omniture

Inisiatif SBI Gesa Belia NRI Menjadi Ejen Perubahan di India; Undang Permohonan untuk Program Fellowship

State Bank of India
2015-05-06 20:40 133

BANGALORE, 6 Mei 2015 /PRNewswire/ --

Fellowship Bolehkan Belia Berpendidikan Mengusahakan Projek Pembangunan Luar Bandar bersama Rakan NGO bagi Tempoh 13 Bulan  

Sebelum menyertai program fellowship Youth for India State Bank of India (SBI), Bharat Vineeth telah bekerja dalam industri IT di Bangalore. Namun, dengan semangat berkobar untuk membantu mereka yang memerlukan, Vineth - pemegang MBA dan ijazah kejuruteraan - telah mengambil cuti sabatikal dan mula melakukan perubahan. Beliau memohon untuk fellowship SBI Youth for India (YFI), satu inisiatif CSR yang diurus oleh SBI dengan kerjasama NGO terkemuka.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150504/10122030-a
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150504/10122030-b)

Dengan peratusan kekurangan zat di kalangan  kanak-kanak dan beberapa insiden keracunan makanan hidangan tengahari disebabkan oleh makanan basi di sebuah anganwadi (sekolah rendah) di Jeypore, Odisha, Vineeth, semasa fellowship beliau, tampil dengan penyelesaian yang ringkas tetapi berkesan.

Hidangan tengahari yang dihidangkan di anganwadi itu terkesan bukan sahaja kerana ketiadaan makanan, tetapi juga amalan makanan puak setempat. Pasar terdekat terletak sejauh 15 km dari situ dan masyarakat setempat tidak menanam sayur-sayuran mereka sendiri. Vineeth telah menyahut cabaran ini dan meyakinkan pelajar serta pihak berkuasa untuk mewujudkan kebun dapur. Pelaksanaan amalan perkebunan terbaik membolehkan kebun tersebut menghasilkan lebih 30 kg bekalan segar setiap bulan. Keluaran segar itu dapat digunakan untuk hidangan tengahari bagi membantu pelajar mendapat nutrisi yang lebih baik.

Seperti Vineeth, ramai belia India bersemangat untuk tujuan tertentu dan ingin membawakan perubahan dalam kehidupan masyarakat luar bandar. Dengan memberikan mereka peluang untuk mencapai impian mereka untuk mengubah kehidupan, inisiatif 'SBI Youth for India' mengalu-alukan permohonan daripada belia India dan NRI yang kreatif serta bermotivasi.

Inisiatif tersebut memberikan platform kepada felow untuk melengkapi diri mereka dengan kemahiran dan peralatan, memulakan perubahan berterusan dalam kemampuan mereka untuk memperkasakan orang lain. Felow akan berpeluang untuk bekerja dalam pelbagai projek bersama rakan NGO di 10 negeri dan 35 lokasi. Felow boleh memilih sama ada untuk bekerja dalam projek sedia ada rakan kongsi NGO atau melaksanakan idea baharu.

Menyokong inisiatif itu, Ratan Tata, Pengerusi Emeritus, Tata Sons, berkata, "Setiap yang mengambil bahagian kemungkinan akan melakukan lebih banyak dalam masa setahun daripada kepuasan yang mungkin mereka perolehi dalam masa lima tahun dalam profesion lain."

Calon yang berminat boleh memohon di sini: http://www.youthforindia.org/. Tarikh akhir permohonan adalah pada 10 Jun 2015.

Wakil Media:
Geeta Verghese,
Koordinator Program
+91-8025554678
g.verghese@youthforindia.org

SUMBER  State Bank of India

Source: State Bank of India
Keywords: Banking/Financial Service Education Corporate Social Responsibility