BEIJING, 11 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Beberapa hari lalu, Mindshare, anak syarikat milik penuh World Leading Media Investment Company GroupM, dengan kerjasama Miaozhen Systems DMP dan platform tempahan programatik ReachMax, melancarkan Platform Tempahan Programatik China yang pertama untuk Nestle.
Ketika perniagaan pembelian programatik berkembang lebih pesat dalam pasaran China, cabaran yang dihadapi pemilik jenama pada masa kini adalah bagaimana menentukan titik keseimbangan antara pengguna dan sumber premiumnya. Nestle, jenama FMCG terkemuka dunia turut menghadapi isu yang sama di China.
Kini, Nestle telah mengambil langkah penting melalui kerjasama Mindshare dan Miaozhen Systems yang telah membina platform pertama di China bagi membenarkan penerbit video arus perdana menjalankan dagangan programatik yang melibatkan sumber yang disimpan.
Charlie Wang, Rakan Kerjasama Pemasaran Interaktif Mindshare Beijing berkata: "Bukan sahaja DMP membantu pelanggan kami dalam pengurusan data pusat; ia turut menambah baik operasi pengiklanan kami di kalangan pengguna sasaran, menjadikan pendaratan pembelian programatik yang cekap suatu realiti. Apabila lebih banyak data berkualiti tinggi tiba, DMP dijangka menjana lebih nilai untuk para pelanggan kami."
Pada masa kini, pembelian programatik masih asing bagi pengiklan jenama yang kebanyakannya masih bimbang bagaimana pembelian programatik memastikan sumber berkualiti tinggi, Pengoptimuman Indeks Jenama dan Keselamatan Jenama. Model pembelian Tempahan Programatik yang dimulakan dengan kerjasama Nestle, Mindshare Media dan Miaozhen DMP benar-benar membuka bab baharu bagi pembelian programatik China.
Pada masa hadapan, Miaozhen merancang untuk menambah baik sedikit demi sedikit proses aplikasi data besar Perusahaan bagi pengiklan jenama melalui pengiklanan dan penjejakan laman sesawang, pengumpulan aset Data dan pelaksanaan DMP. Sementara itu, Miaozhen akan terus memperkenalkan lebih banyak data luar berkualiti tinggi, profil pelanggan berdasarkan data besar dan lain-lain, dalam usaha untuk menguatkuasakan pengalaman pengiklanan disasarkan, seterusnya memaksimumkan nilai pengiklanan.
Sebagai sebuah syarikat teknologi pemasaran pihak ketiga terkemuka di China, Miaozhen DMP telah meraih banyak kedudukan pertama dalam industrinya. Penempatan DMP pihak pertamanya telah menjadi satu penyelesaian data berkesan yang memberikan pengiklanan disasarkan dengan pertimbangan terhadap sekuriti data. Kini, dibantu oleh prestasi teknikal kukuh dan pandangan programatik profesional, Miaozhen DMP telah berjaya memenangi aliran teknikal bagi projek Mindshare-Nestle dan ia dilihat sebagai satu pendekatan yang amat positif untuk teknologi pembelian programatik China. Sun Fangchao, ketua Operasi China Utara Miaozhen Systems berkata: "Nestle dan Mindshare mempunyai visi strategik yang hebat, dan sejak awal lagi, mereka berjaya melihat gambaran keseluruhan, merancang penggunaan aset data jangka sederhana dan jangka panjang. Apabila melibatkan pemilihan vendor teknikal, mereka mengutamakan kemajuan teknologi, sekuriti data, ketepatan serta keberkesanan, dan kerana itulah Miaozhen telah terpilih."
Untuk maklumat lanjut, sila ikuti akaun awam kami "Miaozhen Systems" di Wechat atau hubungi kami.
Laman Sesawang Miaozhen: www.miaozhen.com
Tina Liu
TEL: +86-010-64303617
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150508/0861503847a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150508/0861503847b