omniture

Menginaplah di Singapore Marriott Tang Plaza Hotel dan Bangun Disambut Bufet Sarapan SG$1

Singapore Marriott Tang Plaza Hotel
2015-05-14 10:33 391

SINGAPURA, 14 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Tidak kira sama ada untuk pelancongan atau lawatan perniagaan, ini adalah masa yang sempurna untuk menempah Bilik Deluxe atau Bilik Premier Deluxe pada Kadar Terbaik Semasa dan nikmati bufet sarapan menyelerakan dengan hanya SG$1!

Bermula saat anda melangkah masuk ke lobi hotel mewah ikonik kami, anda akan terus tertawan. Setiap bilik tetamu telah direka semula dan dihias cantik dengan hiasan canggih yang teliti, termasuk TV Pintar HD Penuh 46 inci serta dua Kerusi Meja Eames 1956 yang terkenal. Bilik air mewah mempunyai ruang mandi air pancuran hujan yang besar dengan bangku rehat serta kawasan rias diri yang lebih luas.

Nikmati tidur lena dan rangsang deria anda dengan bufet sarapan yang mewah di Marriott Cafe. Anda pasti sukar membuat pilihan apabila disajikan dengan pelbagai pilihan makanan kami -- yang mana pakar kulinari kami beraksi di dapur terbuka bagi menghidangkan sajian berkualiti tinggi yang dipilih teliti dari Timur dan Barat.

Makanan sarapan yang terkenal termasuklah roti dan pastri yang dibuat segar setiap hari, serta Telur Dadar Ketam Bercili Singapura -- sarapan dengan sentuhan tempatan! Inginkan lebih lagi? Rangsang deria rasa anda dengan sajian menyelerakan di lima buah restoran dan bar kami.

Terletak secara strategik di tengah-tengah Orchard Road, hotel mewah ikonik ini berada di atas stesen Pengangkutan Gerak Cepat (MRT) Orchard, dan berhampiran Kawasan Perniagaan Pusat, Lapangan Terbang Changi Singapura, serta tarikan pelancong utama. Bukan itu saja, hotel itu dihubungkan dengan sekurang-kurangnya lima buah pusat membeli-belah -- termasuk Tangs – melalui jalan bawah.

Promosi sah mulai sekarang hingga 1 Ogos 2015. Tertakluk kepada Terma & Syarat.

Buatlah tempahan anda di Marriott.com/sindt dengan kod promo: S4B.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi +65 6735 5800.

Lawati Marriott International, Inc. (NYSE: MAR) bagi mendapatkan maklumat syarikat

SUMBER  Singapore Marriott Tang Plaza Hotel

Source: Singapore Marriott Tang Plaza Hotel
Related Stocks:
NASDAQ:MAR
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services