-- Mayweather Akan Menghiasi Seluar Tinju Malam Pertarungan dengan Jenama Hublot
LAS VEGAS, 4 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Hari ini, jenama jam tangan Switzerland mewah Hublot telah diberi penghormatan menganjurkan sidang media bersama 10 Kali Juara Dunia Floyd "Money" Mayweather bagi mengumumkan penajaan mereka untuk bakal calon Dewan Kemasyhuran itu selepas pertarungan beliau yang dinanti-nantikan antara Manny Pacquiao pada malam Sabtu di Las Vegas.
Bagi menandakan acara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hublot, Ricardo Guadalupe mempersembahkan seutas jam tangan King Power WBC Bertatah Penuh dengan Batu Zamrud kepada juara yang belum dikalahkan itu, yang akan turut memakai jenama Hublot pada seluar tinjunya pada malam Sabtu. Sejajar dengan moto jenama Hublot "Pertama, Berbeza, Unik", Mayweather sebelum ini tidak pernah memakai seluar tinju yang tertera sebarang jenama. Persembahan itu dibuat beberapa minit sebelum peninju itu menaiki pentas bagi sesi pengambilan berat badan yang mendapat perhatian ramai.
"Umum mengetahui saya memang peminat jam tangan mewah dan Hublot merupakan salah satu daripadanya," kata Mayweather. "Saya sangat berterima kasih atas sokongan mereka dan saya tidak sabar untuk menambah jam tangan King Power WBC Bertatah Penuh dengan Batu Zamrud kepada koleksi saya."
Ricardo Guadalupe, Ketua Pegawai Eksekutif Hublot berkata: "Kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripada Majlis Tinju Sedunia sejak kami bekerjasama dengan mereka pada tahun 2012. Dengan penuh rasa bangga dan besar hati, kami menyokong Mayweather dalam perlawanan yang bakal menjadi pertarungan terhebat sepanjang kerjayanya. Pencapaian beliau yang luar biasa melalui ketabahan dan komitmen beliau terhadap kerjaya beliau yang cemerlang menjadikan beliau padanan yang sempurna untuk Hublot – kita bakal menyaksikan kegemilangan pada hari esok."
Selain daripada persembahan hadiah dan penajaan Mayweather, serta untuk meraikan perlawanan hujung minggu ini yang dinanti-nantikan, Hublot akan turut menganjurkan satu-satunya pengalaman tinju seumpamanya di Butik Hublot di Caesar's Palace. Pada 'gelanggang tinju' interaktif Hublot dan permaidani rasmi, para tetamu dijemput untuk mengambil gambar bersama prop tinju berjenama Hublot, termasuk jubah, sarung tangan tinju, serta tali pinggang kejuaraan.
Floyd "Money" Mayweather, tidak pernah kalah dalam 47 pertarungan dan telah menganugerahkan dirinya dengan akronim 'TBE' – 'Yang Terbaik Selamanya' ('The Best Ever') bakal beradu tenaga dengan Manny Pacquiao pada 2 Mei di MGM Grand, Las Vegas dalam perlawanan yang diuar-uarkan sebagai acara terbesar dalam sejarah sukan itu. Juara dunia 11 kali itu, yang tidak pernah kalah dalam perlawanan sejak menggenggam gelaran dunia pertamanya pada tahun 1998, membawa kelincahan taktikal yang tiada tolok bandingnya kepada gelanggang, yang membezakan beliau daripada peninju lain. Di luar dunia tinju, Mayweather memang meminati Hublot dan sentiasa duduk di tepi gelanggang semasa perlawanan Miami Heat – rakan kongsi Hublot yang lama.
Hubungan Hublot yang penuh legenda bersama Malis Tinju Sedunia, badan pentadbiran sukan global itu, bermula pada tahun 2012 apabila Hublot mengambil keghairahan dan seni sukan itu lalu menggabungkannya bersama semangat serta sejarah dunia jam tangan. Sinergi ini menghasilkan ciptaan 12 jam tanganunik, yang dikhususkan dan ditandatangani oleh dua belas peninju penuh legenda. Semua jam tangan ini dilelong dan mengumpul lebih $1 juta untuk inisiatif amal Majlis Tinju Sedunia, termasuklah permulaan dana pencen dan kecemasan peninju bersara di lebih 40 buah negara seluruh dunia.
PAUTAN UNTUK GULUNG B: https://www.hightail.com/download/bXBaeVdpeFV5UkYzZU1UQw
PAUTAN UNTUK IMEJ: https://app.box.com/s/8sseep5ezvvet65n8ehcql5pvazwqf48
Latar Belakang Hublot
"Hublot: Cara kemajuan berbeza" kata mereka yang arif dengan syarikat jam tangan mewah Switzerland yang unik ini, yang mana setiap pergerakan maju bagi mencipta masa hadapan pada kelajuan mengagumkan. Sebuah mimpi, yang dimulakan dan dibangunkan oleh Pengerusi Hublot Jean-Claude Biver bersama Ketua Pegawai Eksekutif Ricardo Guadalupe, mereka berdua bertanggungjawab menukarkan jenama Hublot menjadi kisah kejayaan sebenar yang mana Big Bang, King Power dan Classic Fusion mewakili simbol tradisi yang sentiasa berubah. Daripada kompilasi jam tangan dan bahan revolusioner sehinggalah kolaborasi bertaraf dunia seperti FIFA World Cup™ dan Ferrari, Hublot mencirikan jenamanya melalui falsafah "Seni Penggabungan", yang membawa tradisi ke masa hadapan. Pada peringkat komersial, rangkaian peruncit yang diperakui telah berkembang dengan pantas dan kini mempunyai 750 tempat jualan serta lebih 70 butik eksklusif di seluruh dunia (Geneva, Cannes, Saint-Tropez, Paris, London, Berlin, Moscow, New York, Miami, Beverly Hills, Las Vegas, Atlanta, Singapura, Shanghai, Beijing, Hong Kong, Dubai, Abu Dhabi, Kuala Lumpur, Ginza...). Untuk maklumat lanjut, lawati www.hublot.com