SHENYANG, China, 11 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Hari ini, Neusoft Medical Systems Co., Ltd. ("Neusoft Medical Systems") secara rasminya melancarkan NeuViz 128 CT untuk pasaran global, dan produk-produk baharu itu kini dieksport ke Asia Selatan, Afrika Utara serta lain-lain pasaran antarabangsa. NeuViz 128 CT berpensijilan CE keluaran Neusoft Medical Systems menggabungkan teknologi dan inovasi tercanggih untuk menghasilkan imej yang amat halus dan berdos rendah, yang dapat memberikan maklumat diagnostik yang lebih tepat. NeuViz 128 CT menjadi CT 128 hirisan yang pertama China yang dieksport ke pasaran antarabangsa dengan hak harta intelek bebas, dan pelancarannya menunjukkan kesungguhan syarikat itu untuk meneroka pasaran CT tahap tinggi global.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150508/214767
Neusoft Medical Systems telah berjaya membangunkan prototaip CT pertama China pada 1994, dan menjadikannya diindustrikan pada 1998; yang menjadikan China sebagai pengilang dan pengeksport mesin CT ke-5 terbesar di dunia, di belakang Amerika Syarikat, Jepun, Jerman dan Belanda. Kini, rangkaian luas produk Neusoft Medical Systems telah dijual kepada lebih 100 buah negara dan wilayah, digunakan oleh lebih 9,000 institusi kesihatan seluruh dunia.
En. Jiang Genmiao, Naib Presiden Neusoft Corporation dan Presiden Neusoft Medical Systems berkata pada majlis pelancaran itu, "Sebagai pembekal kelengkapan perubatan, Neusoft Medical Systems menetapkan teknologi perisian sebagai teras kami. Kami telah komited terhadap inovasi kejuruteraan perisian dan produk, serta terus menyumbang kepada industri CT China sejak beberapa tahun yang lalu. Pada masa hadapan, kami akan berusaha dengan lebih gigih bagi meraih kecemerlangan dalam inovasi dan operasi, serta menawarkan produk dan juga perkhidmatan perubatan berkualiti tinggi kepada lebih ramai orang di dunia."
Latar Belakang Neusoft Medical Systems
Neusoft Medical Systems Co., Ltd. (Neusoft Medical Systems), merupakan pengeluar utama kelengkapan dan perkhidmatan perubatan dari China. Diasaskan pada 1998 dengan pembangunan perisian sebagai kecekapan terasnya, Neusoft Medical Systems telah menjadi peneraju pasaran China dalam kelengkapan dan khidmat perubatan serta telah memperluaskan kepimpinannya dengan penubuhan anak-anak syarikat antarabangsa di Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu, Peru, Rusia, Brazil dan juga Vietnam. Ia menyediakan portfolio kelengkapan perubatan yang luas, termasuk CT, MRI, sinar-X, Ultrabunyi, PET (Tomografi Emisi Positron), Pemecut Linear, and IVD (Produk Diagnostik In Vitro). Untuk maklumat lanjut, sila lawati: medical.neusoft.com/en
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Terry Du
Pusat Pengurusan Penjenamaan & Pemasaran
Neusoft Corporation
Telefon: +86-24-8366-2306
E-mel: duch@neusoft.com
SUMBER Neusoft Corporation