omniture

APEX Lancarkan Anugerah Pilihan Penumpang 2015

Airline Passenger Experience Association (APEX)
2015-05-05 20:20 152

- MAKLUM BALAS PENUMPANG AKAN MEMBANTU MENENTUKAN SYARIKAT PENERBANGAN YANG MEMBERIKAN PENGALAMAN PENUMPANG TERBAIK

NEW YORK, 5 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Jika anda telah menggunakan khidmat penerbangan baru-baru ini, pendapat anda dapat membantu menentukan syarikat penerbangan yang patut diberi penghormatan atas pengalaman pelanggan yang mereka sediakan. Diiktiraf sebagai anugerah paling berprestij dalam industri yang dipengaruhi oleh maklum balas sebenar pelanggan, Anugerah Pilihan Penumpang merupakan program tahunan yang mengundang penumpang dari seluruh dunia untuk memberi kadaran kepada pengalaman mereka melalui tinjauan dalam talian.

Diwujudkan untuk membolehkan penumpang berkongsi pendapat mereka tentang pengalaman penerbangan dalam industri penerbangan, anugerah tersebut memberikan pandangan penumpang yang bernilai dan bersahaja. Peserta akan memberi kadaran kepada syarikat penerbangan berdasarkan pengalaman sebelum berlepas, keselesaan kabin, pilihan hiburan, keterhubungan dan lain-lain. Penumpang boleh melengkapkan tinjauan yang boleh disuaikan itu di www.passengerchoiceawards.com sekerap yang mereka ingini mulai 1 Mei hingga 30 Jun.

"Setiap tinjauan dijadualkan secara saintifik oleh pemimpin data pengguna global The Nielsen Company untuk memberi kadaran kepada syarikat penerbangan global berdasarkan prestasi mereka," kata Russ Lemieux, Pengarah Eksekutif Persatuan Pengalaman Penumpang Penerbangan (APEX). "Syarikat penerbangan yang mengambil bahagian bukan sahaja mempunyai akses kepada maklum balas langsung anda, tetapi tinjauan yang anda hantar dan anugerah yang akan diberi memberikan insentif untuk melakukan yang termampu bagi meningkatkan pengalaman penumpang."

Para pemenang diumumkan pada setiap musim luruh semasa Upacara Anugerah APEX, yang akan berlangsung tahun ini pada 28 September di Portland, Oregon, Amerika Syarikat. Finalis akan ditentukan oleh maklum balas penumpang, manakala ahli-ahli APEX akan menentukan para pemenang. OnBoard International merupakan penaja terjemahan bagi Anugerah Pilihan Penumpang 2015.

Latar Belakang Anugerah Pilihan Penumpang
Anugerah Pilihan Penumpang telah diwujudkan untuk memberikan suara kepada penumpang penerbangan. Untuk melengkapkan tinjauan, lawati www.passengerchoiceawards.com, pastikan anda mengunjungi laman peminat Anugerah Pilihan Penumpang di Facebook dan Twitter.

Latar Belakang APEX
Persatuan Pengalaman Penumpang Penerbangan (APEX) merangkumi rangkaian perniagaan dan ahli-ahli profesional yang komited dalam menyediakan pengalaman penerbangan bertaraf dunia untuk para penumpang di seluruh dunia. Setiap hari, ahli-ahli APEX menilai pengalaman penumpang melalui komuniti berpengaruh dan mempertingkat setiap aspek pengalaman penerbangan: daripada mereka bentuk, membina dan memasang tempat duduk, hiburan serta sistem komunikasi pada pesawat komersial, kepada ruang legar lapangan terbang dan juga makanan dalam penerbangan. APEX berusaha untuk memantapkan industri dan memungkinkan peluang perniagaan melalui pendidikan, inovasi, perangkaian dan pengiktirafan.

Hubungi:
Chris Peterson
Pakar Komunikasi, APEX
cpeterson@kellencompany.com
+1-678-303-2968

Source: Airline Passenger Experience Association (APEX)
Keywords: Airlines/Aviation Household/Consumer/Cosmetics Travel Awards