omniture

Armani Hotel Dubai Raikan Ulang Tahun Kelima Kejayaan yang Menetapkan Trend

Armani Hotel Dubai
2015-05-05 14:14 141

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 5 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Lima tahun lalu, Dubai mencipta sejarah dengan hotel khas pertama yang membawa nama lagenda fesyen Giorgio Armani dibuka di Burj Khalifa. Hari ini, Armani Hotel Dubai, dikenali kerana lokasinya di dalam bangunan tertinggi dunia, telah memiliki tempatnya yang tersendiri dalam hospitaliti mewah global.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150504/743234 )

Mencermainkan keanggunan tulen, keringkasan dan keselesaan canggih yang dikaitkan dengan gaya Armani yang tersendiri, hotel tersebut meraikan ulang tahunnya yang kelima baru-baru ini.

Memperibadikan perjalanan tetamu melalui falsafahnya 'Tinggal bersama Armani', ia telah memperkenalkan beberapa perkara buat julung kalinya dalam industri. Daripada Pengurus Gaya Hidup, yang menawarkan gabungan sempurna kemewahan dan privasi untuk tetamu, kepada restoran istimewa, rawatan spa serta tempat urusan perniagaan yang tiada bandingan, Armani Hotel Dubai berbeza dalam segala aspek operasinya.

Spencer H. Wadama, Pengurus Besar, berkata: "Lokasi dan ekuiti jenama menyumbangkan kepada pembinaan tarikan nic Armani Hotel Dubai tetapi kami membawa kejayaannya ke tahap seterusnya melalui standard perkhidmatan terperibadi. Falsafah 'Tinggal bersama Armani' kami yang menganggap tetamu sebagai tetamu peribadi Armani sendiri dan perkhidmatan sempurna yang ditawarkan oleh Pengurus Gaya Hidup kami telah membina kesetiaan yang hebat. Hari ini, Armani Hotel Dubai mempunyai kedudukan tersendiri di kalangan hotel mewah dunia."

Armani Hotel Dubai telah memenangi beberapa anugerah industri. Pada 2014, ia meraih 'Anugerah Hotel Mercu Tanda Utama Dunia' dan mengulangi kejayaannya pada 2013 sebagai 'Hotel Gaya Hidup Utama Dubai' bagi Anugerah Pelancongan Dunia (WTA). Ia memenangi 'Anugerah Pengalaman Pelancongan Global' dalam kategori 'teknologi dalam bilik terbaik', dianjurkan oleh Zanadu.

Di WTA, Armani Hotel Dubai telah diundi sebagai 'Hotel Pereka Utama Dunia' pada 2012, dan 'Hotel Mewah Utama Timur Tengah' pada 2011. Ia telah diberi penghormatan untuk 'Binaan dan Rekaan Hotel Terbaik' bagi Anugerah Hartanah Antarabangsa 2010. Tahun ini, ia meraih dua anugerah di Anugerah Restoran Time Out 2015 – dengan Armani/Ristorante dianugerahkan 'Restoran Itali Terbaik' untuk tahun ketiga berturut-turut, sementara Armani/Amal 'Amat Disyorkan' sebagai 'Restoran India Terbaik' setelah merangkul anugerah tersebut pada 2013 dan 2014.

Armani Hotel Dubai telah membuka tiga balkoni luar menambahkan ruang al fresco kepada tempat menjamu selera yang popular di hotel itu, menghadap pemandangan menakjubka Air Pancut Dubai dan Pusat Bandar Dubai. Mereka yang menjamu selera di situ kini mempunyai tempat duduk balkoni khas di Armani/Ristorante, Armani/Deli dan Armani/Mediterraneo.

Bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci, lawati http://dubai.armanihotels.com, e-mel dubai@armanihotels.com, atau hubungi +9714-888-3888.

Sumber: Armani Hotel Dubai

Source: Armani Hotel Dubai
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel