omniture

UAE Dedahkan Rancangan Misi untuk Prob Angkasa Arab Pertama ke Marikh

Ministry of Cabinet Affairs - Prime Minister’s Office
2015-05-08 01:06 126

DUBAI, UAE, 8 Mei 2015 /PRNewswire/ --

Pelan tindakan dan sasaran sains untuk misi Arab pertama ke Marikh telah didedahkan buat kali pertama. Prob Emirates Mars Mission, dinamakan "Hope", akan menghasilkan model bersepadu pertama manusia bagi atmosfera Planet Merah itu.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/English/7520951-uae-mission-to-mars/

Prob tanpa manusia itu akan berlepas dari Bumi pada 2020 dalam misi yang direka untuk melengkapi kerja sains misi lain dan mengisi kekosongan penting dalam pengetahuan manusia. Orbit dan peralatan uniknya menghasilkan jenis data yang baharu tentang dinamik iklim Marikh untuk dikongsi bersama komuniti sains global.

"Emirates Mars Mission akan menjadi sumbangan hebat kepada pengetahuan manusia, suatu pencapaian penting untuk tamadun Arab, dan pelaburan sebenar bagi generasi akan datang. Prob ini melambangkan harapan bagi jutaan golongan muda Arab yang mengharapkan masa hadapan yang lebih baik," kata Yang Mulia Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Naib Presiden dan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu dan Pemerintah Dubai.

Data ini akan membolehkan para saintis membina model pertama yang benar-benar holistik untuk atmosfera Marikh. Model sedemikian boleh membantu komuniti sains Marikh global untuk merungkai lebih banyak misteri Planet Merah, seperti mengapa atmosferanya telah terurai ke angkasa sehingga ia kini menjadi terlalu nipis untuk cecair air wujud pada permukaannya.

Selain memperdalamkan pengetahuan manusia tentang Marikh, model iklim tersebut akan membantu para saintis memahami perubahan dalam atmosfera Bumi selama beberapa juta tahun. Data tersebut akan turut membantu para penyelidik menilai atmosfera ribuan planet yang baru ditemui jauh merentasi galaksi, untuk menentukan planet yang mempunyai atmosfera yang mampu menyokong hidupan.

Prob tersebut akan mengorbit Planet Merah itu sehingga sekurang-kurangnya 2023, dengan pilihan untuk melanjutkan misi tersebut sehingga 2025. Ia akan menghantar pulang lebih 1000 GB data untuk dianalisis oleh pasukan penyelidikan di Emiriah Arab Bersatu (UAE), dan dikongsi secara bebas dengan lebih 200 buah institusi di seluruh dunia bagi manfaat ribuan pakar angkasa.

Emirates Mars Mission akan meninggalkan warisan penting di Bumi kerana misi tersebut dirancang dan diuruskan di UAE oleh sebuah pasukan yang 100% terdiri daripada warga Emiriah. Dengan cara ini, ia direka sebagai pemangkin untuk para saintis dan jurutera Arab generasi baharu, serta sebagai projek asas bagi sektor sains dan juga angkasa yang kian membangun.

Yang Mulia Sheikh Mohammed mengumumkan prob tersebut akan dinamakan "Hope", nama yang dipilih setelah dunia Arab dijemput untuk menghantar cadangan dalam satu kempen awam.

Video: 
http://www.multivu.com/players/English/7520951-uae-mission-to-mars/

SUMBER  Ministry of Cabinet Affairs - Prime Minister's Office

Source: Ministry of Cabinet Affairs - Prime Minister’s Office
Keywords: Aerospace/Defense Computer/Electronics