- 'Kemudahan Pemprosesan Stok Suapan' (FPF) yang Terhasil Mempertingkat Aset Teknologi Plantrose & Membolehkan Bekalan Cekap untuk Operasi Gula Selulosa IPC Renmatix
PHILADELPHIA, 5 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Renmatix, peneraju global bagi gula selulosa mampu milik untuk pasaran bahan kimia dan bahan api boleh diperbaharui, mengumumkan yang ia telah mengambil alih aset sedia ada, bekas kemudahan pengeluaran syarikat Mascoma seluas 56,000 kaki persegi yang terletak di Rome, New York. Kemudahan Pemprosesan Stok Suapan (FPF) yang baharu itu dikhususkan kepada langkah pertama penukaran kepada gula selulosa (daripada pelbagai jenis bahan biojisim berbeza) menggunakan keadaan proses Plantrose® milikan mereka. FPF ini dibuka secara rasminya pada 20 April 2015 sebagai lokasi A.S. ketiga untuk Renmatix. Langkah ini menghasilkan bekalan yang selamat untuk Renmatix serta rakan kongsi pengeluarannya di IPC di Kennesaw, Georgia, yang menjalankan langkah kedua penghasilan gula Plantro®.
Perjanjian ini merupakan yang terkini dalam siri langkah strategik serta pencapaian penting untuk Renmatix sejak sembilan bulan lalu, termasuk: pelaburan Siri D daripada kumpulan tenaga Perancis, Total, pengambilalihan portfolio harta intelek REAC yang berpusat di Sweden, serta perluasan yang signifikan untuk kemudahan Kompleks Plantrose Bersepadu (IPC) syarikat itu di Georgia. Setiap satu daripada urus niaga ini memajukan Renmatix dalam usaha pengkomersilan teknologi Plantrose, termasuk pemenuhan dan pelaksanaan JDA yang diumumkan sebelum ini dengan rakan kongsi pelesenan penting. Perluasan pemprosesan biojisim, proses penghasilan rakan kongsi berterusan, dan penyepaduan sepanjang rantaian bekalan, dibuat dengan menjangkakan aktiviti pelaburan biopenapisan komersial oleh pelesen Plantrose.
"Pengambilalihan ini mengukuhkan syarikat serta usul nilai kami untuk pelabur dan rakan kongsi penerima lesen," kata Mike Hamilton, Ketua Pegawai Eksekutif Renmatix. "Selain pelaburan dan pengambilalihan teknikal atau berasaskan IP yang biasa, peluang untuk mengambil alih bekas lokasi dan peralatan Mascoma membenarkan kami menggunakan pilihan biojisim yang luas dengan cermat, dan mengoptimumkan lagi keadaan pengendalian dalam proses Plantrose kami. Peralatan unik dalam lokasi Rome baharu kami ini memberi kami lebih keluwesan dan kawalan kualiti yang boleh dijalankan kepada berbilang stok suapan."
Syarikat itu telah menggajikan 12 orang kakitangan tempatan secara sepenuh masa, sambil ia memulakan operasinya di Rome. "Kami gembira untuk mengalu-alukan Renmatix, peneraju yang berjaya serta pemboleh teknologi bioperindustrian," kata Anthony J. Picente, Jr., Eksekutif Daerah Oneida. "Ini satu perkembangan positif bagi Bandar Rome serta Daerah ini sambil kami terus merancakkan ekonomi menerusi hab perindustrian yang semakin dipelbagaikan."
Latar Belakang Renmatix
Renmatix merupakan pelesen teknologi terkemuka untuk penukaran biojisim menjadi gula selulosa, stok suapan pemboleh untuk alternatif petroleum yang digunakan dalam pasaran biokimia serta bahan bakar bio global. Proses Plantrose® milikan syarikat itu mencabar ekonomi gula konvensional dengan menukar biojisim selulosa dengan lebih murah – daripada sisa kayu sehinggalah sisa pertanian – menjadi gula yang bermanfaat dan menjimatkan kos. Teknologi hidrolisis superkritikal Renmatix menguraikan biojisim bukan makanan sebanyak satu aturan magnitud lebih pantas berbanding proses lain dan mempertingkat kelebihan kosnya dengan tidak menggunakan sebarang bahan pakai habis yang signifikan. www.renmatix.com
Wakil Media: Duncan Cross
renmatix@missionctrlcommunications.com