omniture

Pengumuman Prapelancaran Giti Tire untuk Jenama Utama dalam Pasaran Tayar Komersial ASEAN

Giti Tire
2015-05-12 09:00 1044

SELANGOR, Malaysia, 12 Mei 2015  /PRNewswire/ -- Giti Tire akan mengumumkan secara rasmi prapelancaran produk tayar komersial jenama Giti dalam rantau ASEAN semasa Ekspo Bas, Trak dan Komponen Antarabangsa Malaysia (MIBTC) pada 14 Mei 2015.

Tapak Pameran Giti Tire di Ekspo Bas, Trak dan Komponen Antarabangsa Malaysia (MIBTC), Mines International Exhibition Centre, Jalan Dulang, Mines Wellness City, Seri Kembangan, Selangor
Tapak Pameran Giti Tire di Ekspo Bas, Trak dan Komponen Antarabangsa Malaysia (MIBTC), Mines International Exhibition Centre, Jalan Dulang, Mines Wellness City, Seri Kembangan, Selangor

Semasa pameran itu, Giti Tire akan mempunyai paparan tapak pameran (terletak di M30) yang memperlihatkan produk tayar kenderaan komersial. Pengarah Sales & Marketing Antarabangsa untuk Tayar Komersial, En. Chris Bloor, akan menjadi penceramah VIP untuk "Unsur Penting bagi Performa Tayar Hebat & Pengurusan Kos" pada 15 Mei, jam 11 pagi. Selain itu, Giti akan memperkenalkan tiga produk baru  buat kali pertama dalam pasaran ASEAN.

Dua tayar kombinasi jalan serba guna, GAL836 dan GDL636, telah dibangunkan untuk pelbagai kegunaan lebuh raya serta kawasan tertentu, daripada lebuh raya yang panjang dan lurus, sehinggalah ke jalan dalam negara serta luar bandar yang sempit dan bengkak-bengkok. Kedua-dua sebatian bunga direka agar dapat mengemudi permukaan jalan yang licin dan kasar dengan mudah, tahan penggunaan tidak sekata, dan boleh digunakan untuk jarak perjalanan yang jauh. Corak ini pada mulanya akan disediakan bagi saiz 11R22.5, 12R22.5, 295/80R22.5, dan 315/80R22.5, manakala saiz tambahan kini sedang dibangunkan.

Selain daripada produk yang dinyatakan di atas, tayar kenderaan komersial penggunaan dalam bandar GT867 yang baru direka semula akan turut dipamerkan. Dengan menggunakan sebatian bunga yang sangat kalis lelasan yang baharu, banyak peningkatan telah dibuat ke atas jangka hayat penggunaan. Produk hebat ini direka secara khusus untuk keadaan pemanduan dalam bandar yang kerap berhenti-henti dengan perubahan kelajuan serta belokan yang kerap. Ia mempunyai perlindungan dinding tepi yang lebih diperkukuh bagi memastikan perlindungan maksimum daripada kenaikan atas susur jalan serta kerosakan pelanggaran.

Turut dipamerkan semasa pameran itu ialah tayar semua posisi rantau GAR850. Corak ini direka sebagai tindak balas kepada pembangunan pantas moden trak bersaiz sederhana dan keperluan yang semakin meningkat terhadap keselesaan, keupayaan pengendalian semasa jalan kering dan basah, serta rintangan terhadap kelusuhan yang tinggi. Mulanya boleh didapati pada saiz 225/80R17.5, 245/70R19.5 dan 11R22.5, tayar ini boleh digunakan dalam kedua-dua posisi mengemudi dan memandu pada konfigurasi 4x2 dan 6x4.

Wakil Giti Tire akan berada sepanjang masa sewaktu Ekspo Bas, Trak dan Komponen Antarabangsa Malaysia, serta tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu para pelawat pameran serta peserta ekspo lain.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150508/0861503775

Source: Giti Tire
Keywords: Auto Railroads and Intermodal Transportation Transportation Trucking and Road Transportation New products/services Trade show news