omniture

Teknologi Baharu Memungkinkan Ketepatan Rawatan Barah yang Tidak Pernah Tercapai Sebelum ini

EBG MedAustron GmbH
2015-05-08 09:00 113

WIENER NEUSTADT, Austria, SALZBURG, Austria dan REUTLINGEN, Jerman, 8 Mei 2015 /PRNewswire/--

Satu sistem inovatif untuk penentuan kedudukan pesakit yang tepat telah pun menerima perhatian semasa pelancaran pasarannya pada 2014. Kini yang pertama daripada sistem ini telah ditauliahkan di MedAustron, sebuah Pusat Terapi Sinar Ion Austria, dan akan digunakan secara klinikal buat kali pertama di situ. Pesakit barah akan dapat ditempatkan dengan lebih baik daripada sebelumnya dan dengan itu akan dapat menerima rawatan radiasi yang amat tepat. 

Bagi menjamin rawatan Sinar Ion yang berjaya - satu bentuk terapi radiasi yang amat tepat dan berkesan – adalah penting untuk menempatkan pesakit dengan tepat berdasarkan sinar radiasi serta secara kekal memerhati dan - jika perlu - menyesuaikan kedudukan pesakit semasa seluruh sesi rawatan tersebut.

MedAustron akan menjadi Pusat Terapi Sinar Ion pertama di seluruh dunia yang menggunakan sistem perubatan baharu sepenuhnya untuk tugas-tugas ini: sistem exacure daripada BEC GmbH (Reutlingen, Jerman) selain Gelung Pengimejan daripada medPhoton (Salzburg, Austria). Kedua-dua sistem ini memenuhi keperluan khas untuk Terapi Sinar Ion dan memastikan tahap keselamatan pesakit yang tertinggi. Sistem-sistem ini ia membolehkan rawatan yang amat tepat dan cekap.

Sebuah robot perindustrian yang diubah suai khas, direka  dan disesuaikan untuk kegunaan perubatan, merupakan teras sistem exacure. Ciri paling tersendirinya adalah pemasangan di siling, yang membolehkan pergerakan dalam tujuh darjah kebebasan yang tidak bergantung. Robot itu bukan sahaja boleh ditempatkan di kesemua tiga dimensi dan enam darjah kebebasan, tetapi juga dapat digerakkan sepanjang siling mendekati dan menjauhi muncung sinar bagi tujuan meningkatkan fleksibiliti kedudukan pesakit. Satu lagi kelebihan sistem pemasangan siling tersebut adalah sistem penjejakan optik tersepadu: ia memantau kedudukan kerusi rawatan 500 kali sesaat dan melakukan pembetulan dalam masa nyata, jika perlu, bagi memastikan hasil rawatan yang optimum.

Sistem yang digelar Sistem Gelung Pengimejan (IRS) ini menentusahkan kedudukan pesakit yang betul sebelum penyinaran bagi tujuan merawat pesakit dengan ketepatan setinggi mungkin. IRS disepadukan ke dalam kerusi pesakit dan membenarkan pengimejan CT Sinar Kon tiga dimensi yang amat pantas. Imej CT dibandingkan dengan set imej CT yang digunakan untuk perancangan rawatan. Sebarang pembetulan yang perlu dapat dilaksanakan oleh robot exacure dengan serta-merta. Prosedur ini menjamin tumor tersebut diberikan sinaran yang menepati perancangan doktor. IRS - yang telah pun menerima beberapa anugerah teknologi - menampilkan pengesan panel rata dan tiub sinar-X, yang dipasang dengan cara yang membolehkannya digerakkan secara bebas, seterusnya membolehkan kelajuan pemerolehan, pandangan dan kualiti imej yang sebelum ini tidak pernah dicapai serta menjadikan IRS sebagai piawian emas bagi terapi partikel berpandukan imej.

"Gabungan sistem-sistem ini buat julung kalinya di MedAustron memberikan ketepatan, kepantasan dan kualiti imej yang unik untuk terapi radiasi, tanpa bandingan dalam bidang robotik dan pengimejan perubatan. Kami amat berbangga dapat membangunkan penyelesaian yang amat inovatif ini bersama rakan kerjasama kami, BEC dan medPhoton, bagi mewujudkan piawaian baharu dalam Terapi Ion," ulas Dr. Bernd Mößlacher, Ketua Pegawai Eksekutif MedAustron, selepas kejayaan penerimaan sistem-sistem tersebut.

"Penyinaran pada tumor dengan tepat sambil menyelamatkan tisu sihat di sekitarnya memerlukan penyelesaian terbaik dalam teknologi kedudukan pesakit. Pemindahan teknologi daripada aplikasi perindustrian kepada robotik perubatan merupakan faktor utama untuk membangunkan sistem exacure dengan jayanya. Ucapan tahniah kami ditujukan kepada MedAustron atas pusat rawatan yang unik dan inovatif ini," kata Matthias Buck, Ketua Pegawai Eksekutif BEC GmbH.

"Setelah bertahun-tahun menjalankan usaha merintis dalam bidang terapi radiasi berpandukan imej, kami amat berbesar hati kerana para pesakit yang menjalani Terapi Sinar Ion akan turut menerima manfaat daripada kedudukan dikawal robot yang digabungkan dengan panduan imej yang unik," tambah Heinz Deutschmann, Ketua Pegawai Eksekutif medPhoton GmbH.

http://www.medaustron.at

http://www.b-e-c.de

http://www.medphoton.at

Penafian 

Gelung Pengimejan medPhoton ini belum diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS (FDA) untuk edaran komersial di AS dan tidak disediakan untuk edaran komersial pada masa ini.

Wakil Berita
Petra Wurzer
petra.wurzer@medaustron.at
+43-2622-26-100 - 111

SUMBER  EBG MedAustron GmbH

Source: EBG MedAustron GmbH
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services