omniture

Produk Terbaik bagi Keputusan Terbaik di Hong Kong Oktober ini

Kenfair Exhibition (HK) Limited
2012-10-16 20:24 251

HONG KONG, 16 Okt., 2012 /PRNewswire/ -- PAMERAN MEGA BAHAGIAN 1 merupakan pameran penyumberan paling penting di Hong Kong pada bulan ini bersama lebih 5,025 ruang pameran bagi pembekal-pembekal Asia yang mahu mengeksport menampilkan cenderhati yang terbaik dan terbaharu, perkakas kediaman, permainan, premium, alat tulis, barangan kaca mengikut trend, pembalut dan pembungkus cenderahati serta produk-produk sambutan kepada lebih 52,000 pembeli.

PAMERAN MEGA BAHAGIAN 1 dibuka dari Sabtu 20 OKTOBER hingga Selasa 23 OKTOBER dengan segmen pameran perdagangan hanya berlangsung di  Hong Kong Convention and Exhibition Centre, 1 Expo Drive, Wanchai, Hong Kong.

PAMERAN MEGA BAHAGIAN 1 akan menyampaikan 7 sektor produk utama, CENDERAHATI, PERKAKAS KEDIAMAN DAN HIASAN KEDIAMAN, KRISMAS, BARANGAN SAMBUTAN DAN BERMUSIM, ALAT PERMAINAN DAN PERMAINAN SELAIN BAYI DAN KANAK-KANAK, PEMBALUT HADIAH DAN BUNGKUSAN, TREND BARANGAN KACA dan FOKUS ASIA DAN ANTARABANGSA menyampaikan pelbagai pilihan CENDERAHATI DAN PERALATAN KEDIAMAN, termasuk sembilan pavilion kumpulan dari TANAH BESAR CHINA, JEPUN, KOREA SELATAN, INDIA, INDONESIA, TAIWAN, THAILAND, FILIPINA dan VIETNAM.

Produk-produk yang dipamerkan dari 32 buah negara dan rantau termasuk dari Australia, Bangladesh, Belgium, Kanada, Republik Czech, Finland, Tanah Besar China, Perancis, Jerman, Hong Kong, India, Indonesia, Israel, Itali, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Nepal, New Zealand, Pakistan, Filipina, Arab Saudi, Singapura, Afrika Selatan, Sepanyol, Taiwan, Thailand, Turki, U.A.E, U.K., U.S.A. dan Vietnam.

Perekabentuk dan pengilang di Asia kini juga menyumbangkan kepada kepentingan kelestarian dengan turut menyertakan produk-produk 'GO GREEN' (Mesra Alam) merentasi kesemua sektor peralatan runcit pengguna. Lebih daripada 650 syarikat pada tahun ini akan menyampaikan produk-produk mesra alam di bawah kempen GO GREEN yang diperluaskan.

Produk-produk yang ditakrif dengan jelas mengikut sektor serta negara asalnya yang merupakan sebahagian daripada pameran sejak dua tahun yang lepas telah dipertingkatkan lagi untuk memastikan pembeli dapat menemui dengan mudah penjual dan di sebaliknya semasa tempoh pameran.  Dua ruang istirehat pembeli VIP, ruang makan minum yang luas, akses wi-fi, bantuan perjalanan dan penginapan, pusat bisnes, dan satu sistem pencarian pempamer kesemuanya disediakan di sepanjang pameran.

PERTUNJUKAN MEGA BAHAGIAN 1 merupakan platform jual-beli utama yang terbukti, menyatukan pengiat-pengiat utama global dalam penyumberan di satu tempat - Hong Kong, pada satu masa – setiap Oktober, dan diiktiraf, selepas sejarah dua puluh satu tahunnya, sebagai sebuah pameran perdagangan utama bersama pilihan paling menyeluruh produk-produk pada harga yang hebat, selain direkabentuk dan dihasilkan di Asia dan dijual di seluruh dunia.

PAMERAN MEGA BAHAGIAN 1 dan 2, diuruskan oleh Kenfair, dan merupakan Acara Diperakui UFI.

Laman Web: www.mega-show.com

SUMBER:  Kenfair Exhibition (HK) Limited

Source: Kenfair Exhibition (HK) Limited
Related Links:
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Office Products Toys Trade show news