HELSINKI, 5 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Kemira telah menyempurnakan pengambilalihan perniagaan bahan kimia kertas AkzoNobel yang diumumkan pada 8 Julai 2014.
Nilai urus niaga itu adalah EUR 153 juta dan ia akan menjadi efektif tunai dalam suku kedua 2015. Perniagaan yang diambil alih itu dijangka meningkatkan hasil sebanyak lebih EUR 200 juta secara tahunan pada tarikh penyempurnaan itu.
Seperti dinyatakan lebih awal, enam daripada tapak pengeluaran bahan kimia kertas AkzoNobel dan kira-kira 350 orang kakitangan akan dipindahkan kepada Kemira. Kemira akan turut meningkatkan kapasiti pengeluaran tapak pengeluaran bahan kimia kertasnya sendiri bagi tujuan mencapai sinergi pengeluaran yang dijangka. Tempoh integrasi bagi urus niaga tersebut dijangka berlanjutan selama dua tahun dan menghasilkan sinergi bersih sebanyak EUR 15 juta secara tahunan. Tapak pengeluaran yang akan dipindahkan kepada Kemira terletak di Korea Selatan, Thailand, Indonesia, Australia, Sepanyol dan Itali.
"Pengambilalihan ini mengukuhkan kedudukan pasaran kami, terutamanya dalam rantau APAC yang membangun. Ia turut membolehkan peningkatan kecekapan yang nyata dalam rangkaian pengeluaran bahan kimia kertas global kami. Paling penting, kami memperoleh kecekapaan dan kemampuan teknologi baharu melalui 350 pakar bahan kimia kertas dan enam kemudahan pengilangan -- memperluas kemampuan kami menyampaikan kepakaran dan perkhidmatan terbaik dalam perniagaan kepada pelanggan kami. Saya ingin mengalu-alukan kesemua kakitangan baharu ke Kemira, kini merupakan satu-satunya penyedia pulpa dan bahan kimia kertas dengan capaian yang benar-benar global," kata Jari Rosendal, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kemira.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
Mats Ronnback, Presiden Interim, Segmen Kertas & APAC
Tel. +85 262 170 122
Nichlas Kavander, Naib Presiden, Segmen Kertas, APAC
Tel. +86 185 2131 9966
Kemira merupakan syarikat kimia global yang memberi khidmat kepada pelanggan dalam industri intensif air. Kami menyediakan kepakaran, pengetahuan aplikasi dan bahan kimia yang meningkatkan kecekapan air, tenaga dan bahan mentah pelanggan kami. Fokus kami adalah terhadap pulpa & kertas, minyak & gas, perlombongan serta rawatan air. Pada 2014, Kemira mempunyai hasil tahunan sebanyak EUR 2.1 bilion dan sekitar 4,250 orang kakitangan. Saham Kemira tersenarai di NASDAQ OMX Helsinki Ltd.
Maklumat lanjut tentang manfaat utama pelanggan bagi pengambilalihan tersebut:
http://pages.kemira.com/extend-your-capabilities