AURORA, Ontario, 8 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Magna International Inc. (TSX: MG; NYSE: MGA) hari ini melaporkan keputusan kewangan untuk suku tahun pertama berakhir pada 31 Mac 2015.
TIGA BULAN BERAKHIR |
||||
31 Mac 2015 |
31 Mac 2014 |
|||
Jualan |
$ 8,330 |
$ 8,961 |
||
Perolehan Sebelum Faedah dan Cukai (EBIT) Terlaras(1) |
$ 642 |
$ 605 |
||
Pendapatan daripada operasi sebelum cukai pendapatan |
$ 631 |
$ 581 |
||
Pendapatan bersih yang boleh diagihkan kepada Magna International Inc. |
$ 465 |
$ 393 |
||
Pendapatan cair sesaham |
$ 1.12 |
$ 0.88 |
||
Semua keputusan dilaporkan dalam juta dolar A.S., kecuali angka per syer yang dilaporkan dalam dolar A.S. (1) Perolehan Sebelum Faedah dan Cukai (EBIT) Terlaras merupakan ukuran keuntungan atau kerugian segmen seperti yang dilaporkan dalam kenyataan kewangan disatukan sementara tidak diaudit Syarikat ini seperti yang dilampirkan. EBIT Terlaras mewakili pendapatan daripada operasi sebelum cukai pendapatan; perbelanjaan faedah, bersih; dan perbelanjaan lain, bersih |
TIGA BULAN BERAKHIR 31 MAC 2015
Kami mencatat jualan sebanyak $8.33 bilion untuk suku tahun pertama yang berakhir 31 Mac 2015, pengurangan sebanyak $631 juta atau 7% berbanding suku tahun pertama 2014. Kelemahan sesetengah mata wang berbanding mata wang pelaporan dolar A.S. kami, terutamanya Euro dan dolar Kanada, memberi impak negatif yang ketara ke atas jualan kami yang dilaporkan pada suku tahun pertama 2015. Pertukaran mata wang asing mengurangkan jualan kami sebanyak kira-kira $880 juta dibandingkan dengan suku tahun pertama 2014. Melainkan impak pertukaran mata wang asing ini, jualan kami meningkat 3% dalam suku tahun pertama 2015, berbanding suku tahun pertama 2014. Pengeluaran kenderaan ringan Amerika Utara dan Eropah setiap satunya berkurang sedikit dalam suku tahun pertama 2015, dibandingkan suku tahun pertama 2014.
Jualan pemasangan kenderaan lengkap berkurang sebanyak 28% menjadi $584 juta bagi suku tahun pertama 2015 dibandingkan dengan $813 juta bagi suku tahun pertama tahun 2014, yang mana pertukaran mata wang asing merupakan sebab bagi $127 juta daripada jumlah pengurangan itu. Jumlah pemasangan kenderaan lengkap berkurang sebanyak 23% menjadi kira-kira 27,000 unit semasa suku tahun pertama 2015 berbanding suku tahun pertama 2014.
Semasa suku pertama tahun 2015, pendapatan daripada operasi sebelum cukai pendapatan ialah $631 juta, pendapatan bersih yang boleh diagihkan kepada Magna International Inc. ialah $465 juta dan pendapatan cair sesaham ialah $1.12, peningkatan sebanyak $50 juta, $72 juta dan $0.24, masing-masing, setiap satunya dibandingkan dengan suku pertama tahun 2014.
Kecuali perbelanjaan lain, selepas cukai dan impak pembaharuan cukai Austria, setiap satunya dalam suku tahun pertama 2014, pendapatan daripada operasi sebelum cukai pendapatan, pendapatan bersih yang boleh diagihkan kepada Magna International Inc. dan pendapatan cair sesaham untuk suku tahun pertama 2015 meningkat $28 juta, $20 juta dan $0.12 masing-masing, setiap satunya dibandingkan dengan suku tahun pertama 2014.
Semasa suku tahun pertama yang berakhir pada 31 Mac 2015, kami menjana wang tunai daripada operasi sebanyak $652 juta sebelum perubahan dalam aset beroperasi bukan tunai dan liabiliti, serta melabur $358 juta dalam aset beroperasi dan liabiliti. Jumlah aktiviti pelaburan untuk suku pertama tahun 2015 ialah $323 juta, termasuk $280 juta bagi penambahan aset tetap, $42 juta dalam pelaburan dan aset lain serta $1 juta untuk membeli anak syarikat.
Don Walker, Ketua Pegawai Eksekutif Magna mengulas: "Kami mencatat perolehan dan pulangan lebih baik daripada dana yang digunakan dalam suku tahun pertama tahun 2015, selain menjana aliran tunai yang memberangsangkan. Walaupun dolar A.S. yang semakin kukuh memberi impak negatif ke atas jualan dan perolehan yang kami laporkan, operasi dasar kami memperlihatkan prestasi yang baik semasa suku tahun itu.
Kami telah memperhalusi portfolio produk kami untuk mengkhusus kepada bidang kenderaan tertentu yang penting, yang dicerminkan dalam persetujuan kami pada tahun ini untuk menjual hampir semua operasi kelengkapan dalaman kami, perniagaan pek bateri kami, serta jualan kami tahun lepas untuk sesetengah operasi komposit bukan teras kami. Pada masa yang sama, kami mengambil langkah untuk berkembang dalam bidang lain seperti pembentukan logam, yang mana kami telah mengumumkan satu usaha sama di China baru-baru ini."
Perbincangan yang lebih terperinci bagi keputusan kewangan disatukan kami pada suku tahun pertama yang berakhir pada 31 Mac 2015 terkandung dalam Perbincangan dan Analisis Keputusan Operasi dan Keadaan Kewangan oleh Pihak Pengurusan serta kenyataan kewangan disatukan sementara tidak diaudit dan juga nota padanya, yang dilampirkan pada Siaran Media ini.
DIVIDEN
Semalam, Lembaga Pengarah kami mengisytiharkan dividen sukuan tahun sebanyak $0.22 dengan mengambil kira Syer Biasa tertunggak kami untuk suku tahun berakhir 31 Mac 2015. Dividen ini boleh dibayar pada 12 Jun 2015 kepada pemegang saham dalam rekod pada 29 Mei 2015.
RAMALAN 2015 DIKEMAS KINI
Ramalan 2015 kami yang dikemas kini seperti di bawah tidak termasuk maklumat kewangan setahun penuh 2015 untuk operasi kelengkapan dalaman yang kami ingin jual, menurut persetujuan kami dengan Grupo Antolin yang diumumkan pada 16 April 2015. Ini akan selari dengan pendedahan perniagaan itu sebagai operasi dihentikan bermula dengan laporan hasil kewangan kami bagi suku tahun kedua yang berakhir pada 30 Jun 2015.
Pengeluaran Kenderaan Ringan (Unit) Amerika Utara Eropah |
17.4 juta 20.2 juta |
|||
Jualan Pengeluaran Amerika Utara Eropah Asia Tempat Lain di Dunia |
$17.2 bilion - $17.8 bilion $6.9 bilion - $7.3 bilion $1.7 bilion - $1.9 bilion $0.6 bilion - $0.7 bilion |
|||
Jumlah Jualan Pengeluaran |
$26.4 bilion - $27.7 bilion |
|||
Jualan Pemasangan Kenderaan Lengkap |
$2.1 bilion - $2.4 bilion |
|||
Jumlah Jualan |
$30.8 bilion - $32.5 bilion |
|||
Margin Operasi(1) |
Atas julat 7% |
|||
Kadar Cukai(1) |
Kira-kira 26% |
|||
Perbelanjaan Modal |
$1.3 bilion - $1.5 bilion |
|||
(1) Tidak termasuk perbelanjaan lain, bersih |
Dalam ramalan tahun 2015 ini, ditambah kepada pengeluaran kenderaan ringan tahun 2015, kami mengandaikan tiada pemerolehan besar atau pelucutan lain selain daripada pelucutan kelengkapan dalaman yang telah disebut di atas. Tambahan lagi, kami mengandaikan kadar tukaran asing untuk mata wang paling biasa yang kami gunakan untuk mengendalikan perniagaan relatif kepada mata wang pelaporan dolar A.S. kami bernilai lebih kurang sama dengan kadar semasa.
LATAR BELAKANG MAGNA
Kami merupakan pembekal automotif global terkemuka dengan 316 operasi pengeluaran dan 87 pusat pembangunan, reka bentuk, dan jualan di 29 buah negara. Kami mempunyai kira-kira 133,000 orang kakitangan yang memberi tumpuan untuk menyediakan nilai unggul kepada para pelanggan kami melalui produk dan proses inovatif, serta Pengeluaran Bertaraf Dunia. Kemampuan produk kami termasuklah menghasilkan badan, casis, hiasan dalaman, butiran luaran, tempat duduk, komponen sistem pemanduan, elektronik, penglihatan, sistem dan modul penutupan serta bumbung, dan juga reka bentuk kenderaan lengkap dan pengeluaran berkontrak. Syer Biasa kami didagangkan di Bursa Saham Toronto (MG) dan Bursa Saham New York (MGA). Untuk maklumat lanjut tentang Magna, lawati laman sesawang kami di www.magna.com.
Kami akan mengadakan panggilan persidangan untuk juruanalisis dan pemegang saham yang berminat bagi membincangkan keputusan suku tahun pertama kami pada hari Khamis, 7 Mei 2015 jam 2:00 petang EDT. Panggilan persidangan itu akan dipengerusikan oleh Don Walker, Ketua Pegawai Eksekutif. Nombor yang patut didail untuk menyertai panggilan ini ialah +1-800-735-5968. Nombor untuk pemanggil luar negara ialah +1-416-620-9188. Sila dail sekurang-kurangnya 10 minit sebelum panggilan bermula. Kami akan turut membuat siaran secara langsung panggilan persidangan ini di www.magna.com. Pembentangan slaid yang dibuat semasa panggilan persidangan itu boleh didapati pada laman sesawang kami pada tengah hari Khamis sebelum panggilan itu.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Louis Tonelli, Naib Presiden, Hubungan Pelabur di +1-905-726‑7035.
Sebarang soalan tentang telepersidangan, sila hubungi Nancy Hansford di +1-905-726‑7108.
KENYATAAN JANGKAAN
Siaran media ini mengandungi kenyataan yang dianggap sebagai "kenyataan jangkaan" atau "maklumat jangkaan" yang terkandung dalam maksud undang-undang sekuriti yang boleh guna, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kenyataan yang berkait dengan: ramalan Magna tentang pengeluaran kenderaan ringan di Amerika Utara dan Eropah; jualan disatukan yang dijangka, berdasarkan jumlah pengeluaran kenderaan ringan tersebut; jualan pengeluaran, termasuk pemecahan yang dijangka mengikut segmen dalam segmen Amerika Utara, Eropah, Asia, dan Tempat Lain di Dunia bagi tahun 2015; jualan pemasangan kenderaan lengkap; margin operasi disatukan, kadar cukai pendapatan berkesan; perbelanjaan aset tetap; dan kenyataan yang berkaitan dengan penyempurnaan portfolio produk kami melalui pengambilalihan, pelucutan hak, usaha sama atau sebaliknya, termasuk faedah strategik yang dijangka sebagai hasil jualan hampir keseluruhan pengendalian Kelengkapan Dalaman kami ("Urus Niaga"). Maklumat jangkaan dalam dokumen ini dibentangkan bagi tujuan memberikan maklumat tentang jangkaan dan rancangan semasa pihak pengurusan dan maklumat tersebut mungkin tidak sesuai digunakan bagi tujuan lain. Kenyataan jangkaan mungkin melibatkan kewangan dan unjuran lain, selain kenyataan berkenaan rancangan, matlamat, atau prestasi ekonomi masa hadapan kami, atau andaian yang mendasari mana-mana yang disebut di atas serta kenyataan lain yang bukan merupakan fakta sejarah. Kami menggunakan perkataan seperti "mungkin", "hendaklah", "boleh", "patut", "akan", "berkemungkinan", "menjangka", "menduga", "percaya", "berniat", "merancang", "meramal", "memandang", "mengunjurkan", "menganggarkan" dan perkataan lain yang mirip yang mencadangkan hasil atau kejadian masa hadapan bagi mengenal pasti kenyataan jangkaan. Sebarang kenyataan jangkaan tersebut dibuat berdasarkan maklumat yang kami perolehi buat masa ini, dan dibuat berdasarkan andaian dan analisis yang dibuat kami mengikut pengalaman dan tanggapan kami tentang ikutan sejarah, keadaan semasa, dan kemajuan masa hadapan yang dijangka, selain faktor lain yang kami percaya sesuai dalam keadaan ini. Namun begitu, sama ada keputusan dan kemajuan sebenar akan terjadi mengikut jangkaan dan ramalan kami atau tidak, bergantung kepada beberapa risiko, andaian, dan ketidakpastian, kebanyakan daripadanya tidak berada dalam kawalan kami, dan kesannya mungkin sukar untuk diramal, termasuklah, tanpa had: impak keadaan ekonomi atau politik tentang keyakinan pengguna, permintaan pengguna untuk kenderaan dan pengeluaran kenderaan; turun naik nilai mata wang relatif; penstrukturan semula, pengecilan dan/atau kos tidak berulang lain yang signifikan; prestasi berterusan salah satu atau lebih Divisyen operasi kami; tekanan peletakan harga berterusan, termasuk kemampuan kami untuk menyeimbangkan konsesi harga yang dituntut pelanggan kami; kemampuan kami untuk melancarkan perniagaan baharu atau pengambilalihan perniagaan yang berjaya; perubahan dalam syer pasaran yang menjauhi pelanggan terbaik kami; ketidakmampuan kami untuk mengembangkan perniagaan kami dengan pengeluar peralatan asal (OEM); perubahan dalam syer pasaran antara kenderaan atau segmen kenderaan, atau peralihan menjauhi kenderaan yang mempunyai bahan kami secara signifikan; risiko mengendalikan perniagaan dalam pasaran asing, termasuk China, India, Rusia, Eropah Timur, Thailand, Brazil, Argentina, dan pasaran bukan tradisional lain bagi kami; gangguan berlarutan dalam bekalan komponen kepada kami daripada pembekal kami; penutupan kemudahan pengeluaran kami, atau milik pelanggan kami, atau milik subpembekal kami kerana gangguan tenaga kerja; penutupan berjadual kemudahan pengeluaran pelanggan kami (selalunya dalam suku tahun ketiga dan keempat setiap tahun kalendar); kemampuan kami untuk bersaing dengan jayanya bersama pembekal automotif lain; pengurangan khidmat luar oleh para pelanggan kami atau ketiadaan pengeluaran bahan atau program pemasaran; penamatan atau penghentian pembaharuan semula pesanan pembelian oleh pelanggan kami bagi penghasilan sebarang bahan; kemampuan kami untuk menghasilkan produk atau proses inovatif secara tekal; gangguan modal yang berkaitan dengan aset muhibah dan aset jangka masa panjang; pendedahan kepada; dan kemampuan untuk menyeimbangkan, harga komoditi tidak stabil; kemampuan kami untuk mengenal pasti, memuktamadkan, dan menyepadukan pengambilalihan dengan jayanya atau mencapai sinergi yang dijangka; kemampuan kami untuk melakukan usaha wajar bersesuaian ke atas sasaran pengambilalihan; pemuktamadan Urus Niaga, termasuk antitrust yang diperlukan serta kelulusan kawal selia lain; pemuasan atau penepian syarat bagi melengkapkan Urus Niaga; jaminan atau tanggungjawab perlindungan yang diperlukan kepada pembeli Urus Niaga bagi liabiliti prapemuktamadan; jaminan dan kos penarikan balik; risiko gangguan pengeluaran disebabkan oleh bencana alam atau bencana lain; keselamatan dan keandalan sistem IT kami, liabiliti pencen; tuntutan undang-undang dan/atau tindakan kawal selia menentang kami, termasuk penyiasatan antitrust berterusan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa Jerman dan Brazil; perubahan dalam campuran perolehan kami antara kawasan dengan kadar cukai lebih rendah dan yang dengan kadar cukai lebih tinggi, selain kemampuan kami untuk mendapat faedah sepenuhnya daripada kerugian cukai; pendedahan cukai lain yang berpotensi; perubahan dalam pemeringkatan kredit yang diberikan kepada kami; perubahan dalam undang-undang dan peraturan kerajaan; kos yang berkaitan dengan pematuhan undang-undang dan peraturan alam sekitar; risiko kecairan akibat kemerosotan keadaan ekonomi yang tidak dijangka; kemampuan kami untuk mencapai pulangan pelaburan masa hadapan yang menyamai atau melebihi pulangan lepas; ketidakbolehramalan, dan turun naik dalam, harga dagangan Syer Biasa kami; dan faktor-faktor lain yang dinyatakan dalam Borang Maklumat Tahunan kami yang difailkan dengan suruhanjaya sekuriti di Kanada dan dalam laporan tahunan kami pada Borang 40-F yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat, dan pemfailan seterusnya. Semasa menilai kenyataan jangkaan, kami mengingatkan para pembaca agar tidak meletakkan kebergantungan tidak munasabah ke atas sebarang kenyataan jangkaan dan pembaca mesti mempertimbangkan pelbagai faktor yang boleh menyebabkan keputusan atau hasil sebenar berbeza daripada yang dinyatakan dalam kenyataan jangkaan. Sekiranya tidak diwajibkan undang-undang sekuriti yang berkaitan, kami tidak berniat, dan kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula sebarang kenyataan jangkaan bagi mencerminkan maklumat, kejadian, keputusan, atau keadaan selepas ini atau sebaliknya.
Untuk maklumat lanjut tentang Magna, sila lihat laman sesawang kami di www.magna.com. Salinan data kewangan dan dokumen lain yang disenaraikan awam boleh didapati melalui internet dalam Sistem Analisis dan Dapatan Dokumen Elektronik Pentadbir Sekuriti Kanada (SEDAR) yang boleh diakses di www.sedar.com dan dalam Sistem Pengumpulan, Analisis, dan Dapatan Data Elektronik Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (EDGAR) yang boleh diakses di www.sec.gov