ANKARA, Turki, 6 Mei 2015 /PRNewswire/ --
Perjumpaan global selama empat hari menyasarkan untuk membangunkan pendekatan antarabangsa dan bersama bagi pengawalseliaan tenaga
Forum Pengawalseliaan Tenaga Sedunia kali keenam, WFER, akan diadakan di Istanbul pada 25 hingga 28 Mei.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150505/743228 )
Forum pengawalseliaan tenaga global yang ditaja Anadolu Agency (http://www.aa.com.tr/en) itu akan mengadakan perbincangan antarabangsa peringkat tinggi tentang sistem pengawalseliaan bersama dalam pelbagai sektor tenaga.
Dianjurkan oleh Lembaga Kawal Selia Pasaran Tenaga Turki, atau EMRA (http://www.emra.org.tr/), Forum Pengawalseliaan Tenaga Sedunia, WFER, kali keenam ini akan merapatkan jurang antara pengawal selia berbeza dalam pasaran tenaga bagi membentuk dan melaksanakan prinsip-prinsip bersama melalui pembentangan pelbagai pilihan tenaga yang mampan dan pada kos berdaya saing.
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dijangka akan memberikan ucapan perasmian.
Bidang kepentingan utama dalam WFER (@WFER6) akan dibincangkan sewaktu sesi-sesi dengan tajuk berikut:-
1. Menyeimbangkan faedah pihak berkepentingan
2. Mendapat faedah daripada perubahan
3. Pengawalseliaan dan kemampanan
4. Ke arah pengawalseliaan yang lebih rasional
Perbincangan tentang "Menyeimbangkan faedah pihak berkepentingan" menyasarkan untuk menegaskan bagaimana pengawalseliaan memainkan peranan penting dalam membangunkan sumber tenaga dalam cara yang seimbang dan setara.
Mendapat faedah daripada perubahan yang melibatkan gambaran keseluruhan manfaat dan pendekatan pengawalseliaan yang inovatif dan bagaimana ini boleh diaplikasikan dalam pasaran yang sentiasa berubah dan dinamik.
Forum itu juga bakal menyaksikan perbincangan peringkat tinggi tentang sumber tenaga mampan dan andal serta pendekatan bersama terhadap sistem pengawalseliaan yang lebih cekap dan serasi.
EMRA menjemput secara rasminya penyampai dan moderator yang terpilih selepas mengadakan perbincangan selama 14 bulan. Dengan 120 moderator dan penceramah, acara itu mengandungi 24 sesi tentang pelbagai topik seperti menyepadukan jaringan tenaga, akses tenaga sejagat dan peranan pengawal selia dalam menjamin bekalan.
Forum itu akan turut menganjurkan dua sesi istimewa yang berkaitan dengan perjuangan kawasan yang miskin tenaga di dunia serta satu sesi G20 memandangkan di bawah tempoh pentadbiran presiden G20 Turki tahun 2015, tenaga akan menjadi salah satu topik utama agenda itu.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati; http://www.wfer2015.org/
Hubungi: En. Serdar UZAKGÖREN, Penyelaras Projek PCO
E-mel: serdar@wfer2015.org
Telefon: +90-533-966-60-92
Sumber: Anadolu Agency