KUALA LUMPUR, Malaysia, 7 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Pada peta, Malaysia kelihatan seperti dua tapak tangan terbuka. Di bahagian barat terletak semenanjung Malaysia - bahagian paling selatan bagi benua Asia - manakala di bahagian timurnya terletak negeri Sabah dan Sarawak. Rapatkan kedua-dua tapak tangan ini dan anda akan dapati sebuah negara dengan 30 juta penduduk serta merupakan pasaran antarabangsa ke-31 Yelp. Selamat datang kepada keluarga Yelp Malaysia!
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150506/214271
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150506/214272
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20050511/SFW134LOGO
Malaysia mempunyai sejarah yang panjang serta dibanggakan dan sehingga kini, ia kekal menjadi tarikan kepada pelbagai kumpulan etnik, budaya dan juga agama. Dengan pelbagai pengaruh daripada budaya Melayu, Cina, India, Thai, Jawa, dan Sumatera - apatah lagi denga lebih 130 bahasa berbeza - Malaysia merupakan masyarakat majmuk Asia tenggara.
Kepelbagaian di Malaysia bukan setakat budayanya. Ia menjadi kediaman hampir 20 peratus spesies haiwan dunia, menjadikannya salah sebuah negara dengan kepelbagaian bio terbesar di dunia. Kebanyakan haiwan ini dapat di temui di hutan Taman Negara, yang dipercayai berusia 75 juta tahun lebih tua daripada Amazon!
Jika anda memiliki citarasa yang pelbagai, tiada hidangan yang membosankan di Malaysia. Pilihlah laksa yang klasik atau juadah kegemaran semasa perayaan - rendang. Anda boleh menikmati telur dan roti bakar di kopitiam, atau menikmati roti canai di gerai mamak.
Yelp Malaysia dilancarkan di bandar raya terbesar negara ini yang menempatkan Menara Petronas yang tersohor di Kuala Lumpur, dan masyarakat di seluruh negara kini dapat mencari perniagaan kegemaran mereka di Yelp.
Miriam Warren, Naib Presiden Pasaran Baharu Yelp berkata, aplikasi dan laman sesawang Yelp merupakan padanan yang sesuai untuk warga Malaysia yang amat terhubung. "Malaysia mempunyai lebih 40 juta peranti mudah alih dan sebahagian besar di negara ini menggunakan rangkaian sosial secara kerap. Memandangkan mereka amat celik dunia digital, kami tahu mereka akan gemar menggunakan Yelp untuk mencari perniagaan tempatan yang hebat."
Muat turun aplikasi Yelp atau log masuk ke Yelp.my untuk menerokai kepelbagaian masyarakat majmuk di Malaysia. Syarikat-syarikat juga boleh mengambil bahagian di biz.yelp.my dengan menuntut perniagaan mereka secara percuma dan membina Laman Perniagaan Yelp mereka.