggi, menjimatkan kos dan selamat," kata Sandra L. Hanington, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Royal Canadian Mint. "Kami berbangga syiling kosong ini yang bakal digunakan setiap hari di Indonesia berasal daripada kemudahan kami di Winnipeg yang mana kakitangan kami menggunakan kepakaran teknikal mereka untuk menyampaikan kualiti serta nilai terbaik kepada para pelanggan kami."
Pada asalnya dibangunkan untuk syiling sirkulasi Kanada pada 2001, teknologi keluli bersadur berbilang lapisan Kilang Syiling itu terdiri daripada lapisan berselang nikel, tembaga dan nikel yang disadur atas teras keluli. Hari ini, teknologi terbukti ini menikmati kejayaan di seluruh dunia, termasuk dalam keadaan iklim berbeza di Asia, Afrika dan Caribbean.
Kilang Syiling itu menawarkan pelanggan asing dengan spektrum penuh perkhidmatan pengilangan dan khidmat runding syiling; daripada pengeluaran syiling numismatik sirkulasi, syiling kosong yang sedia untuk dicorak, pingat, medalion dan token, kepada pengurusan edaran syiling, pemasaran dan komunikasi, serta pemindahan teknologi. Sejak dibuka pada 1976, kemudahan Kilang Syiling di Winnipeg telah menghasilkan syiling sirkulasi dan syiling kosong untuk lebih 80 buah negara.
Kontrak ini mencerminkan hubungan komersial Kanada yang semakin berkembang dengan Indonesia. Eksport Kanada ke Indonesia telah meningkat hampir sekali ganda sejak lima tahun lalu manakala pelaburan dua hala telah meningkat dengan ketara. Indonesia merupakan pasaran eksport barang dagangan terbesar Kanada dan juga destinasi pelaburan terbesar di Asia Tenggara.
Latar Belakang Royal Canadian Mint
Royal Canadian Mint merupakan Syarikat Diraja yang bertanggungjawab untuk membuat duit syiling dan mengedarkan syiling sirkulasi Kanada. Sebuah syarikat bersijil ISO 9001-2008, Kilang Syiling itu dikenali sebagai salah satu kilang syiling terbesar dan paling versatil di dunia, menawarkan rangkaian luas produk syiling berkualiti tinggi yang terkhusus serta perkhidmatan berkaitan pada skala antarabangsa. Untuk maklumat lanjut tentang Kilang Syiling ini, produk dan perkhidmatannya, sila lawati www.mint.ca.
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:
Alex Reeves
Pengurus Kanan, Komunikasi
Royal Canadian Mint
Tel: (613) 949-5777
reeves@mint.ca