omniture

Rekod Kelajuan - Dani Arnold Pecah Rekod di Lereng Utara Gunung Matterhorn

Mammut Sports Group AG
2015-05-04 08:30 91

SEON, Switzerland, 30 April 2015 /PRNewswire/ -- Bagi menandakan permulaan musim di Matterhorn, pendaki pergunungan Alp bertaraf dunia Dani Arnold, dari Switzerland, telah mencatat pencapaian baharu: pada 22 April pakar kelajuan daripada Mammut Pro Team telah mendaki laluan Schmid di lereng Utara Matterhorn dalam masa 1 jam 46 minit. Dengan ini, beliau berjaya mengatasi rekod sebelum ini yang dicatat oleh Ueli Steck pada 2009 sebanyak 10 minit. 

Lereng Utara Matterhorn setinggi 1,100 meter itu, bersama Eiger dan Grand Jorasse, merupakan satu daripada tiga lereng Utara besar Pergunungan Alp. Pendaki gunung yang baik memerlukan antara 8 dan 10 jam untuk mendaki tembok batu dan ais ini. Dani Arnold melakukan pendakian itu dalam masa hanya satu jam 46 minit! Beliau mendaki laluan asal lereng Utara Matterhorn (laluan Schmid) seorang diri.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150429/742838-a)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150429/742838-b)

Tepat pada jam 8:34 pagi Dani Arnold mula mendaki di Bergschrund pada ketinggian 3,400 meter di atas aras laut. Keadaan ketika itu "sebenarnya sangat baik, walaupun jika tidak optimum. Di banyak tempat, saya mendaki sebelum ini di atas ais dan lebih jauh ke atas mendaki di atas batu. Biasanya, di sinilah anda akan menemui salji," kata pendaki dari Uri, Switzerland itu. Pemandu gunung Switzerland itu dikenali kerana kelajuannya dalam mendaki gunung. Walaupun pada bentuk muka bumi yang sukar, Dani Arnold mendaki dengan begitu bersahaja. Semasa beliau mencatat rekod kelajuan untuk lereng Utara Eiger pada 2011, yang masih belum dipecahkan hingga ke hari ini, hampir tiada sesiapa di luar dunia pendakian pernah mendengar tentang beliau.

Latar Belakang Dani Arnold: 

Pemandu gunung berusia 31 tahun itu telah berkecimpung dalam sukan mendaki semasa berusia 14 tahun dan beberapa tahun kemudian, ketika masih begitu muda, beliau telah mendaki lereng Utara Eiger bersama rakan-rakan beliau. Beliau telah mencapai banyak dakian pertama di seluruh dunia dan mencatat rekod kelajuan di lereng Utara Eiger. Dani Arnold ditaja oleh Mammut.

Hubungi:
Harald Schreiber
Mammut Sports Group AG
Industriestrasse Birren
CH-5703 Seon

Perhubungan Awam
Tel. +41-(0)62-769-81-25
Faks +41-(0)62-769-82-47
harald.schreiber@mammut.ch
http://www.mammut.ch

SUMBER  Mammut Sports Group AG

Source: Mammut Sports Group AG
Related Links:
Keywords: Sporting Events Sports Awards