omniture

RS Components Perkenal Rekabentuk Utama Elektronik dan Perkukuh Kedudukan Sebagai Hab Sumber Online Utama bagi Masyarakat Kejuruteraan Global

RS Components
2012-10-17 22:22 267

SINGAPURA, 17 Okt., 2012 /PRNewswire/ --

PCB Versi 4.0 kepunyaan DesignSpark serta Arkib Komponen ModelSource mewakili pencapaian penting dalam evolusi perkakas rekabentuk dengan ciri kebolehan fungsi yang tinggi: RS kini menawarkan penyelesaian lengkap kejuruteraan serta ekosistem rekabentuk

RS Components (RS) ( http://uk.rs-online.com/web  ), jenama dagang Electrocomponents plc (LSE:ECM) ( http://www.electrocomponents.com  ), pengedar utama dunia dengan khidmat menyeluruh bagi produk-produk elektronik serta penyenggaraan, telah memperkenalkan perkembangan besar baru dalam proses evolusi syarikat untuk mentransformasi penyumberan online, pengalaman rekabentuk serta perolehan bagi para jurutera elektronik dan profesional perolehan di seluruh dunia. Inovasi terbaharu iaitu sut percuma penyelesaian teknikal milik RS yang direkabentuk untuk membantu para  jurutera  merentasi keseluruhan proses rekabentuk elektronik termasuk:

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

-- PCB Versi 4.0 kepunyaan DesignSpark, perkakas merekabentuk PCB milik syarikat yang memenangi anugerah, kini turut membawa capaian ke arkib komponen yang terkemuka dalam industri, khidmat pengilangan PCB serta fungsi sebut harga BOM;

-- ModelSource, sebuah arkib  komponen berasaskan kepada web yang unik, boleh dimuat turun daripada DesignSpark, iaitu masyarakat online RS bagi jurutera.

PCB Versi 4.0 milik DesignSpark, perisian rekabentuk elektronik  percuma yang paling berkuasa di dunia bagi menyertakan gambarajah dan susun atur PCB, kini turut menampilkan sebuah pengurus baru arkib, yang meningkatkan fungsi arkib sedia ada pada perkakas itu dengan bersepadu bersama dengan ModelSource, sebuah perpustakaan komponen online baru unik yang terdapat secara pecuma sebagai perkakas bebas melalui laman web DesignSpark.

Arkib ModelSource mengandungi lebih 80,000 gambarajah dan susun atur PCB daripada pengilang-pengilang terkemuka dan boleh didapati untuk muat turun dalam lebih daripada 20 format berlainan selaras dengan pakej-pakej perisian rekabentuk PCB paling popular. Selain daripada itu, ia mengandungi  lebih daripada 30,000 model 3D dalam 24 format bagi perisian 3D mekanikal yang digunakan dengan meluas. Arkib-arkib ini dijajarkan dengan tawaran produk peringkat  papan asas RS dan membolehkan para jurutera menumpukan pada inovasi, penyelidikan dan pembangunan di sebalik menghabiskan masa mewujudkan blok-blok binaan asas rekabentuk itu.

Fungsi penyenaraian material "Bill of Materials" (BOM) yang baru telah disepadukan pada PCB Versi 4.0 milik  DesignSpark menawarkan segera senarai komponen-komponen dalam rekabentuk PCB. Perkakas ini secara automatik menjana satu laporan pengguna BOM menggunakan nombor-nombor komponen RS yang terbenam dalam arkib komponen PCB baru ini.

Satu lagi ciri menjimatkan masa pada perisian yang diperbaharui itu adalah khidmat "PCB Quote", yang menawarkan bandingan sebutan bebas komponen daripada pelbagai pengilang PCB asas berdasarkan kepada spesifikasi rekabentuk jurutera. Para jurutera kemudian boleh meneruskan dengan rundingan terus bersama subkontraktor PCB terpilih.

Dibangunkan oleh RS bersama dengan Number One Systems, DesignSpark PCB telah menarik perhatian para jurutera dari seluruh dunia ke laman web RS sejak dilancarkan pada Julai 2010, dan bilangan muat turun gambarajah dan perisian susunatur PCB kini telah mencapai hampir 160,000. 

PCB Versi 4.0 milik DesignSpark dan ModelSource terdapat di designspark.com, iaitu gerbang online RS yang diwujudkan untuk membantu para jurutera merentasi seluruh proses rekabentuk dengan menyatukan rekabentuk maklumat, maklumat balas pengguna dan blog, serta perkakas-perkakas yang percuma, dan hari ini ia mempunyai lebih daripada 90,000 anggota berdaftar.

"Menyampaikan inovasi dalam rekabentuk elektronik merupakan satu fokus penting perniagaan kami, dan kami mengakui bahawa nilai masa adalah kritikal dalam usaha seseorang jurutera membawa sesuatu produk ke pasaran," kata Mark Cundle, Ketua Pemasaran Teknikal di RS. "Menerusi kemampuan eNiaga canggih kami, dan pelaburan berterusan kami dalam meneruskan dengan evolusi dan menaiktaraf perkakas online kami dan sumber-sumber, kami telah menggorak langkah besar ke hadapan dalam mempercepat penemuan, proses rekabentuk dan perolehan bagi para jurutera serta profesional perolehan merentasi seluruh dunia."

Untuk maklumat lanjut, sila lawat www.designspark.com.

Mengenai RS Components

RS Components dan Allied Electronics merupakan jenama dagang Electrocomponents plc, pengedar khidmat menyeluruh produk elektronik dan penyenggaraan. Bersama operasi  di 32 buah negara, kami menawarkan lebih daripada 550,000 produk menerusi internet,katalog dan di kaunter-kaunter dagang kepada lebih sejuta pelanggan, mengirim lebih daripada  46,000 bungkusan pada hari yang sama tempahan diterima. Produk-produk kami, disumber daripada  2,500 pembekal terkemuka, termasuk elektronik, automasi dan kawalan, ujian dan ukuran, komponen elektrikal dan mekanikal.

Electrocomponents disenaraikan di Bursa Saham London dan pada tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2012 ia mencatatkan hasil sebanyak GBP1.27bn.

Bagi maklumat lanjut, sila lawat laman web di www.rs-components.com.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan berikut :

Twitter: @RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS
RS Components pada Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

Pautan Relevan:

Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com

RS Components
www.rs-components.com

DesignSpark
http://www.designspark.com

Pihak Editorial Hubungi:
RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Raya - Asia Pasifik
Tel: +65-6391-5745
Emel: soochun.tan@rs-components.com  

Pihak Agensi PR Untuk Dihubungi:
The Hoffman Agency
Rasheed Abu Bakar
Eksekutif Kanan Akaun
Tel: +65-6361-0250
Emel: rscomponentsteam@hoffman.com

SUMBER:  RS Components

 

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors New products/services