BOSTON, 6 Mei 2015 /PRNewswire/ -- itslearning (http://www.itslearning.net ), pembuat platform pengurusan pembelajaran tersuai khusus dengan nama yang sama, telah mengumumkan perkongsian strategik dengan Lightspeed Systems (http://www.lightspeedsystems.com ), pencipta sistem pengurusan pembelajaran My Big Campus (MBC). Lightspeed Systems akan menghentikan operasi LMS mereka dan memilih platform itslearning sebagai alternatif pilihan untuk pelanggan MBC.
Selain membantu pengguna MBC sambil mereka berpindah kepada persekitaran pembelajaran digital itslearning, perkongsian itu akan cuba menghasilkan pengalaman K-12 yang unik dengan menyepadukan platform itslearning mereka dengan Lightspeed Systems. Perkongsian ini akan menyokong penghijrahan bahan secara lancar daripada MBC kepada platform itslearning.
"Kami telah menemui cara untuk mengekalkan apa yang pelanggan kami paling sukai tentang MBC dan memindahkan mereka kepada LMS yang matang dan canggih serta berdaya saing," kata Joel Heinrich, Ketua Pegawai Eksekutif Lightspeed Systems. "Gabungan mantap platform itslearning yang mendapat sambutan ramai, penghijrahan bahan berkualiti tinggi, serta keselamatan MBC memang tiada tandingannya."
Bagi membuatkan perpindahan ini lebih mudah untuk pelanggan MBC, itslearning akan menawarkan pakej penukaran istimewa yang mana sebagai prabayaran yang dibuat untuk MBC akan dikreditkan kepada akaun pelanggan bagi kegunaan platform tersepadu baharu itu. Syarikat itu juga menawarkan kadar pilihan kepada pelanggan yang berpindah daripada MBC. Maklumat lanjut boleh ditemui di http://info.itslearning.net/IL-mybigcampus.html.
"Ini merupakan bukti hebat terhadap nilai perniagaan itslearning dan platformnya apabila kami dipilih oleh pasukan MBC, dan lebih penting lagi, dipilih oleh para pelanggan mereka sebagai platform pilihan mereka untuk berpindah daripada MBC," kata Arne Bergby, Ketua Pegawai Eksekutif itslearning. "Saya yakin ini akan melegakan kerisauan sekolah yang bercadang untuk berpindah kepada platform lain untuk tahun persekolahan akan datang."
Direka khusus untuk sektor K-12, penyepaduan lancar platform itslearning dengan sistem sedia ada mencipta antara muka mesra pengguna yang memberikan guru cara untuk berkongsi sumber arahan, tugasan, serta aktiviti dan penilaian bersama para pelajar dan ibu bapa melalui papan pemuka tersuai khusus. Pada masa yang sama, pelajar-pelajar mempunyai kelebihan untuk menentukan gaya mereka belajar kerana kemudahan tersebut mengubah suai secara automatik bagi menyokong gaya pembelajaran yang menawarkan peluang terbaik untuk menempa kejayaan.
Latar Belakang itslearning
Ditubuhkan pada 1999, itslearning merupakan sistem pengurusan pembelajaran K-12 berasaskan awan yang direka bagi memudahkan pengajaran, menjadikan pembelajaran lebih menarik, serta penglibatan ibu bapa yang lebih berkesan dan cekap. Di itslearning, kami berbangga kerana kami memahami keperluan pendidikan. Lebih 20% kakitangan kami pernah bertugas sebagai guru, dan kami sering didapati dalam bilik kelas, belajar daripada guru-guru. Beribu pejabat di Bergen, Norway, itslearning mempunyai cawangan di Boston, Central Milton Keynes, Berlin, Paris, Mulhouse, Malmo, Copenhagen dan Enscheda. Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.itslearning.eu
Latar Belakang Lightspeed Systems
Lightspeed Systems membina penyelesaian pintar untuk rangkaian sekolah. Misi kami adalah untuk mengubah pendidikan dengan memperkasakan jabatan IT di sekolah-sekolah seluruh dunia – dan memudahkan mereka memperkasakan pengguna mereka. Kami telah membantu ribuan sekolah di seluruh dunia melindungi dan menarik minat lebih 25 juta pelajar.
Lawati http://www.lightspeedsystems.com untuk mengetahui lebih lanjut.
Hubungi:
Gayle Nixon
itslearning
gayle.nixon@itslearning.com
Pertanyaan Media Sahaja: +1-978-505-0377