KUALA LUMPUR, Malaysia, 5 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Pada kunjungan hormat baru-baru ini di Jakarta, Yang Berhormat Presiden Joko Widodo dari Indonesia telah menerima dengan berbesar hati undangan Yang Berhormat Tun Musa Hitam, Pengerusi WIEF untuk menjadi Felow Kehormat Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF).
Satu-satunya Felow Kehormat lain bagi WIEF adalah Presiden Bank Pembangunan Islam, Yang Berhormat Dr Ahmad Mohamed Ali Al Madani.
Presiden Jokowi juga turut diundang untuk menyampaikan Ucapan Khas di WIEF ke-11 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 3 - 5 November tahun ini.
Mengiringi Tun Musa Hitam semasa kunjungan hormat itu adalah Ahli Panel Penasihat Antarabangsa WIEF dan Pengasas & Pengerusi Pusat Eksekutif bagi Kepimpinan Global, Indonesia, En Tanri Abeng serta Setiausaha Agung WIEF Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak.
Dengan tema 'Membina Ketahanan untuk Pertumbuhan Berekuiti', WIEF ke-11 akan memberi penekanan khusus kepada perusahaan kecil dan sederhana (SME) dengan lebih 3,000 pemimpin kerajaan, kapten industri, usahawan, ahli akademik dan pakar digital dijangka bertemu serta menerokai peluang perniagaan yang melangkaui sempadan antarabangsa, agama dan juga budaya.
Semasa pertemuan itu, Presiden Jokowi menyampaikan ucapan selamat kepada Tun Musa Hitam dan Sekretariat WIEF dalam persediaan untuk Forum 2015 di Kuala Lumpur.
Bercakap kepada media, Tun Musa Hitam berkata, "Saya mengharapkan sumbangan peribadi daripada Presiden Jokowi, sebagai Felow Kehormat, untuk terus menaikkan pengaruh WIEF yang sentiasa berkembang dalam menggalakkan kesepakatan, kerjasama dan kesepaduan yang lebih baik melalui perniagaan antara dunia Islam dengan negara serta masyarakat bukan Islam di seluruh dunia. Sebagai negara Islam terbesar di dunia, Indonesia benar-benar mempunyai kedudukan yang sesuai untuk menjadi penggerak utama yang penting dalam pelbagai bidang yang akan mendatangkan manfaat besar bagi kesejahteraan ekonomi Ummah."
Untuk pertanyaan media, sila hubungi Shabana di shabana@wief.org atau +60123754957.
Latar Belakang Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF)