omniture

foodpanda Raih 100 Juta Dolar AS Tambahan dalam Pembiayaan yang Dipimpin Goldman Sachs

Pelaburan bakal digunakan untuk memperluas operasi penghantaran peringkat akhir foodpanda dan terus meningkatkan pengalaman pelanggan.
Foodpanda Malaysia Sdn Bhd
2015-05-11 12:13 183

KUALA LUMPUR, Malaysia, 11 Mei 2015 /PRNewswire/ -- foodpanda, pasaran penghantaran makanan bergerak global, hari ini mengumumkan pusingan pembiayaan baharu sebanyak 100 Juta Dolar AS yang dipimpin oleh Goldman Sachs. Pelabur sedia ada, antaranya Rocket Internet SE, turut mengambil bahagian dalam pusingan ini.

Bersama pusingan pembiayaan sebelum ini sebanyak 110 Juta Dolar AS pada Mac 2015, foodpanda kini telah mengumpulkan lebih 310 Juta Dolar AS sejak pelancarannya pada 2012. Setelah memperoleh pesaing penting di India, Mexico, Rusia, Brazil, Eropah Timur, dan Asia Tenggara, syarikat itu akan menggunakan pelaburan terkini itu untuk terus meluaskan aktiviti penghantarannya dan mempertingkat pengalaman pelanggan di seluruh 40 pasarannya. Penghantaran peringkat akhir telah menjadi sebahagian daripada operasi foodpanda sejak awal lagi, ia kini akan mempertingkat usaha untuk mendorong kepuasan pelanggan, dengan tujuan untuk menawarkan cara paling mudah untuk memesan makanan – daripada aplikasi mudah alih serta dalam talian.

foodpanda, bersama jenama sekutunya, menumpukan kepada pasaran membangun, beroperasi di 40 buah negara di lima benua, menerajui pasaran di 32 buah negara, antaranya ialah India dan Rusia. foodpanda aktif di lebih 580 buah bandar di seluruh dunia, beroperasi di 12 daripada 20 metropolis terbesar, serta turut bekerjasama dengan lebih 60,000 buah restoran.

Ralf Wenzel, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif foodpanda group: "Kami amat gembira dengan sokongan terkini daripada Goldman Sachs Investment Partners, dengan kepakaran pasaran dalam talian yang tinggi, dan bersama kumpulan pelabur kami yang terkemuka, akan membolehkan kami membina pasaran penghantaran makanan utama dalam Pasaran Membangun bagi menyasarkan lebih 3 bilion pengguna. Pasaran Membangun mewakili peluang terbesar bagi penghantaran makanan dalam talian dan kami komited untuk menghasilkan cara paling mudah untuk memesan serta menghantar makanan."

Ian Friedman, Goldman Sachs Investment Partners: "Kami kagum dengan trajektori pertumbuhan dan pasukan pengurusan berkualiti tinggi foodpanda. Kami percaya foodpanda mempunyai peluang yang hebat untuk mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju Pasaran Membangun dalam tahun-tahun mendatang. Kami menjangkakan penawaran inovatif dan bernilai tambah daripada Syarikat ini akan membawa foodpanda menjadi pemenang bagi penghantaran makanan dalam talian di pasaran ia beroperasi."

Sebagai sebahagian daripada pusingan pembiayaan itu, Goldman Sachs Investment Partners akan menyertai Lembaga Penasihat foodpanda.

Joon Chan, Pengarah Urusan foodpanda Malaysia: "Pembiayaan terkini menunjukkan ia adalah undi kepercayaan terhadap model perniagaan, pasukan dan produk kami. Kami merancang untuk melabur lebih banyak ke arah menambah baik proses operasi keseluruhan dan memendekkan masa penghantaran kepada 45 minit. Sasaran kami adalah untuk menjadi syarikat penghantaran makanan terbaik di Malaysia."

Latar Belakang foodpanda

foodpanda group merupakan pasaran penghantaran makanan global utama, aktif di 39 buah negara di lima benua. Syarikat ini mampu menonjolkan restoran-restoran dalam dunia internet dan mudah alih serta menyediakan mereka dengan teknologi dalam talian yang sentiasa berubah. Bagi pengguna, foodpanda/hellofood menawarkan kemudahan memesan makanan dalam talian dan rangkaian gastronomi paling luas, yang membolehkan mereka memilih hidangan kegemaran mereka secara dalam talian atau melalui aplikasi.

Temui kami di: www.foodpanda.my

Facebook: facebook.com/FoodpandaMalaysia

Untuk maklumat lanjut tentang siaran media ini, atau untuk mengatur wawancara bersama pihak pengurusan syarikat, sila hubungi:

Sidney Ng
Pengurus Negara, Malaysia
Unit D-3A-08, Aras 3A, Blok D,
Pusat Komersial Southgate,
No.2 Jalan Dua off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur
Tel: +6016-3062330
E-mel: s.ng@foodpanda.my

Trisha Ang
Pengurus Pemasaran
Unit D-3A-08, Aras 3A, Blok D,
Pusat Komersial Southgate,
No.2 Jalan Dua off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur
Tel: +6016-7252996
E-mel: t.ang@foodapanda.my

Source: Foodpanda Malaysia Sdn Bhd
Keywords: Computer/Electronics Food/Beverages Internet Technology Financing agreements