omniture

Maxion Wheels Akan Sertai Pameran Dagangan Automechanika di Dubai

Maxion Wheels
2015-05-12 01:40 180

KONIGSWINTER, Jerman, 12 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Maxion Wheels akan mengadakan pameran di pameran dagangan antarabangsa Automechanika di Dubai bermula pada 2 - 4 Jun 2015. Dengan ruang pameran seluas 50 m2 , Maxion Wheels akan memperlihatkan pembangunan terkini dalam roda trak dengan tumpuan terhadap produk Gen35™nya. Roda keluli trak Gen35™ adalah 6% lebih ringan daripada generasi roda sebelumnya, dan 3.5% lebih ringan berbanding mana-mana roda trak bersaiz serupa yang terdapat di pasaran sedunia yang telah diuji mengikut syarat LBF ZWARP. Pelanggan akan dapat melihat kepelbagaian dan kualiti cemerlang roda keluli trak Maxion Wheels serta boleh membincangkan projek masa hadapan bersama wakil jualan mereka. Wakil-wakil Maxion Wheels dari Turki dan India akan berada di Gerai Pameran No. 216 di Dewan S2. Untuk maklumat lanjut, sila semak http://www.automechanikadubai.com/frankfurt/5/for-visitors/welcome.aspx .

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150511/215114LOGO

Latar Belakang Maxion Wheels

Maxion Wheels merupakan pengeluar terkemuka di peringkat dunia bagi roda aluminium dan keluli untuk kereta penumpang serta trak ringan dan juga roda keluli bagi trak dan treler komersial. Syarikat itu beroperasi di peringkat global melalui 25 kemudahan, termasuk kemudahan perniagaan, pejabat jualan dan pengeluaran, bertempat di 15 buah negara di seluruh dunia. Syarikat itu menjual produk kepada setiap pengilang utama kereta penumpang dan trak ringan di Amerika Utara dan Selatan, Asia serta Eropah dan juga kepada pelanggan kenderaan komersial di seluruh dunia. www.iochpe.com.br, www.maxionwheels.com

Source: Maxion Wheels
Keywords: Auto Transportation Trade show news